Assalamualaikum
Minta maaf kerana lambat terbitkan entri kepada kamu , sebenarnya hari ini penuh dengan kelas hingga ke petang. Tergamam hari acik baca salah seorang status pelajar tahun 4 bertanya apa itu "pecah d*ra" yang di dengar dari kakaknya sendiri. Bila cerita tentang seks tentunya menjadi sesuatu yang "taboo" ataupun yang tidak boleh di bicarakan di tempat umum. Ye memang betul tu, tapi sebenarnya kebanyakan mereka tidak faham tentang pendedahan pengetahuan tentang seks. Maksud pengetahuan tentang seks itu bukanlah bermakna pekara yang lucah-lucah dan tidak senonoh.
Kenapa acik cakap seperti ini, kerana kebanyakkan kanak-kanak sekarang ini terlalu terlalu advance dan banyak pekara yang bermain di fikiran mereka di luar jangkaan ,Sebagai contoh kenapa boleh "keluar darah " bagi perempuan. Perlu jelaskan dengan mereka dengan cara yang mudah. Kadang tu mereka cari tahu sendiri dengan kadang maksudnya lain dengan kefahaman mereka.
Mahukah anak kita nanti seperti di gambar bawah ini ??
Lagi satu kes rogol agak tinggi dari dulu lagi, dan kebanyakkan mereka adalah dari kalangan pelajar bawah 18 tahun. Dan telah di perdebatkan di mana sahaja.
Jadi ini gambaran tahap-tahap pendidikan seks bagi anak-anak islam
Tahap Pra Mumaiyiz hingga Mumaiyiz (4-7 Tahun)
Pada tahap ini, kanak-kanak biasanya sudah didedahkan dengan program Nurseri yang membantu kognitif mereka. Umur 7 tahun dipilih kerana umumnya ia adalah umur Mumaiyiz di sisi para ulama. Hal ini tidak menolak kemungkinan anak-anak mencapai tahap Mumaiyiz sebelum umur 7 tahun. Objektif yanag boleh dicapai di tahap ini ialah membantu kanak-kanak untuk mengenali fungsi tubuh, memahami beberapa perbezaan antara anak lelaki dan perempuan, mengukuhkan rasa malu dan menyiapkan kanak-kanak bagi umur mumaiyiz dan implikasinya kepada mereka dari segi agama, biologi, psikologi dan sosial.
Berikut adalah perkara-perkara ya ng boleh dilakukan di tahap ini:
1.Mengajar untuk mengenali perbezaan fizikal di antara anak-anak lelaki dan perempuan di tahap umur ini.
2.Membiasakan diri dengan batas-batas pergaulan dan hijab dalam dengan ahli keluarga lelaki dan perempuan dan antara kawan-kawan lelaki dan perempuan sesuai dengan tahap umur mereka dan kaitannya dengan isu seks.
3. Di peringkat umur 6 tahun anak-anak dilatih untuk membiasakan diri tidur berasingan dan sebab di sebaliknya kerana pada umur 7 tahun Islam memerintahkan pemisahan tempat tidur antara anak-anak.
4. Membiasakan anak agar tidur berasingan dari tempat tidur ibu bapa dan sebab di sebaliknya.
5.Mengajar anak-anak agar meminta izin sebelum masuk bilik ibu bapa pada waktu-waktu yang dianjurkan oleh Islam dan sebab di sebaliknya.
6.Melatih anak-anak agar tidak mandi bersama khususnya antara anak lelaki dan perempuan.
7.Membimbing anak-anak memahami topik-topik berkaitan seks melalui didikan istinja’ dan toharah yang betul.
8.Membina kefahaman mengenai mumaiyiz dan implikasinya.
Tahap Pra Baligh (8 – 12 tahun)
Objektif pendidikan seks ditahap ini ialah untuk membina persiapan bagi umur baligh, memahami perubahan fizikal apabila memasuki umur baligh, memahami keperluan hijab(pakaian dan pergaulan) dan tujuannya dan menanam rasa jijik terhadap segala yang berbentuk lucah dalam Islam.
Perkara yang boleh dilakukan di tahap ini ialah:
1.Mengukuhkan amalan hijab (samada hijab pakaian atau pergaulan) dalam keluarga dan bersama kawan-kawan. Pada umur 10 tahun ke atas, anak-anak haruslah telah terbiasa untuk memelihara hijab antara lelaki dan wanita yang bukan mahram kerana umurnya yang telah hampir dengan umur baligh. Dalam menunaikan didikan ini,perlulah dikaitkan dengan isu-isu seksual yang sesuai.
2.Memahami konsep mahram sejajar dengan objektif pendidikan seks.
3.Pada umur ini anak-anak sudah harus diberikan kemampuan untuk mempraktikkan toharah dan istinja’ yang betul.
4.Pada umur 10 – 12 tahun, anak-anak harus sudah mampu memahami secara umum erti mimpi, mani, haidh dan fenomena seks yang dinyatakan dalam Fiqh Toharah dan Ibadat ini kerana pada umur 10 tahun seorang kanak-kanak sudah di’mestikan’ untuk bersolat. Untuk itu ia perlu memahami Fiqh Toharah dan Ibadat yang betul bagi memastikan solatnya benar. Oleh kerana pada umur 12 tahun seorang anak biasanya mencapai baligh, maka perlulah mereka dididik mengenai baligh dan tanda-tandanya sebelum memasuki umur baligh yang sebenar. Hal ini perlulah dikaitkan dengan isu-isu seksual.
5.Memahamkan anak-anak apa yang dimaksudkan lucah dalam Islam dan kenapa ia dilarang.
Tahap Pos Baligh (13 – 15 tahun)
Objektif yang boleh dicapai ditahap ialah ialah mendidik anak-anak yang telah meningkat ke alam remaja untuk mempraktik dan meme nuhi sepenuhnya tuntutan hijab (pakaiandan pergaulan) baik dalam keluarga atau di luar rumah, memastikan anak-anak mempunyai kekuatan bagi menjauhi zina dan amalan seks luar tabi’i, memahamkanmereka akan perubahan emosional (cinta, kasih, rasa tertarik pada kawan lelaki/perempuan) dan membina keupayaan mengurus segala perubahan itu sejajar dengan ajaran Islam.Ibu bapa boleh melakukan perkara-perkara berikut bagi mencapai objektif yang dikehendaki:
1.Melakukan aktiviti yang mengukuhi aktiviti di tahap yang lalu.
2.Memahamkan anak-anak mengenai zina dan amalan seks luar tabi’i dalam Islam dan hikmah disebalik larangan terhadapnya.
3.Memahamkan sebab-sebab timbul rasa cinta, kasih dan tertarik kepada yang lain dari segi fisiologi dan psikologi.
4.Membimbing anak-anak untuk mengurus psikologi remaja dan dorongan seks yang semakin meningkat di tahap ini.
6.Membiasakan anak-anak dengan puasa sunat (selain ibadah-ibadah lain) sebagai asas daya tahan mengawal dorongan seks setelah memasuki umur baligh sejajar dengan anjuran Rasulullah s.a.w.
Acik dapatkan di sini (sumber) semoga bermanfaat kepada ibu bapa di luarkan sana, pendidikan seks itu bukan pekara yang lucah sahaja tetapi pengetahuan untuk beri pendedahan dan ini dalam persepsi islam. Lebih baik mencegah dari terkena. Susah nanti.
29 Ulasan
aah pendedahan tu penting buat anak2
biar mereka faham
akak fikir perlu pendidikan ni dimulai di rumh oleh ibubapa...si ibu blh bercerita pd anak perempuan...bapa kepada anak lelaki...
menarik sgt entry ni...
p/s-->owh acik dah baca tak entri terbaru blogger Que Achmad....perghhh.budak2 zaman la ni mudah terpengaruh apabila parents anggap itu perkara biasa huhu....
anak sapo ler tu..
isk isk isk..
mmg serius nie