Ticker

6/recent/ticker-posts

Biar Miskin Asalkan Tak Berhutang



Assalamualaikum

Fuh lega, hari ke 2 untuk pendaftaran Uitm bagi pelajar penerapan sudah selesai dan tinggal hari esok pula kemudian hari isnin kelas bermula.Maka dengan itu istiharkan "Uitm Aku Datang !! " . Hehehe sem baru maka dengan itu semangat baru jugalah. Sebenarnya acik nak kongikan satu status kepada kamu semua , sila baca di bawah ini.



Pada acik kemiskinan itu sebagai bukan alasan untuk kita tak berjaya, sebaliknya menjadi pemangkin untuk mengubah nasib diri kita. Bak orang pepatah mengatakan berakit rakit kehulu ,berenang renang ketepian, bersakit-sakit dahulu bersenang lenang kemudian. Sebaliknya kitalah yang akan mengubah nasib ibu bapa kita bukan salah mereka. 

Kalaulah masa dulu mereka dapat peluang belajar dan peluang yang sedia ada pasti mereka akan sahut cabaran tersebut dan ambil peluang untuk belajar hingga ke menara gading, Sayangnya mereka tidak berpeluang, jadi kita yang berpeluang ini ambillah kesempatan. Kegagalan itu bukan terletak kepada peralatan yang kita gunakan.Yelah gagal sebab tak dapat beli buku ? motif ?? 

Banyak lah medium yang boleh di dapatkan ilmu tersebut, orang dulu siap "copy" berhelai-helai muka surat untuk mahu jimat. Dan teknologi dah maju , apa guna kalau setakat luahkan di facebook, "google lahh maklumat yang di perlukan. Itu semua alasan sahaja. Jangan hampakan harapan ibu bapa kita kepada kita selama ini. 

hahaha "Biar Miskin Asal Tak Berhutang" wahh style juga ayat nie, pada acik biarlah kita mengikut kemampuan kita. Kalau kita ada duit tentulah tak payah nak berhutang. Tapi kalau dah tak ada duit sedar-sedarlah diri,.banyaklah cara boleh dapatkan duit bukan hanya bergantung duit pada mak ayah. Banyak sangat, usaha sikit. Mana ada ada dalam dunia ini lahir-lahir sahaja dah berjaya pastikan ada susah dulu walaupun dari kalangan orang berada. Kalau asyik nak cari salah orang saje , memang kita nampak kita betul tapi bila kita cuba muhasabah diri dan lihat diri kita pastinya kita akan rasanya kita juga ada lakukan kesilapan.

Akhir kata dari acik , Jangan cari salah orang sahaja tapi tengoklah diri kita bagaimana, Ingat miskin itu bukan alasan untuk kita tak berjaya , telah ramai sejarah menunjuk dari kemiskinan itulah lahirnya insan yang berguna untuk bangsa dan agama. 

Catat Ulasan

34 Ulasan

Kemiskinan mengajar kita ketabahan, kesabaran, kejayaan dan hakikat sebuah kehidupan.
Bunda_nora berkata…
biar miskin wang ringgit insyaAllah boleh berubah jika rajin .. asalkan jangan miskin akhlak/budi bahasa..
Tetamu Istimewa berkata…
Banyak yang kita boleh belajar dari kemiskinan untuk kita muhasabah diri.
Mizz Aiza berkata…
betul tu acik.. kemiskinanlah yang memberi semangat untuk kita terus berusaha untuk berjaya..
p.s: teringat kisah yang akak baca dalam blog someone, seorang pemuda di china sanggup menyaman ibubapanya kerana tidak mampu membiayai kos dia untuk belajar di universiti.. dah la ayah dia sakit.. tu dah jadi si tanggang moden..
Yeop Maz berkata…
kadang-kadang terpaksa pinjam bila terdesak, apa boleh buatkan...

kita boleh pinjam, tapi jangan lupa bayar.
Unknown berkata…
Setuju dengan pendapat Acik..Zaman sekarang mana ada orang yang tek berhutang.. beli rumah, beli kereta.. semuanya hutang.. Kalau kaya terlajak, sungguhlah tak berhutang..Negara kita pun berhutang.. hehe..nyawa kita juga pinjaman.. :-) Dah pinjam..kena kasi balik lah..
Maria Firdz berkata…
Boleh je pinjam dan berhutang asalkan bayar.. Ni yg dikejar ptptn tu sbb dh berjaya tpi xnk byr hutang... Spttnya dia kna faham lah mksud biar miskin asal x berhutang tu...
Zaza Iman berkata…
yes.. kemiskinan bukan alasan, malah zaza byk membaca buku2 motivasi ttg kejayaan, miskin tak bermakna tak berjaya, kurang pandai pun tak bermakna tak boleh berjaya =)
BinMuhammad berkata…
Biar miskin asal tak berhutang...Hmmm, Ye ke? Tapi adakah miskin tapi bahagia? Jika Ya...OK
Tapi kalau miskin, keluarga tidak bahagia. Ibu bapa jadi sasaran kemarahan dan dipersalahkan...adakah salah untuk berhutang demi mencapai kejayaan dan mendakap kebahagiaan...?
Bak kata Nabil, lu pikirlah sendiri!
PCL berkata…
jgn beralasan , ada banyak cara..miskin bukan bermakna tak mampu nak teruskan cita2...juga tak salah berhutang tp kenalah bayar balik..ada tempoh dan waktu yg ditetapkan..kalau ikut tak kan jd masalah..
Story Nadya berkata…
betul tu acik. Nad pun skrg nie elak untuk berhutang dengan orang. payah la sebab asyik teringat. *kalau jumpe acik nnty agak2 Nad boleh cam acik tak ? keke*
adarain berkata…
tertarik dengan tajuk nie..biar miskin tapi tak berhutang..yang penting hidup jangan dibebani dengan hutang. Nabi Muhammad S.A.W sendiri diceritakan tidak menyembahyangkan orang yang berhutang..
Unknown berkata…
bila baca kisah kemiskinan org lain..buat diri aku menghargai apa yang kini dimiliki..^^
||aLeaSaRa|| berkata…
salam hujung minggu acik,wah tahniah dah selesai semua urusan ye.

owh tentang topik yang best tajuknya,jangan kita marah2 kalau parents tak mampu.mereka dah didik dan besarkan kita menjadi 'orang' pun dah alhamdulillah,selebihnya..kitalah.kalau tak cukup duit,kena bijak cari peluang kerja part-time ke..buat bisnes online ke untuk tampung keperluan kita semasa di U,kan :)
Unknown berkata…
setuju sangat dengan acik..If you born as a poor thats not your fault.. If you die as a poor thats your fault :)
Jiarizaira berkata…
Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum kalau mereka sendiri tidak mengubahnya...kita sering mencari alasan kenapa berlaku perkara itu dan ini tetapi tidak mencari jawapan dan penyelesaian kenapa berlaku itu dan ini..

jemput singgah sini...
http://mindakabur.blogspot.com/2013/09/hidup-bergelandangan.html
Unknown berkata…
Kerana miskinlah azam kita makin kuat utk berjaya..nak mengubah nasib keluarga. Skrg aku xmampu miliki, suatu hari akan ku kecapi.
jie susanos berkata…
betul tu apa yg acik kata..kena usaha baru hasil dtg..jgn salahkan org lain lak..
anamizu berkata…
betol ape acik ckp tu.. status camtuh buat org judge negatif je pd tuannye.. x sptutnye buat status cmtu.. mak abah miskin ke kurang kaya ke bkn alasan utk ssh nk bljr. smuanye berbalik pd diri sndiri je nak bjya atau tak.. ini smua nk senang je.. nmpk sgt diri sndiri tu lemah. chiss~


*alamak TERpanjang pulak komen ni acik hehe
krole berkata…
setuju ngan acik...jangan sekali jadikan kesesakan hidup itu satu alasan utk berjaya...berusahalah sebaik mungkin dan jangan lupa Allah...InsyaAllah kejayaan akan menanti dimasa hadapan....biar miskin asalkan tak berhutang hm...btul juga ayat tu...Rasulullah juga menyuruh umatnya agar mengelakkan diri dari berhutang...cuma kalau tak ada jalan lain tu...nak buat macam mana...janji pandai pinjam pandai bayar...seperti kata acik tu...banyak cara nak cari duit ni...semuanya bergantung pada diri kita sendiri InsyaAllah
mrhanafi berkata…
orang miskin tetapi berhutang lebih parah lagi...jadi lebih baik kalau kaya dan tiada hutang..
AyuInsYiraH berkata…
salam...ada masa nanti singgah pula la ke blog ayu yer..ayu ada buat segmen..

http://www.ayuinsyirah.my/2013/09/segmen-ayu-upsr-oh-upsr.html
Tanpa Nama berkata…
ye,setuju sangat2..tabiat berhutang jangan di amalkan..
Addasyuhadadisini berkata…
sepatutnya adik ni menjadikan kesusahan tu sebagai semangat dan cabaran untuk dia ubah masa depan dia dan keluarga..bukan merungut dan pertikaikan kemampuan yang tak banyak mana tu..bersyukur la dengan apa yang ada..sekurangnya dia lgi bertuah dari mereka kat luar sana tu..
norhasnizakhalid berkata…
mama setuju acik, miskin bukan penghalang kejayaan sebaliknya jadikan pembakar semangat!!
Adilah Asari berkata…
betul tu acik..kita harus berusaha sendiri demi kehidupan mendatang
Unknown berkata…
berhutang jangan ,miskin takpa hhahak
shazillahsani.com berkata…
yes..betul...biar miskin asalkan hati senang..^^
Khir Khalid berkata…
Hutang boleh buat penyebab x masuk syurga. Klu berhutang biar berpada..
Biar miskin jasad tp kaya jiwa dgn amalan.. in Shaa Allah, hidup berkat, walau x kaya tp bahagia dunia akhirat.. amin.
Unknown berkata…
aah..betul tu acik
nak mencari kejayaan..jgn cuba mencipta alasan
bila hutang..byr la hutang..hukumnya sememangnya begitu
Unknown berkata…
tak salah meminjam tapi kelak jelaskan semula :)
Tanpa Nama berkata…
betul2.. jangan hanya tahu berhutang saja kan, bayarnya tidak..
Cik Itah berkata…
betul tu acik..kemiskinan bukan penghalang untuk kita berjaya..boleh kalau nak berhutang mcm PTPTN tapi bila berhutang tu nanti habis belajar dapat kerja..bayarlah balik kan ..
Fais-SKA berkata…
btol 2 acik..kalau tgok skrg ramai je org miskin yg berjaya, sbb dia thu peritnya khidupan diorg..mstilah diorg cuba nk ubah..rsanya lbh baik mskin dan tak berhutang drp kaya tp hutang keliling pggang..org miskin pn bnyak kerajaan bg kemudahan..boleh je minta biasiswa @ pinjaman..tp kenalah cuba ubah msa dpan sndri..