Ticker

6/recent/ticker-posts

Dia Insan Terpenting Dalam Hidup Ini.. Selamat Ulang Tahun Mak


selamat ulang tahun mak

Assalamualaikum
Alhamdulilah hari yang di nantikan telah tiba, sebelum itu jom berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. 6 Sept selalu acik nantikan untuk insan yang teramat istimewa dalam hidupku dan dan aku bersyukur kerana aku ada dia yang selalu ada ketika suka dan duka.  
Saat aku menangis dialah tempat untuk aku mencari penawarnya.Ketika aku gembira dialah juga tempat aku kongsikan kegembiraan. Di kala aku hilang arah dialah yang selalu menjadi petunjuk aku kembali ke jalan mu Ya Allah.Ketika aku dalam keadaan tertekan dan semangatku hilang dialah pemberi nafas baru dalam hidupku.Ketika aku buntu dengan tanda tanya yang ada dialah pemikir bersama agar aku dapat menjawab setiap pertanyaan.
selamat ulang tahun mak  
 Mesti ada tertanya siapakah dia insan teristimewa dalam hidup acik ini dan tentulah Dia Mak Acik (Puan Masroha). Hari ini merupakan ulang tahun kelahirnya yang ke 55. Acik tak dapat nak celebrate bersama-sama kerana acik berada di jauh perantauan.Tapi dalam ingatan dan setiap doa acik tak pernah lekang untuk mak yang sangat acik cintai ini. 
Ya Allah panjangkan umurnya dan murahkan rezeki kepada insan yang amat aku sayangi ini. Berikan kebahgiaan dan keredhaanmu kepadanya. Jadikanlah cintaku padanya sehebat cintaku padamu Ya Allah. Ya Allah kuatkan iman ibuku dan mudahkan segalanya urusannya. Dan Ya Allah makbulkan hajatnya yang lama di idamkan untuk menunaikan haji.
Ya Allah biarkan dia ada selalu bersamaku, biarlah aku balas dulu segala jasa yang di taburkan kepadaku . Aku ingin bahagiakan dia seperti mana dia cuba yang sebaik mungkin untuk buat aku bahagia. InsyaAllah acik cuba jadi anak yang baik untuk mak, hahaha kadang terfikir begitu ajaibnya kasih sayang seorang ibu ini. Bila acik ada masalah cukuplah cerita dengan mak dan rasanya lega bila dapat dengar suaranya, rasa masalah itu hilang. Akhir kata dari acik , Mak adalah segalanya dalam hidup ini, terima kasih ya Allah kurniakan seorang ibu yang penyayang dan baik hati.

Catat Ulasan

37 Ulasan

||aLeaSaRa|| berkata…
Selamat ulang tahun untuk mak acik.semoga usia & kesihatan diberkati Allah,dimurahkan rezeki untuk menunaikan ibadah haji amin.

p/s-->touching baca setiap doa acik untuk mak tersayang :)
sitirohaida berkata…
selamat hari lahir untuk ibu acik ye...akak rindu jugak dengan ibu akak tu..minggu nie nak balik kota tinggi yeee
Fais-SKA berkata…
Amin =) Sanah Helwah utk ibu achik..smoga bahagia didunia dan akhirat..
Unknown berkata…
semoga panjang umurnya dan sihat sentiasa..berbaktilah dengan ibu selagi hayatnya masih ada :) salam jumaat acik
BinMuhammad berkata…
Tiada hadiah yg lebih istimewa buat seorang ibu, hanyalah kasih sayang dan doa dari seorang nak. Selamat ulang tahun buat ibu Acik...
Cik Itah berkata…
sanah helwah buat ibu acik ye..semoga beliau murah rezeki dan dipermudahkan segala urusannya :)
norhasnizakhalid berkata…
berkongsi tarikh lahir yang sama dengan mama...... selamat hari lahir buat ibu Acik ye, Semoga beliau sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang
Khir Khalid berkata…
Slmt ulang tahun kepada ibu Acik.. Semoga sentiasa sihat dan dikurniakan keberkatan yg berpanjangan dunia & akhirat.. amin.
Maria Firdz berkata…
selamat hari ulang tahun buat ibu acik.. moga sntiasa dlm pemeliharaan Allah... :)
Tetamu Istimewa berkata…
Selamat Hari Lahir saya ucapkan kepada mak Acik.
Tanpa Nama berkata…
selamat ulang tahun buat mak acik yer?..akak rindu kat mak akak juga :'(
jie susanos berkata…
Smoga mak acik stiasa sht..
Unknown berkata…
selamat hari lahir autie :) semoga bahagia dunia akhirat :)
Unknown berkata…
semoga emak accik selalu sehat walafiat
Mizz Aiza berkata…
selamat hari lahir yang ke-55 untuk mak acik.. semoga dipanjangkan usia dan dirahmati oleh Allah selalu..
Nisha berkata…
new blog, new segmen! ^^ Jemput join --> http://mrsexotic.blogspot.com/2013/09/segmen-hi-there.html
Shahrul Yusof berkata…
Sejuk dapat anak taat macam Acik ni. Sayang ibu ni, semua orang wajib sayangkan ibunya sendiri. Tapi kalau mulut nak mengata tu, asal sayang mak je sure orang akan kata, 'anak emak', manja sangat. Padahal dah ibu sendiri mestilah kita sayang.
shazillahsani.com berkata…
waahhh...sweeetttt...^^
Unknown berkata…
sejuk perut ibu mengandungkan anak begini.. sebaya Mak aku juga..
Story Nadya berkata…
Selamat ulang tahun aunt ^^ Amin untuk semua doa acik kepada ibu acik :)
Tanpa Nama berkata…
Selamat ulang tahun utk mak acik...walaupun dah berusia tp masih anggun jelita....
Aimacomel berkata…
Istimewa nya beliau tiada galang gantinya.. selamat hari jadi kpd emak acik, semogz sentiasa sihat dan dilindungi oleh Nya
tarmizi berkata…
Selamat hari jadi makcik...
Karen Monica berkata…
selamat ulangtahun kelahiran kepada emak acik..semoga sihat selalu :)
Unknown berkata…
semoga ibu acik sihat selalu :)
Vee berkata…
Happy birthday utk mak acik :)
Tanpa Nama berkata…
Semoga Allah rahmati dan berkati hidup makcik dan dapat tunaikan haji seperti yang dihajati ... aaamin .
Azwar Syuhada berkata…
Selamat Hari Jadi buat ibu Acik!! Moga dipanjangkan umur n murah rezeki.. :)
Unknown berkata…
Selamat hari lahir buat mak Acikk.. Semoga sentiasa diberi kesihatan yg baik.. dan dapat menantu yang baik..hehehe
Addasyuhadadisini berkata…
selamat hari lahir ibu acik..moga panjang umur dan dimurahkan rezki selalu..pengorbanan seorang ibu tak terbalas sampai bla2..moga doa acik juga dimakbulakn.. amin..:))
Mia Liana berkata…
selamat hari lahir buat ibu acik...
hazwan hairy berkata…
selamat ulangtahun makcik...
adarain berkata…
selamat ulang tahun buat maknya..Semoga panjang umur dengan kesihatan yang berpanjangan..
Unknown berkata…
selamat ulang tahun bt mak bro..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan dibekalkan kekuatan untuk melihat anak2 berjaya :)
Unknown berkata…
selamat ulang tahun kepada ibu acik :D
semoga dirahmati ALLAH sentiasa :D
Unknown berkata…
Selamat Hari Jadi kepada mak Acik.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. :-)