Ticker

6/recent/ticker-posts

Bahaya Makanan Segera Yang Perlu Kamu Ketahui


kolestrol makanan fast food

Assalamualaikum

Alhamdulilah hajat tercapai juga untuk jogging hari ini di  Tasik Shah Alam, memang best dapat "maintain" kan badan yang kian membesar ini hehehe. Jadi kebetulanlah rehat di PKNS , dekat situ ada MCD dan sebelahannya ada kedai makan. Jadi kebetulan pula duduklah tepi itu sekejap untuk hilangkan rasa penat.

Tiba-tiba mata ini terpandanglah seorang kanak-kanak yang badannya amboi semangat ,rasa nak peluk-peluk dan di buat bantal memang gebu badannya. Apabila lihat budak sehat itu dalam lingkungan 7-8 tahun . Dia sedang tarik baju mak dia,sambil menangis. Acik ingat apahallah budak kecik ini menangis dan terjerit-jerit , rupanya dia nak ajak mak dia makan MCD. Ya Allah ingatkan kenapalah tadi. 

Teringat dulu masa kecik-kecik dulu , acik ini dari keluarga yang beserderhana. Kalau ada makanan pun cukup bersyukur walaupun berlauk telur goreng mahupun ikan bilis goreng dan ada  ikan masin. Itupun dah rasa bahagia makan bersama adik-beradik yang lain. Mak selalu kata, hidup ini kita kena bersyukur dengan apa yang Allah selalu berikan , kalau hari kamu susah jangan nanti di kemudian hari kamu juga susah , kamu kena buktikan kemampuan kamu untuk mengubah naseb diri sendiri.

Dan nak tahu tak , acik pandai makan fast food sama ada KFC, MCD, A&W, Marrybrown dan sebagainya pada usia acik 17 tahun . Masa tu pertama kali acik makan kerana kak long bawa sebab dia dapat duit gaji pertama. Kalau lihat anak sekarang , umur kecil-kecil lagi dah merasa makan semua tu kan, beruntungkan.

Tapi mak selalu nasihat pada anak-anaknya, jangan selalu makan makanan segera kerana bahaya. Mak selalu kata bayangkan kalau makanan tu macam mana boleh tahan lama ? mesti di awet dan mesti banyak bahan awetnya. Dan boleh rasa makanan segera itu mereka letak banyak "pak aji" aka ajinamoto atau MSG. 

Dan makan segera bukan itu sahaja tetapi ada yang lain seperti makanan dalam tin, makanan sejuk beku, meggi, burger dan sebagainya. Pernah dulu masa acik kerja sebelum masuk uitm , ada seorang rakan kerja ini badannye "sehat" ala-ala chubby gitu. Tapi setiap hari mesti makan MCD atau KFC, dia tak mahu makan nasi mahupun makanan sihat. Dan baru-baru ini dapat tahu yang dia di tahan wad kerana sakit kencing manis dan sakit jantung di usia muda dalam 20 an . Bayangkanlah 

Dari pembacaan acik dapatkan ini bahayanya makanan segera.
" Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga juta penduduk negara ini.Malah, dua juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes, yang kebanyakannya berpunca daripada makanan.CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda.

Pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang.Katanya, kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Beliau menjelaskan, kalori yang memasuki badan sukar untuk dibuang dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan dan masalah jantung.Menurutnya, sejumlah besar kalori dalam makanan segera tidak diperlukan dan akan mengganggu sistem metabolisme badan, seterusnya dikumpul menjadi lemak.- sumber- "

Ahh nampak tak? lebih baik mengecah daripada terkena. Kalau dah sakit nanti susah,pastikan mengambil makanan yang seimbangkan dan bagus untuk kesihatan. Nak makan tak salah pun tetapi jangan kerap. Berpadalah, sayangilah tubuh badan kamu yang di pinjamkan ini.

Catat Ulasan

29 Ulasan

Vee berkata…
=) Budak2 zaman sekarang mmg advance. Vee kalau mkn kat KFC semua tu pun sempena hari istimewa family je. Sbb tu Vee tak tau apa yang latest, burger apa ntah, pizza apa kahhh smua Vee tak tau. And tak tau lahh knp orang minat sgt burger mcD semua tu padahal burger kat tepi jalan lagi sodapss. Hahaa.. Dh ada anak next time kena pandai ajar, jgn semua nak turut last2 kita jugak yang susah. Hmm.
Unknown berkata…
ibu bapa sebenarnya jangan manjakan anak2 sangat..nak2 lagi bab makan nie..jangn diikutkan sangat selera anak tu..biar mereka belajar susah sekali sekala..
Unknown berkata…
Rajin acik joging ek,
Truskn usaha untk trus sihat acik.
Unknown berkata…
err..sgt betul!setuju sangat acik..klu nak pun sesekali je..akak pun sebenarnya suka mkn burger,skrg cari alternatif..klu x di seksyen 7..area saujana utama ada burger man lava..hehehe
hazwan hairy berkata…
kalau bersenam ok lah..hehe
Unknown berkata…
Pemakanan memang salah satu aspek paling penting untuk dijaga..Sebabnya, banyak penyakit yang datang dari pemakanan yang tidak sihat..Fast food memanglah sedap, tapi kesannya pun boleh tahan juga..kena kurangkan lah kan..:D
Story Nadya berkata…
Nad sekarang memang jarang ambil fast food. nak elakkan semua tapi tak bole so nad kurangkan. bila terasa nak makan je nad makan hehe makanan tak sihat nie memang bole bawa keburukan.
Ainim Rashihah berkata…
orang sekarang ni terlalu nak mudah. fast food ni dah ibarat rutin utk masyarakat zaman sekarang
Tinta Lana berkata…
Assalamualaikum.

Masyarakat yg sihat sebenarnya bermula dari rumah kan acik.

Tiada salahnya bawa anak2 pergi makan fast food, memandangkan itu cara hidup zaman skrg..yg penting didik anak seimbangkan pemakanan..beritahu apa yg lebih baik, yg kurg baik..beri pemahaman pda anak2.. ^_^
adarain berkata…
kadang2x tak boleh nak lari makan segera..sedap sangat kot..hahaha
Unknown berkata…
alang2 dan lepak pkns..acik g la main bowling kat pas..hari rabu kan murah :)
Tetamu Istimewa berkata…
Sewaktu kecil, saya dan adik-beradik tidak diajar untuk menikmati KFC, MCD dan sebagainya. Hanya setelah kami dewasa barulah dapat merasainya.
Zaza Iman berkata…
betul kan acik..kalau zaza xkerap sgt makan kfc ke burger ke.. tp kadang2 bedal jugak ;)
Dayang Deno berkata…
betul3!!! tahun ni pun deno makan sekali je kfc .. tu pun sbb anak buah nak sangat, ikut la... deno tak suka kfc sbb dneo perasan semuanya terlalu masin! mcm mcD tu sekali sekala je... boleh makan sebenranya tapi jangan kerap.. kalau kerap memang cari nahas tu
Khir Khalid berkata…
Sekali sekala mmg sedap makan fast food ni.. tp mmg kena kawal sbb boleh jadi ketagih sebenarnya. Makan bnyk mmg memudaratkan...
Gemuk tak cantik...jaga diri supaya tak gemuk,,,
Fais-SKA berkata…
hmm bhya gemuk2 ni..nnti muda2 dah mati..bmbg dgn ank2 skrg..dunia pn dah cggih..mkin mlas la diorg..mkanan nk dapat pn mudah..tp musykil skit..coklat bukan ke baik utk jantung?? kalau gula2 tu mnis dan xelok =) ape pn nice sharing acik
sitirohaida berkata…
adus...obesiti??/tamo..
Unknown berkata…
Takutnya obes..huhu.. So, kena kurangkan makanan segera.. tapi kebanyakkan orang suka makan Meggi.. tu pun tak bagus.. walaupun murah.. tapi undang penyakit..Nak berjimat pun biar lah makan nasi dengan telur goreng tak pa lagi dari makan mee segera..
Tanpa Nama berkata…
Alhamdulillah...syukur dgn rezeki dr Allah...

Memang tak mkn makanan segera ni tp itu yg paling org suka...x tau kenapa...cerita terbaru yg akak baca...McD tu haramplak bahan yg ada di dlmnya...wallahualam
BinMuhammad berkata…
Sekarang sudah terlalu jarang mengambil makanan segera, mungkin faktor usia kot. Tapi makanan yg di masak sendiri dan di restoren pun kadangkala lebih dasyat kesannya kerana nak sedap sgt spt penggunaan berlebihan perasa, minyak, garam dan gula...
Shahrul Yusof berkata…
Zaman kecik Acik tu lebih kurang sama macam zaman saya kecik dulu. Menu harian nasik lauk telur goreng taruk kicap tu sama dengan menu saya masa kecik-kecik dulu. Bukannya sebab parent kedekut, tapi memang itu je yang termampu.

Kalau senang sikit, mungkin kami sekeluarga dapat makanan yang tinggi serat, protein dan karbohidrat yang seimbang. Kalau dapat menu yang seimbang tu jugak, barangkali saya kini sedang berada di utara London. Bermain bola sepak untuk skuad kendalian Arsene Wenger.
Unknown berkata…
Wan kalau tak sempat sgt baru makan fast food. Kalau tak prefer masak sndr. Jarang jugak lepak kedai utk makan. Sebab doktor suruh jaga pemakanan dh skrg. Hehehe
Tanpa Nama berkata…
bahaya ni...tapi tu la feveret budak2 skrg...
Mizz Aiza berkata…
akak suka masak sendiri je.. tapi kadang2 tu ada la juga makan ayam KFC tu.. hehe.. memang tak elok amalkan makan makanan segera ni.. kanak-kanak sekarang memang dah ketagih nak makan fast food ni, tak dapat boleh sampai mengamuk.. tak dinafikan salah satu faktornya kerana kesibukan ibu bapa sehingga tidak sempat untuk memasak untuk anak-anak mereka..
Tanpa Nama berkata…
yup acik,penting menjaga pemakanan, dulu masa belajar kakija selalu makan fast food dan tak heran sangat pun pasal pemakanan ni, bila dah kawen, lahirkan zara, baru datang penyakit kencing manis type 2. menyesal pun tak guna dah. cuma beringat lah selalu dan jaga kesihatan, rajin makan ubat.
Maria Firdz berkata…
Mmg x suka fast food... Dr kecik dididik gtu.. Insha Allah ank2 pun ak dididik mcm mak pak didik kami dulu gak..
||aLeaSaRa|| berkata…
owh kak lea makan fast food pun kalau masa birthday ke,dapat gaji ke tu jelah.lain2 tu makan biasa je.yelah makanan tu semua memudaratkan tubuh badan kita.penuh dengan toksin dah badan2 budak la ni.moh kita pakat amalkan makanan organik

p/s-->tadi baca paper tentang kes tuntutan nafkah anak2 rita-aidil.anak2 dia makan 4 kali sehari.nasi sebulan sekali!nak makan pun cuma berselera kfc,mcd,pizza,spaghetti,lasagna!Pengsannnnnnnn!!!
Khir Khalid berkata…
Gemuk itu awesome MKL.. abam bocey cakap.. :)