Assalamualaikum
Alhamdulilah untuk pendaftaran pelajar kolej kediaman berjalan dengan jayanya. Syukur ya Allah kerana permudahkan urusan. Badan nie memang penat sangat tapi tak apalah demi pembaca blog yang acik sayang acik korbankan sedikit cerita untuk tauladan kepada kamu semua. Petang tadi ada seorang isteri ini berkongsi cerita tentang soal anak ,untuk ketahui lebih lanjut silalah baca di bawah ini.
Assalamualaikum acik, akak ini pembaca blog acik, lama dah akak ikuti blog acik, jadi akak rasa akak nak terpanggil untuk kongsikan cerita kepada acik dan pembaca blog acik. Harapkan dapat beri motivasi dan kekuatan kepada wanita di luar sana yang masih lagi belum mendapatkan zuriat .Sebelum tu boleh panggil akak long saje.
Acik : Walaikumusalam kak long, alhamdulilah terima kasih kak, boleh kak kita sama-sama kongsi cerita.
Kak Long : Akak sebenarnya nak kongsi cerita yang telah hampir 15 tahun akak pendam seorang diri.Setiap pasangan yang berkawin pastinya mahukan zuriat hasil perkahwinan mereka. Ada itu siap "bunting pelamin" selepas mereka berkahwin, tapi pekara itu tidak berlaku pada akak, bukannya akak tak mahu anak awal tapi rezeki ada anak belum lagi pada akak dan suami, akak serahkan pada rezeki dari Allah.
Yang jadikan akak sedih dan pilu adalah sebahgian dari masyarakat kita majoriti melayu ,ramai sangat menganggap perkahwinan itu seperti satu perlumbaan ,siapa yang cepat mengandung dan siapa yang dapat anak dahulu. Dan yang lambat ini pula selalunya di katakan tidak suburlah dan macam -macam lagi. Pada mulanya memang akak tertekan dan akak akan menangis bila cerita tentang anak , lagi-lagi bila tengok bayi dik akak menangis seorang diri hanya Allah yang tahu. Tapi alhmdulilah suami akak selalu beri sokongan pada akak dan kami berusaha dan terus berusaha.
Kadang dik orang cakap memang tak jaga hati kita " ala dia tu tentunya mandul" . Sedap sahaja berbicara sedemikian rupa dan tuan badan ini yang sengsara. Paling tersentuh bila di kampung orang asyik tanya bila nak ada anak ? Sampai satu tahap tu dik akak tak mampu nak jawab pertanyaan mereka dik .Kadang mereka lupa anak itu rezeki yang Allah berikan pada pasangan yang berkahwin ,mereka bukan tuhan untuk menentukan akak ini ada anak atau tidak . Akak puas cuba perubatan tradisional mahupun moden tapi masih tak berhasil. Kadang terfikir "tak subur ke aku ? tapi mak ada anak 7 orang dan adik beradik suami akak ada 10 orang ? tak cukup subur ke ?
Dalam kesedihan akak, akak pernah dengar ceramah menyatakan bahawa Allah tak menjanjikan setiap perkahwinan itu akan dapat anak, Allah tak menjanjikan bila kawin sahaja terus dapat anak, tentulah tiba masanya dik Allah akan berikan. Tapi ketahui bahawa hikmah perkahwinan dan perkahwinan itu tentulah boleh membuatkan kita dapat pahala suami isteri. Orang selalu anggap bila kami tak ada anak kami tak bahagia Kami tetap bahagia tapi siapa dalam dunia dik tak mahu ada anak sendiri ?
Kadang akak tengok ,orang yang buat kerja yang bukan-bukan itu sanggup buang bayi mereka sendiri , mereka tak tahu kami yang belum dapat anak ini ,macam mana rasanya. Kadang orang yang beradai di sekeliling kita yang lebih-lebih dari kita. Mereka pula yang seolahnya menentukan kebahgiaan kita. Siapa kita untuk melawan takdir Allah ?
Usia akak sekarang dah 38 tahun dik,tapi akak dan suami tak mengalah jika tiada zuriat sendiri kami menumpang kasih dari anak-anak ibu bapanya sudah tiada. Akak ambil anak angkat 2 orang dik ,Alhamdulilah dik dah besar-besar meraka. Mungkin ini hikmah dari Allah bahawa kami dapatkan kasih sayang dari orang lain yang kami jaga ,jika tidak siapalah yang mahu bela nasib anak-anak yang tidak beribu dan berbapa ini. Akak ikhlas dan anggap ini ujian Allah untuk akak sebagai hambaNya.
Akak kongsikan cerita ini kepada adik supaya adik siarkan dan bagitahu kepada semua wanita di luar sana supaya jangan menyerah kalah dan putus asa. Allah telah rancang segalanya dengan penuh teliti dan setiap apa yang berlaku bersebab. Dia sebaik perancangan dik , berusaha dan berdoa kepada Allah itu harus di lakukan dan berikanlah kasih sayang kepada mereka yang memerlukan perhatian kita juga.
Acik : Acik akan selalu doakan kesejahteraan untuk akak dan semua wanita di luar .Jangan cepat berputus asa dan jangan jadikan anak sebagai alasan untuk runtuhkan rumah tangga. Selagi boleh pertahankan ,tahanlah .
24 Ulasan
acik semalam masa blogwalking nyaris kak lea menangis,sebak membaca keluhan kawan yang dah bertahun kahwin,tapi masih tak dikurniakan zuriat hinggakan dia berkurung dalam bilik.tertekan hingga mengasingkan diri seketika dari suami.syukur dia kembali kuat,itu semua hasutan syaitan cuba meruntuhkan keimanan kita.
standardlah orang kita...kalau bunting pelamin dikatanya kita ni tak 'menyempat-nyempat'.kalau lambat mengandung,dikatanya pulak kita ni mandul/nak jaga body dll.owhhhhhhh :(
Syukur akak ni da amik anak angkat..semoga murah rezeki beliau...
Mentaliti orang kita tak mampu nak ubah, kan...
x0x0 ^_^
tp aq respect akak ni dia tabah..
semoga kesabaran kebahagiaan bersama mu kak... amin..
Apa yang penting saya kagum apabila pasangan ini tidak mudah berputus asa.
Hopefully akak tu dapat bersar dan die memang kuat...