Ticker

6/recent/ticker-posts

Walaupon Hati Kita Terluka Dan Di Sakiti Tapi Kita Perlu Hormat Mereka


perempuan menangis

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat lagi kita bersua lagi, sebelum jom berselawat ke atas besar nabi Muhammad saw. Ahh dah ramai yang sudah pulang ke tempat masing-masing untuk melaksanakan kewajipan sebagai pekerja, pelajar dan sebagainya.Acik bersyukur sangat apa yang acik lalui setiap hari ini memberikan kekuatan dalam diri ini.

Petang tadi ada yang hantar mesej di fanpage acik yang ingin beritahu tentang kisah hidupnya. Itulah hidup ini tak semua orang merasa kegembiraan. Tapi paling sakit sekali apabila orang yang kita sayang buat hati kita terluka. Boleh baca mesej yang di hantar di bawah ini.

nasib anak yang malang


Untuk dila, sabar yer dila, Allah sedang uji dila. Di mana ujian itu hadir dengan ibu dila sendiri. Ingatlah ibu mana tak sayang anak sendiri, percayalah. Tapi mungkin itu perlukan masa, dia yang mengandung kamu dan menjaga kamu dari kecil hingga kamu dah dewasakan. Maknanya kasih sayang itu tak akan pernah putus antara ibu dan anak.

Dila Allah menguji kita mengikut kemampuan kita, Allah tahu yang terbaik untuk dila, dia dah rancang yang terbaik untuk kamu. Jangan menyerah, langit tak selalunya akan sentiasa hujan mahupon mendung. Pastinya ada sinar di sebalik musibah yang hadir.

Sentiasa doakan ibu Dila agar di lembutkan hatinya dan maafkan apa yang berlaku. Acik pernah dengar ceramah dari Ustaz Mohd Kazim Elias, beliau kata dalam ceramahnya adalah sejahat mana pon ibu bapa kita, mereka tetap ibu bapa kita. Sentiasa bersangka baik, seolah mereka tak pernah buat sedikit kejahatan pon dengan kita. Allah mengasihi orang yang sentiasa yang baik dengan ibu bapanya.

“Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya.“Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi.

Bersangka baik sajelah dila, insyaAllah pasti akan ada sinar di sebalik masalah ini, yakin dan sentiasa berdoa untuk ibu kamu. Acik percaya bahawa di sudut hati yang paling dalam mak kamu sayang kamu. Cuba lagi dan terus mencuba jangan pernah kenal putus asa. Allah selalu ada bersama kamu.


Catat Ulasan

21 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
alahai kesian dila..sabar ye?dugaan Allah itu pasti ada jalan penyelesaiannya..berdoalah selalu kerana doa itu senjata paling ampuh untuk umat islam...
Adilah Asari berkata…
semoga dia tabah menghadapi segala ujian..huhu sama lah pulak nama ngn yaya..terkejut jap..
Tetamu Istimewa berkata…
Assalamualaikum, lama tak singgah sini.

Selamat hari raya.

Alhamdulillah, masih ada cuti berbaki sebelum pulang bekerja.

Untuk Dilla, bersabarlah, mungkin ini ujian.
Azwar Syuhada berkata…
Kena banyak berdoa, supaya maknya terima Dila. Suatu hari nanti pasti maknya akan sedar bahawa dia mempunyai anak yang paling baikkk... Banyakkan bersabar..

p/s: Selamat Hari raya Acik.. :)
BinMuhammad berkata…
Sabarlah...teruskan berbuat baik, jgn lupa tanggungjawab kita kpd mereka. Teruskan bedoa...Allah itu maha mangetahui..

p/s: salam lebaran acik, maaf zahir batin :)
Vee berkata…
Ya ampun.. Dahsyat sungguh. Dila, if you happen to read this, Vee harap Dila sentiasa sabar ekk.. Bak kata Acik, walau apa pun, dia tetap mak Dila kan.. Skrg Dila tabahkan hati and kill her with your love, patience and forgiveness. Dila ampunkan dia, terus tunjukkan kasih syg Dila thdp dia :) Manusia tak dpt ubah perasaan orang, tapi Tuhan mampu. Dila doa je biar Tuhan yang "berbicara" kpd mak Dila. Stay strong. Big hug!! =)
Unknown berkata…
aduiii tengok gambo tu dah cukup buat akak sedih huhu
Zaza Iman berkata…
moga dila sabar, hadapi dengan redha..selalu berdoa kepada ALLAH..inysaallah
Unknown berkata…
mmg agak sukar dugaan ni...semoga dila bersabar dan tak putus asa...sekeras2 kerak nasi lembut jugak kalau kena rendam dalam air....
Unknown berkata…
Kuat benar dugaan ini...Sabar dan Tabahlah Dila..banyakkan berdoa diberi kekuatan..dan mohon Allah bukankan hati ibu spya menerima Dila seadanya... In Shaa Allah...mudah-mudahan niat yg baik akan di kabulkan...
Mizz Aiza berkata…
semoga dila bersabar.. sama-sama kita memperbanykkan berdoa agar terbuka hati ibu dila untuk menerimanya..
Asyik Izas berkata…
Dila sabarlah yea..akan sampai masanya nanti Dila dpt kembali ksh syg dr ibu Dila..bykkan berdoa dan sabar..
Fais-SKA berkata…
Subhanallah..kna bnyak bersabar dan berdoa..smoga pintu hari mak Dila terbuka la untk menerima Dila kembali
Unknown berkata…
Tu semua pengalaman untuk masa depan..bila dah jadi ibu, jangan pula pilih kasih..
Unknown berkata…
bagi fizi setelah seseorang itu menbenci sesuatu..tempias juga kan terkena kpd sesuatu yg menpunyai connection...untuk dila banyakakn bersabar selagi manpu..sebab Allah sedang menguji anda..
sitirohaida berkata…
mybe ade hikmah disebaliknya....bersangka baik..insyallah dilla
Unknown berkata…
wuaaaa nanges...ayat acik ni buat sy fikir balik dan insaf....semua dugaan kita ada hiikmah kan...teruskan besangka baik dila. for me too! :)
Adhie berkata…
berat betul dugaan Dilla tu..harap dia tabah...semoga pintu hati ibunya terbuka satu hari nanti
Aimacomel berkata…
semoga dila tabah, xtau nk komen pe sbb saya xduduk dalam kasut dia. moga satu hari kebahagiaan menjadi milik beliau..
Cik Itah berkata…
semoga Dila tabah menghadapi semua ni..ada hikmah menanti
norhasnizakhalid berkata…
di harap tabah dalam menghadapi musibah...