Assalamualaikum
Hari ini ada plak yang complain tentang entri Jodoh dan cinta saje , tapi sebelum berbicara dengan lebih lanjut apa kata kita berselawat dahulu kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Mulakan hari kita dengan senyuman .Acik menaip di blog ini mengikut mood acik dan atas permintaan entri untuk di terbitkan.
Tapi demi sebuah kehidupan ini, aku rela seandainya tulisan ini mampu memberikan secebis harapan untuk mereka dan diriku. Kadang kala bukan hanya untuk mendapat hit tinggi yang di harapkan tetapi yang penting adakah yang sudi membaca dan mengamalkannya. Itulah setiap hari yang aku selalu fikir. Adakah yang sentiasa menyokong hanya di hadapan tetapi di belakangku mengutuk apa yang aku lakukan ? itu hanya cetusan hati saje.
Telah berapa insan yang acik jumpa dan menceritakan kisah hidup mereka. Semua ada duka dan lara terpendam di kala senyuman masih lagi mampu di lemparkan. Tempoh masa 15 tahun itu bukan masa yang sekejap tapi lama. Dalam tempoh tersebut pelbagai pekara yang boleh berlaku.15 tahun hidup bermadu tapi nasebnya tidak seindah yang khabarkan. Kalau berbicara soal bermadu atau kawin lebih , pastinya paling lantang berbicara adalah perempuan atau wanita.
Wanita mana yang sanggup bermadu ? dan di madukan ?
Selalunya orang menceritakan bahawa isteri kedua ini yang jahat , merampas harta suami dan suami melebihkan isteri muda. Tidak bagi Mak Leha, yang telah 15 tahun melayari bahtera rumah tangga bagaikan di serang tsunami. Selama itu juga hatinya di biarkan terseksa kerana hinaan dan kejian yang di berikan oleh orang sekeliling.
Mak Leha :Assalamualaikum acik, akak bukan nak aibkan suami akak,tapi setelah baca cerita yang acik siarkan di fb acik jadikan akak nak kongsikan cerita hidup. Entahlah dik , dulunya akak menikah dengan abang , mula-mula akak tak tahu yang abang rupanya dah kawin. Akak ni orang kampung dik , senang orang nak bodohkan kita. Masa baru sebulan berkahwin ,ada seorang perempuan datang serang akak dia mengaku yang dia bini pertama abang . Terkejut dik, hati siapa yang tak luruh orang yang kita sayang sanggup tipu kita dik. Tapi nak buat macam mana, kami dah sah jadi suami isteri. Bila orang kampung tahu akak bermadu dik . Semua orang mengutuk akak dan menghina akak ,kata akak ni perempuan perampas, perempuan jalang.Selama itu juga dik akak bertahan, pada siapa lagi nak mengadu dik , mak ayah sudah tiada. Abang sekali seminggu balik ke rumah kadang sebulan sekali , anak-anak di abaikan , duit kadang tak di berikan , akak terpaksa bekerja sendiri. Akak kerja sebagai "cleaner " di sebuah syarikat dik .Kadang dik anak akak selalu balik sekolah menangis sebab kawan-kawan dia hina dan kata dia anak perempuan jalang. Hati mana dik yang tak sakit dan kecewa. Anak akak berbapa tapi cuma bapanya jarang ada dik ,dia dah tak peduli kami. Abang pula kalau balik ke rumah ni dik ada saje tak kena dengan akak dan selalu kena pukul dan minta duit dik . Dan bini pertama abang tak suka akak dik, dia selalu kata yang bukan-bukan tentang akak. Dan pernah sekali dia serang dan hina akak depan orang ramai. Anak bini pertama abang pernah sepak terajang akak dik. Selama 15 tahun dik akak bertahan untuk perhubungan ini dik. Kadang pernah tu dik , kami seminggu tak makan nasi kerana duit tak cukup, gaji akak bukan banyak dik, anak akak ada 4 orang. Nak tanggung semuanya itu bukan senang. Akak cerita dekat adik acik kerana akak nak bagitahu semua , kami ini bukan insan yang hina ,kami bukanlah nak hidup kami seperti ini, mungkin ini takdir yang di tentukan Allah untuk akak , siapalah akak untuk mentidakkan nasib akak. Akak terima ini sebagai ujian untuk diri akak dik.
Bila acik baca cerita yang akak ini ,buatkan acik terdiam seketika, memang benar sekali hidup bermadu itu bukan senang yang di sangka. Untuk kawin memang senang tapi untuk adil kepada kedua-dua belah pihak bukan senang. Kadang orang ini senang saje berkata dan mengutuk mereka saje kerjanya.
Pernah tak mereka cuba selami mereka ini ? mereka juga punya hati dan perasaan, siapalah kita untuk menghakimi mereka ? Jika terjadi pada kita ? ataupun pada kakak mahupun dalam keluarga kita baru tahu bagaimana rasa mak leha ini.Mereka juga manusia yang menumpang kasih dalam kehidupan ini.
Apa pun nasihat acik kepada semua lelaki dan diri acik sendiri berlaku adil jika kamu berkahwin lebih,jangan abaikan isteri-isteri kamu dan jangan meniaya mereka. Acik doakan mak leha sentiasa di beri kekuatan oleh Allah dan tenang selalu. Semoga pintu hati suami akak terbuka untuk berlaku adil dan sedar kesilapannya. Dan apapon Allah tidak bebankan sesuatu melainkan menurut kemampuan hamba-hambanya .Mak leha seorang yang hebat dan acik hormati wanita seperti ini. Justeru Allah memilih mak leha untuk berdepan dengan situasi bergini. Maknanya Allah yakin bahawa mak leha mampu hadapinya, bersangka baik dengan Allah.
37 Ulasan
http://tengkubutang.blogspot.com/2013/09/segmen-giveaway-fizizaidi-with-blogger.html
Kepada kaum lelaki yang nak beristeri lebih dari satu tu, perlulah bersikap adil. Jangan nak menipu. Sebab bermadu ni kalau tak kena cara, kaum wanita je yang selalunya terseksa.
salam kenal acik. :)
Lebih baik bersangka baik daripada bersangka buruk. Saya berdoa yang terbaik untuk akak Leha.
apa2 pun, kedua2 madu harus berbaik2 memandangkan mereka dijodohkan utk berkongsi suami pun atas ketentuan allah...kalau tak dapat terima satu sama lain samalah juga macam tak menerima ketentuan allah...
tapi kita org yg tak kena ni mmg syok lah berkata2...haha...berat mata memandang berat lagi bahu memikul
jadi diharap sesiapa juga yg terlibat dalam situasi camni dapat hadapi ujian ini dgn tenang dan bijaksana...insya allah ada jalannya...
Tidak semua yang ingin dimadukan atau bermadu. Tetapi, apabila sudah terjadi dan si suami berbincang elok-elok dengan isteri, carilah jalan terbaik untuk mengeratkan hubungan semasa.