Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat juga menaip hari ini , setelah 1hari ada kelas dan lepas sahaja balik ke kelas terus ke space U8 kerana ada jemputan untuk majlis pembukaan cafe bagi pusat kecantikan seorang kenalan. Balik sahaja ke bilik acik terus mengecas telefon bimbit kerana kehabisan bateri. Apabila lihat ada 24 miss call dari rakan-rakan dan akak acik. Aduhh kenapa pula ini ?
Acik pun call satu persatu, dan tiba-tiba acik dengar suara sedih kawan acik seorang ini. Dia kawan rapat dan kalau ada masalah mesti akan cari acik .
Zul : Acik aku frust la, kakak,mak aku dan kawan-kawan aku semua marah dan minta tinggalkan teman perempuan aku sebab dia tak bertudung ? Macam mana ini cik ? aku sayang dia, tak akan semudah itu aku nak tinggalkan dia.
Acik : sabar zul, itu ujian dari Allah untuk nak lihat perhubungan kamu berdua dan di berikan secebis ujian untuk lihat apa tindakan yang kamu berdua akan buat. Habis dah bincang dengan "awek" kau tentang hal ini ?
Zul : Dah cik, tapi aku buntu sebab aku taknak dia pakai tudung sebab nak jaga hati kakak dan mak aku . Aku nak dia ikhlas kerana Allah dan kerelaannya.
Acik : Zul kita sebagai lelaki kena tunjukkan kematangan kita dalam buat keputusan sebab kita akan menjadi ketua keluarga.Ini baru bercinta macam mana nanti kalau dah kawin ? Kenapa perlu tinggalkan dia sebab dia tak bertudung , seharusnya kau bagi semangat ,dorongan mahupun memberikan nasihat padanya.Kau jangan menyerah, perubahan itu berlaku perlahan-lahan. Kadang-kadang dengan keterpaksaan itu juga boleh jadi kita jadi ikhlas dengan apa yang berlaku. Anggaplah ini teguran dari Allah untuk si dia. Allah merancangan segalanya dengan penuh terperinci.
Ini sedikit perbualan kami kerana zul ada hal yang perlu di segerakan. Tetapi pada pandangan aciklah, kenapa perlu letakkan satu persepsi tentang perempuan tak bertudung itu mestinya jahat dan bersosial. Tapi bagaimana dengan bertudung tetapi mulut "bau longkang" ? .
Ahh terdapat pandangan yang pelbagaikan, acik tidak sama sekali menyokong perbuatan tidak bertudung. Menutup aurat itu wajib. Full stop. Setiap orang bertanggungjawab atas segala perbuatannya.
Pada pandangan aciklah, kadang kala mereka yang tidak bertudung ini mereka rela menonjolkan diri kerana persekitaran yang dibina ialah persekitaran yang (secara amnya) tidak prejudis. Persekitaran di mana mereka yang tidak bertudung tidak rasa dirinya disisih. Mereka bukan menonjolkan diri kerana ‘redha’ ataupun ‘bangga’ dengan tidak bertudung. Percayalah, ramai antara mereka yang malu kerana tidak bertudung.
Jadi, mengapa mereka tidak bertudung? Acik akan jawab acik tidak tahu. Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup mereka yang menyebabkan mereka memilih untuk tidak bertudung. Mungkin dia pernah lalui pengalaman pahit dengan bertudung. Mungkin ayahnya menghalangnya untuk bertudung. Mungkin dia tidak pernah dididik untuk bertudung. Mungkin dia kurang yakin dengan identiti Islamnya. Mungkin, mungkin, mungkin, mungkin…Ada banyak lagi sebab-sebab lain selain “Oh, ehh tak bertudung mesti perangai buruk.
Jihad al-Nafs (perjuangan melawan diri) dalam diri seseorang tidak kita ketahui. Jadi, kalau tidak tahu, jangan buat-buat tahu.
Jangan diukur iman seseorang dengan sehelai kain, mungkin di mata kita dia nampak dia tak baik dan sebagainya dan bagaimana pula Pandangan Allah terhadapnya. Boleh jadi Allah berikan dia hidayah ,bertaubat dan menjadi muslimah solehah. Bagaimana pula dengan kita yang asyik menjaga tepi kain orang dan mengumpat orang lain.
Pada acik, jangan kita cepat menghukum orang lain dan rasa diri kita sudah cukup bagus. Boleh jadi itu semua mainan syaitan untuk kita rasa riak dan ujub. Setiap manusia seharusnya di berikan peluang untuk berubah dan bertaubat. Lupakah kita pada bersangka baik dengan sesuatu yang terjadi ?
Jika ada kawan-kawan yang belum bertudung itu bukan di jauhkan, bukan di pulaukan tetapi dekatilah mereka ,jika ada masa kita nasihat dan tunjukkan akhlak yang baik.
Acik doakan kepada yang belum bertudung itu untuk terbuka pintu hatinya untuk bertudung dan menutup aurat seperti yang di syariatkan dalam islam. Semoga di berikan kekuatan dan pegangan yang kukuh serta ketabahan hati untuk menhadapi hari-hari hidup.Semoga Allah memberkati kalian semua.
20 Ulasan
Sibuk juga acik sepanjang hari ni ye..
Sukar juga masalah kawan acik tu..zul rasa sukar nak buat pilihan...kalau tak dgr kata ibu,knkah derhaka namanya tu...entahlah...
Sebenarnya acik,kain tudung itu bukanlah sekadar sehelai kain..ianya mempunyai nilai yg tinggi terhadap diri seorang wanita...dan seorang lelaki yg bergelar bapa dan seorang suami..wallahualam
betul kata acik,x bertudung tak bermakna tak baik dn kita kena buang persepsi terhadap mereka yg tak bertudung ini....seterusnya mendekati mereka...
Apapun hukum tetap hukum...segalanya telah termaktub dlm Alquran...kita x blh menolaknya...wallahualam....
sy hrp kwn awk tu dpt bt kptusan yg trbaik.
btol kata acik, kkadang2 perempuan bertudung mulut fuh boleh tahan juga..
kak lea takut kalau awek tu pakai jugak tudung,dia tak ikhlas.terpaksa sebab takut cintanya hilang.kawan acik pun rasanya boleh pujuk pelan2.mula2 belikan dulu shawl yang cantik2.step by step....kemudian belikan dia tudung pulak.lama2 terbukalah hati tu :)
nak tunggu seru,alamak takkanlah maut datang menderu baru nak tutup aurat.mana sempat dah masa tu huhu..
p/s: Mungkinkah permintaan acik tertunai kali ini? Sila pastikannya sendiri...
Masing-masing mengatakan diri mereka lebih baik dari yang lain. Walhal, isu seperti akhlak dan budi pekerti peribadi individu ini adalah hal yang sangat subjektif.
Cuma, bagi rakan Acik tu, didoakan agar tabah menghadapi dugaan usia remaja tersebut. Ini kerana, hal-hal sebegitu adalah lumrah bagi lelaki yang menuju kematangan dalam menentukan hala tuju hidup.
dan kawan acik kena la menjadi pendorong yng kuat..