Assalamualaikum
Alhamdulilah hajat tercapai juga untuk jogging hari ini di Tasik Shah Alam, memang best dapat "maintain" kan badan yang kian membesar ini hehehe. Jadi kebetulanlah rehat di PKNS , dekat situ ada MCD dan sebelahannya ada kedai makan. Jadi kebetulan pula duduklah tepi itu sekejap untuk hilangkan rasa penat.
Tiba-tiba mata ini terpandanglah seorang kanak-kanak yang badannya amboi semangat ,rasa nak peluk-peluk dan di buat bantal memang gebu badannya. Apabila lihat budak sehat itu dalam lingkungan 7-8 tahun . Dia sedang tarik baju mak dia,sambil menangis. Acik ingat apahallah budak kecik ini menangis dan terjerit-jerit , rupanya dia nak ajak mak dia makan MCD. Ya Allah ingatkan kenapalah tadi.
Teringat dulu masa kecik-kecik dulu , acik ini dari keluarga yang beserderhana. Kalau ada makanan pun cukup bersyukur walaupun berlauk telur goreng mahupun ikan bilis goreng dan ada ikan masin. Itupun dah rasa bahagia makan bersama adik-beradik yang lain. Mak selalu kata, hidup ini kita kena bersyukur dengan apa yang Allah selalu berikan , kalau hari kamu susah jangan nanti di kemudian hari kamu juga susah , kamu kena buktikan kemampuan kamu untuk mengubah naseb diri sendiri.
Dan nak tahu tak , acik pandai makan fast food sama ada KFC, MCD, A&W, Marrybrown dan sebagainya pada usia acik 17 tahun . Masa tu pertama kali acik makan kerana kak long bawa sebab dia dapat duit gaji pertama. Kalau lihat anak sekarang , umur kecil-kecil lagi dah merasa makan semua tu kan, beruntungkan.
Tapi mak selalu nasihat pada anak-anaknya, jangan selalu makan makanan segera kerana bahaya. Mak selalu kata bayangkan kalau makanan tu macam mana boleh tahan lama ? mesti di awet dan mesti banyak bahan awetnya. Dan boleh rasa makanan segera itu mereka letak banyak "pak aji" aka ajinamoto atau MSG.
Dan makan segera bukan itu sahaja tetapi ada yang lain seperti makanan dalam tin, makanan sejuk beku, meggi, burger dan sebagainya. Pernah dulu masa acik kerja sebelum masuk uitm , ada seorang rakan kerja ini badannye "sehat" ala-ala chubby gitu. Tapi setiap hari mesti makan MCD atau KFC, dia tak mahu makan nasi mahupun makanan sihat. Dan baru-baru ini dapat tahu yang dia di tahan wad kerana sakit kencing manis dan sakit jantung di usia muda dalam 20 an . Bayangkanlah
Dari pembacaan acik dapatkan ini bahayanya makanan segera.
" Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), antara makanan dan minuman segera yang dikategorikan sebagai tidak berkhasiat ialah mi segera, minuman bergas, gula-gula, burger dan coklat.Makanan terbabit merupakan penyumbang kepada penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang yang dihidapi kira-kira tiga juta penduduk negara ini.Malah, dua juta rakyat negara ini iaitu 8.5 peratus daripada 26 juta penduduk, didapati menghidap penyakit diabetes, yang kebanyakannya berpunca daripada makanan.CAP dalam kajiannya turut mendapati hampir keseluruhan murid-murid sekolah menjadi sasaran kepada makanan segera dan terdedah kepada gejala penyakit kritikal itu sejak di usia muda.Pengambilan makanan segera yang berlebihan dan malas bersenam akan menyumbang kepada obesiti yang menjadi punca segala penyakit termasuk darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan kegagalan buah pinggang.Katanya, kebanyakan menu makanan segera mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi tanpa vitamin atau zat berfaedah terutama untuk kanak-kanak yang sedang membesar.Beliau menjelaskan, kalori yang memasuki badan sukar untuk dibuang dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan dan masalah jantung.Menurutnya, sejumlah besar kalori dalam makanan segera tidak diperlukan dan akan mengganggu sistem metabolisme badan, seterusnya dikumpul menjadi lemak.- sumber- "
29 Ulasan
Truskn usaha untk trus sihat acik.
Masyarakat yg sihat sebenarnya bermula dari rumah kan acik.
Tiada salahnya bawa anak2 pergi makan fast food, memandangkan itu cara hidup zaman skrg..yg penting didik anak seimbangkan pemakanan..beritahu apa yg lebih baik, yg kurg baik..beri pemahaman pda anak2.. ^_^
Memang tak mkn makanan segera ni tp itu yg paling org suka...x tau kenapa...cerita terbaru yg akak baca...McD tu haramplak bahan yg ada di dlmnya...wallahualam
Kalau senang sikit, mungkin kami sekeluarga dapat makanan yang tinggi serat, protein dan karbohidrat yang seimbang. Kalau dapat menu yang seimbang tu jugak, barangkali saya kini sedang berada di utara London. Bermain bola sepak untuk skuad kendalian Arsene Wenger.
p/s-->tadi baca paper tentang kes tuntutan nafkah anak2 rita-aidil.anak2 dia makan 4 kali sehari.nasi sebulan sekali!nak makan pun cuma berselera kfc,mcd,pizza,spaghetti,lasagna!Pengsannnnnnnn!!!