Ticker

6/recent/ticker-posts

Adakah Sanggup Tinggalkan Perempuan Yang Kamu Sayangi Kerana Dia Tak Bertudung ?


perempuan perlukan perubahan

Assalamualaikum

Alhamdulilah dapat juga menaip hari ini , setelah 1hari ada kelas dan lepas sahaja balik ke kelas terus ke space U8 kerana ada jemputan untuk majlis pembukaan cafe bagi pusat kecantikan seorang kenalan. Balik sahaja ke bilik acik terus mengecas telefon bimbit kerana kehabisan bateri. Apabila lihat ada 24 miss call dari rakan-rakan dan akak acik. Aduhh kenapa pula ini ?

Acik pun call satu persatu, dan tiba-tiba acik dengar suara sedih kawan acik seorang ini. Dia kawan rapat dan kalau ada masalah mesti akan cari acik . 

Zul : Acik aku frust la, kakak,mak aku dan kawan-kawan aku semua marah dan minta tinggalkan teman perempuan aku sebab dia tak bertudung ? Macam mana ini cik ? aku sayang dia, tak akan semudah itu aku nak tinggalkan dia.

Acik : sabar zul, itu ujian dari Allah untuk nak lihat perhubungan kamu berdua dan di berikan secebis ujian untuk lihat apa tindakan yang kamu berdua akan buat. Habis dah bincang dengan "awek" kau tentang hal ini ?

Zul : Dah cik, tapi aku buntu sebab aku taknak dia pakai tudung sebab nak jaga hati kakak dan mak aku . Aku nak dia ikhlas kerana Allah dan kerelaannya.

Acik : Zul kita sebagai lelaki kena tunjukkan kematangan kita dalam buat keputusan sebab kita akan menjadi ketua keluarga.Ini baru bercinta macam mana nanti kalau dah kawin ? Kenapa perlu tinggalkan dia sebab dia tak bertudung , seharusnya kau bagi semangat ,dorongan  mahupun memberikan nasihat padanya.Kau jangan menyerah, perubahan itu berlaku perlahan-lahan. Kadang-kadang dengan keterpaksaan itu juga boleh jadi kita jadi ikhlas dengan apa yang berlaku. Anggaplah ini teguran dari Allah untuk si dia. Allah merancangan segalanya dengan penuh terperinci.

Ini sedikit perbualan kami kerana zul ada hal yang perlu di segerakan. Tetapi pada pandangan aciklah, kenapa perlu letakkan satu persepsi tentang perempuan tak bertudung itu mestinya jahat dan bersosial. Tapi bagaimana dengan bertudung tetapi mulut "bau longkang" ? . 

Ahh terdapat pandangan yang pelbagaikan, acik tidak sama sekali menyokong perbuatan tidak bertudung. Menutup aurat itu wajib. Full stop. Setiap orang bertanggungjawab atas segala perbuatannya.

Pada pandangan aciklah, kadang kala mereka yang tidak bertudung ini mereka rela menonjolkan diri kerana persekitaran yang dibina ialah persekitaran yang (secara amnya) tidak prejudis. Persekitaran di mana mereka yang tidak bertudung tidak rasa dirinya disisih. Mereka bukan menonjolkan diri kerana ‘redha’ ataupun ‘bangga’ dengan tidak bertudung. Percayalah, ramai antara mereka yang malu kerana tidak bertudung.

Jadi, mengapa mereka tidak bertudung? Acik akan jawab acik tidak tahu. Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup mereka yang menyebabkan mereka memilih untuk tidak bertudung. Mungkin dia pernah lalui pengalaman pahit dengan bertudung. Mungkin ayahnya menghalangnya untuk bertudung. Mungkin dia tidak pernah dididik untuk bertudung. Mungkin dia kurang yakin dengan identiti Islamnya. Mungkin, mungkin, mungkin, mungkin…Ada banyak lagi sebab-sebab lain selain “Oh, ehh tak bertudung mesti perangai buruk. 

Jihad al-Nafs (perjuangan melawan diri) dalam diri seseorang tidak kita ketahui. Jadi, kalau tidak tahu, jangan buat-buat tahu.

Jangan diukur iman seseorang dengan sehelai kain, mungkin di mata kita dia nampak dia tak baik dan sebagainya dan bagaimana pula Pandangan Allah terhadapnya. Boleh jadi Allah berikan dia hidayah ,bertaubat dan menjadi muslimah solehah. Bagaimana pula dengan kita yang asyik menjaga tepi kain orang dan mengumpat orang lain.

Pada acik, jangan kita cepat menghukum orang lain dan rasa diri kita sudah cukup bagus. Boleh jadi itu semua mainan syaitan untuk kita rasa riak dan ujub. Setiap manusia seharusnya di berikan peluang untuk berubah dan bertaubat. Lupakah kita pada bersangka baik dengan sesuatu yang terjadi ? 

Jika ada kawan-kawan yang belum bertudung itu bukan di jauhkan, bukan di pulaukan tetapi dekatilah mereka ,jika ada masa kita nasihat dan tunjukkan akhlak yang baik.

Acik doakan kepada yang belum bertudung itu untuk terbuka pintu hatinya untuk bertudung dan menutup aurat seperti yang di syariatkan dalam islam. Semoga di berikan kekuatan dan pegangan yang kukuh serta ketabahan hati untuk menhadapi hari-hari hidup.Semoga Allah memberkati kalian semua.


Catat Ulasan

20 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sangat bererti entri ni..jangan menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran nyer..tapi sebaik2 nyer ikutlah tuntutan agama...
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Sibuk juga acik sepanjang hari ni ye..

Sukar juga masalah kawan acik tu..zul rasa sukar nak buat pilihan...kalau tak dgr kata ibu,knkah derhaka namanya tu...entahlah...

Sebenarnya acik,kain tudung itu bukanlah sekadar sehelai kain..ianya mempunyai nilai yg tinggi terhadap diri seorang wanita...dan seorang lelaki yg bergelar bapa dan seorang suami..wallahualam

betul kata acik,x bertudung tak bermakna tak baik dn kita kena buang persepsi terhadap mereka yg tak bertudung ini....seterusnya mendekati mereka...

Apapun hukum tetap hukum...segalanya telah termaktub dlm Alquran...kita x blh menolaknya...wallahualam....
aienzunnur berkata…
Kalau diperibahasakan, diluah mati mak ditelan mati bapak..hrp2 btl2 la peribahasa tu...hehe

sy hrp kwn awk tu dpt bt kptusan yg trbaik.
Hana berkata…
perempuan tu belum bersedia lagi kot nak bertudung.
btol kata acik, kkadang2 perempuan bertudung mulut fuh boleh tahan juga..
||aLeaSaRa|| berkata…
salam acik :)

kak lea takut kalau awek tu pakai jugak tudung,dia tak ikhlas.terpaksa sebab takut cintanya hilang.kawan acik pun rasanya boleh pujuk pelan2.mula2 belikan dulu shawl yang cantik2.step by step....kemudian belikan dia tudung pulak.lama2 terbukalah hati tu :)

nak tunggu seru,alamak takkanlah maut datang menderu baru nak tutup aurat.mana sempat dah masa tu huhu..
Mizz Aiza berkata…
tiada manusia yang sempurna.. mungkin kawan acik ditakdirkan untuk merubah perempuan itu.. setiap hari cubalah untuk berubah menjadi lebih baik dari semalam..
BinMuhammad berkata…
Setuju dengan pandangan acik. Siapalah kita yang berhak menjatuhkan hukum....Bersangka baik dan bantulah mereka.

p/s: Mungkinkah permintaan acik tertunai kali ini? Sila pastikannya sendiri...
Bunda_nora berkata…
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya...
Unknown berkata…
Kawan sekelas saya dulu tak bertudung, tapi budaknya paling bijak dalam kelas, solat tak tinggal, lebih kerap mengaji dari rakan lain..mcm mana tu? tp sy kurang bergaul dgn budak sosial..masalahnya kawan sy tu bukan jenis sosial dan bergaul lelaki perempuan..cuma tk bertudung je..pelik bg kita yg xpernah hadapi ni..hihi
Shahrul Yusof berkata…
Golongan wanita Muslim di Malaysia secara umumnya terdapat prejudis diantara golongan bertudung dan golongan tidak bertudung. Walaupun, dari segi tafsiran menutup aurat bagi golongan bertudung ini masih lagi ramai yang tidak mengikut hukum syarak secara total, persepsi tentang akhlak antara kedua-dua golongan telah wujud.

Masing-masing mengatakan diri mereka lebih baik dari yang lain. Walhal, isu seperti akhlak dan budi pekerti peribadi individu ini adalah hal yang sangat subjektif.

Cuma, bagi rakan Acik tu, didoakan agar tabah menghadapi dugaan usia remaja tersebut. Ini kerana, hal-hal sebegitu adalah lumrah bagi lelaki yang menuju kematangan dalam menentukan hala tuju hidup.
Maria Firdz berkata…
Jangan tinggalkn.. Mana tahu satu hari hidayah Allah bersama mreka.. Btullah tu... X semua yg x bertudung tu sngja atau seronok tak bertduung... Mngkin ada keinginan.. Tpi x cukup kuat utk lawan hawa nafsu...
Unknown berkata…
amin..moga mereka di luar sana tu diberi hidayah untuk bertudung..
dina berkata…
Yang tak bertudung tak semestinya perangai buruk walaupun tak tutup aurat. Kebanyakan kawan saya yang bertudung labuh semuanya suka pulau orang, hati busuk, mulut pun lagi teruk daripada bau longkang ... Hakikatnya macamtu la. Manusia selalu nilai orang lain melalui pakaian....
Unknown berkata…
betul tu..tidak semua yang bertudung berakhlak baik..dan juga tidak semua yang x bertudung berakhlak buruk..jangan cepat menghukum seseorang hanya kerana penampilan sebaiknya nilai pada hati orang itu..
Fiza Aizzawa berkata…
bertudung kn lebih manis...
Khir Khalid berkata…
Betul tu Acik.. siapa kita utk menilai. Klu dh sayang, usahakanlah sebaik mungkin menariknya ke jalan yg betul.. pikat hatinya untuk bertudung dgn usaha & doa.. in shaa Allah.. pasti boleh juga suatu hari nanti..
Fais-SKA berkata…
betol 2..sape kita ni nk adili seseorang 2..bab tudung ni mmg wajib bg prmpuan islam..bila dh khwin..suami kena bimbing isteri..kalau x, nnti digelar dayus..hidayah ni xplu tggu..tp perlu cri..kena paksa diri..bnda baik, msti Allah suka
Syamimi Saad berkata…
mudah2an 'awek' kawan acik tu terbuka pintu hatinya untuk bertudung. bukan kerana family lelaki tu, tetapi kerana keikhlasan hatinya.. insyaAllah..
dan kawan acik kena la menjadi pendorong yng kuat..
Miss Eja berkata…
salam acik.. betul gk kata kawan acik tu. die nak sorg prmpuan yang rela dan ikhlas kan? betul gk kata acik tu ajar die SLOW2 dalam bab2 kai tudung... :) actually,, prmpuan yg x kai tdung x semestinya jahat.. :) ramai kat luar yg x kai tudung tpi jauh di sudut haati dorg,, dorg nak kai sebenr nya.. :) apa2 pun entry kali nie bt sy terfikir skli gak.. smoga kwan gf kwan acik tu dpt hidayah.. amin.. ^_^
Cik Itah berkata…
betul tu acik...kita tak bole ukur baik buruk seseorang tu dari luarannya. Kadang yang tak bertudung tu lebih baik hatinya daripada yang bertudung dan sebaliknya. semoga awek kawan acik tu mendapat hidayah, amin.