Assalamualaikum
Dalam dunia ini bukan sahaja kita yang berhak untuk hidup bebas dan aman. Manusia semakin rakus untuk mendapatkan wang dengan pelbagai cara tanpa mempedulikan insan kerdil yang bernyawa tetapi tiada fikiran di persekitarannya. Tentulah sekali haiwan seperti kucing. Kucing pada dasarnya adalah haiwan yang sangat jinak dan comel dan merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Tapi malangnya ramai yang tidak mengemarkannya, memukul, menendang dan membiarkan mereka di jalanan.
Alhamdulilah apabila ada insan mulia yang sanggup melakukan kerja-kerja mulia ini dengan memberikan penempatan kepada kucing-kucing serahan dan terbiar sebelum mendapatkan penjaga baru.Di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home ini menjadi tempat perlindungan sementara untuk kucing-kucing tersebut dan di adakan satu program di namakan "Cat For Free Adoption" . Dimana sesiapa sahaja boleh mengambil kucing ini dengan percuma dan kucing-kucing yang ada sangat comel.
Menurut salah seorang volunteer , di pusat jagaan kucing terdapat hampir 200 hingga 300 ekor kucing yang di tempatkan sementara di situ. Di situ kucing-kucing akan di rawat, di jaga di latih dengan sebaik yang mungkin.
Pameran yang di adakan di merata tempat ,tetapi jika berminat boleh terus pergi facebook pusat penjagaan kucing omiey home untuk mengetahui lokasi-lokasinya. Dan kebiasaannya mereka akan mengadakan "booth" di uptown danau kota. Kamu boleh memilih kucing yang kamu sukakan tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Pusat penjagaan kucing ini juga perlukan sumbangan dari kamu semua untuk penempatan baru kucing terbiar dan penempatan yang selesa untuk jumlah kucing yang kian bertambah .Sumbangan seikhlas hati , boleh menderma di Cimb Omiey Home 12860001086059 / Maybank admin 562553402447 dan Email omieyhome@yahoo.com.
Sama-sama kita membantu untuk program yang baik seperti ini. Akhir kata dari acik jika kita tak mampu untuk membantu bersama-sama menjaga dan mengelola seperti ini, boleh la memberikan sumbangan seikhlas hati .
29 Ulasan
InsyaAllah ada ramai laa nanti yang adopt those cats bila aware of this campaign. Semoga dipermudahkan bagi mereka.
terimakasih la sbb soh akak letak link entry kat sini..tp akak malu la acik...
bagusnya ada insan yg berhati muliakan acik..betul tu ..kucing juga perlikan perhatian..semua makhluk Allah di muka bumi ini perlukan perhatian kita manusia yg berakal nih...
sue cukup sayang kucing nie....kat rumah ada kucing...sehari xtengok muka dia xboleh....rasa rindu...(T_T)
dari:
akubahrain.com
yumida pernah buat entry psl omieyhome ni
coz pernah masuk dlm tv3
comel la kucing2 tu
Kucing-kucing apabila kerap dikurung, boleh mendatangkan bau yang tidak enak dari hasil kumbahannya.