Assalamualaikum
Alhamdulilah masih bernafas di bumi pinjaman Allah ini syukur ya Allah, sebelum itu jom berselawat ke atas Nabi Muhammad Saw. Memang memenatkan bila ada program sana sini dan dengan kelas yang padat setiap hari. Tetapi itu tidak mampu melenyapkan ingatanku kepada blog yang sangat acik sayangi ini. Sebenarnya lepas kelas tadi acik terus pergi untuk program "new media" atau media baru.
Program ini untuk memperbahaskan lebih lanjut tentang media sosial atau laman sosial yang menjadi "pop culture" pada masa kini. Yelah Malaysia adalah salah satu negara yang rakyatnya penguna tegar laman sosial .Pantang dengar ada yang baru tentang laman sosial pastikan akan daftar dan memperkenalkan pada kawan-kawan. Tak salah tapi berpada-padalah. Kebanyakan yang menghadirkan diri dalam program ini adalah orang melayu dan ada beberapa jemputan dari luar negara.
Kebanyakan perbincangan yang di lakukan itu adalah dalam bahasa inggeris dan tiba giliran salah seorang panel berasal dari Australia . Namanya acik lupa apa tapi yang paling mengagumkan dia fasih bercakap bahasa melayu dan menyampaikan hujah dalam bahasa melayu dengan baik sekali. Siap di tanya lagi siapa di sini orang melayu ? dan ramai yang angkat tangan, dan dia tanya kenapa tak gunakan bahasa melayu ? bukankah bahasa melayu itu indah dengan ayat-ayat puitisnya ? satu dewan terdiam.
Acik tegelak sendiri, orang kita lebih agungkan bahasa luar dari bahasa ibunda kita sendiri. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang paling mudah untuk di pelajari. Kita bila berjumpa asyik nak "speaking London" sahaja tak mahu kalah dan siap pemakaian dan cara hidup di adaptasikan berdasarkan cara hidup "Hollywood". Sedangkan rakyat malaysia sendiri tak tahu hargai bahasa sendiri bagaimana orang lain mahu hargainya ?
Tak salah kalau nak gunakan bahasa penghantar selain dari bahasa malaysia seperti bahasa inggeris, mandarin mahupun Tamil . Tapi memperkasakanlah bahasa melayu yang semakin pudar kerana arus pembangunan teknologi. Acik pernah pergi ke indonesia dan dari pemerhatian acik kebanyakkan rakyat cina di sana bertutur dalam bahasa indonesia dan fasih tetapi bahasa ibundanya tidak di pinggirkan. Kalau pergi ke jepun, korea, china, france , itali dan beberapa negara lain mereka sangat bangga dengan bahasa mereka. Bila orang luar nak berurusan mahupun berkomunikasi dengan mereka, pastinya mereka perlu kuasai bahasa dan cara hidup mereka. Mereka bangga dengan baju tradisi mereka, tetapi bagaimana rakyat malaysia ?
Pakai baju melayu ,baju kurung, baju tradisi yang lain di anggap pakaian yang kuno dan tidak mengikut peredaran zaman. Tapi pada acik cantik sahaja kalau di pakai. Orang kita mudah sangat ambil budaya luar dan di aplikasi dalam kehidupan seharian kita. Janggan sampai tahap nanti anak cucu kita tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa melayu.Dan jika ingin tahu perlu pergi ke Muzium mahupun pusat tuisyen . Adakah itu yang kamu mahukan ?
Fikir-fikirlah , kita memang boleh belajar apa yang kita suka untuk keperluan diri kita ,tapi jangan sampai kita lupa pasal asal usul kita. Itu belum lagi di perbincangkan tentang bahasa al quran dan bacaan lagi. Belum sentuh soal agama lagi, acik ini hanya menaip dasarnya sahaja.Biar kamu semua fikirkankan sendiri jika kamu tak dapat pertahankan bahasa kamu sendiri bagaimana untuk kamu mempertahankan agama kamu ?
40 Ulasan
Penuh bererti entry acik nih...memang terdiam dibuatnya bila org luar tanya kenapa tk guna bahasa melayu...tebal muka tau acik...kat tmpt akak ni,kaum india n cina pun berbaju kurung n kebaya..comel sgt akak tgk sedangkan kita org melayu,pergi ke majlis kawinpun pakai blous dan jeans...memang pelik....
P/s akak bangga berbaju kurung setiap hari...ala ala wanita melayu terakhir je akak rasa..ehehehehe....
Entri Terbaru : Putihnya Cafe Sukan Cakna
Yang penting kita faham dan orang lain faham.
Bahasa menunjukkan bangsa...kalau bukan bangsa melayu siapa lagi nak menunjukkan bahasa melayu...
Dan yess..kawan dari luar suka jer nak belajar bahasa melayu...apa boleh buat...
semua ni terletak pada diri kita sendiri bagaimana kita nak memperkasakan bahasa Melayu Sebab kat Malaysia ni ramai orang Melayu...kan...
x0x0 ^_^
perkongsian entry yg menarik
mudah mudahan jadi peringatan di generasi ini
bahasa melayu semakin kurang dituturkan
lebih ke bi
sedih apabila ada yg mengejek org yang tak pandai berbahasa inggeris, tapi tak dgn bahasa melayu....
Inisiatif dari pihak tertentu amat perlu utk memperkemaskan permasalahan ini. Sungguh pun begitu, penguasaan bahasa2 lain juga dilihat kini spt mandarin, inggeris, arab dll amat perlu demi memastikan bangsa kita bukan bangsa yg ketinggalan walau pun dari segi pegangan ekonominya agak ketinggalan.. tetapi tidak ilmu.
In shaa Allah, lagi ramai yg akan terpengaruh utk mempelajari bahasa kita. :)
kak lea masa di hong kong tahun 1996,sesat cari post office.dah macam itik dengan ayam,sorang pun tak reti BI.pelik betul sebab kaum cina kat malaysia terer BI.satu kerja terpaksa belek2 peta masa tu,dah diorang tak reti BI cehhhh....
adik lelaki kak lea pulak study medic kat moscow.nak tak nak kenalah jugak belajar dan bercakap bahasa rusia,tu.kalau tak terer bahasa sana,student n lecturer sana bo layan :(
area kak lea ni ramai student cina indonesia yang study kat nilai/inti college.terpegun dengar diorang borak bahasa melayu indonesia,acik!kaum cina di malaysia,dah lama duduk pun tak fasih2 lagi BM huhu...tak semualah.ada jugak yang fasih :)
Cuma tang bahasa tu, ikut kelas masyarakat jugak. Untuk kelas pekerja, bahasa Melayu ni memang bahasa rasmi. Untuk masyarakat kelas menengah dan atas, bahasa ibunda mereka adalah bahasa Inggeris, hatta di rumah sekalipun. Bahasa Melayu ni pakai time pegi kenduri kahwin atau pasar malam aje lah.
Mempopularkan Bahasa Melayu ni, aku rasa macam bloggers guna BM pulak lagi banyak mainkan peranan berbanding DBP sendiri.
respect pkcik australia yg berbahasa melayu tu..