Assalamualaikum
Fuh penat yang teramat sangat, hari ini satu hari acik di berjaya times square kuala lumpur, sambil itu meraihkan sambutan hari lahir untuk classmate serta teman rapat di kelas iaitu hidayah Nazri. Selamat ulang tahun ke 23 ,semoga panjang umur dan murah rezeki.
Di pasaraya ini SubhanaAllah ramainya orang , memang ramai lagi-lagi dengan pelbagai tawaran promosi di hujung minggu. Pelbagai ragam manusia yang dapat acik lihat ,begitu juga pelbagai jenis fesyen dan orang yang acik temui. Untuk Pengetahuan semua sekarang ini acik dah pakai cermin mata kerana acik mata acik rabun. Sebelum acik membeli cermin mata acik selalu merungut pada mak dan abang, bahawa acik susah nak belajar dan sukar nak bawa motor ketika malam kerana semua nampak kabur dan silauan lampu di malam hari.
Tetapi apa yang berlaku hari ini, buatkan acik sedar bahawa setiap apa yang Allah berikan itu pasti ada hikmah yang tanpa di sedari. Di pasaraya tentu sekali kita dapat lihat mereka yang memakai pakaian yang pelbagai dan singkat-singkat semua. Dugaan terbesar bagi lelaki adalah mata kerana mata melihat segalanya apa yang ada di sekeliling.
Tengok kiri nampak yang macam gini , tengok kanan kan terdedah sana-sini. Acik bermonolog dalam diri sendiri... Ishh mereka tak malu ke ye berpakaian seperti ini ? mendedahkan sana sini , kita juga dapat dosa melihatnya. Lagi -lagi pakai cermin mata ini semuanya jelas. Dan dengan tiba-tiba acik terus buka cermin mata yang acik pakai.
Keadaan bertukar semuanya jadi kabur, tapi masih lagi nampak bayangan orang sekeliling walaupun tidak jelas. Bila kita nampak sekeliling kita kabur pastikan kita tak akan dapat melihat dengan jelas semuanya dan kita akan lebih berikan tumpuan pada perjalanan kita.Dengan itu juga lihat dapat menjaga pandangan dan mata kita dari melihat yang bukan-bukan.
Hari ini acik belajar sesuatu yang selama ini yang selalu acik ungkapkan bahawa setiap pekara pasti ada hikmahnya. Memang betul, walhal pekara kecil sahaja tetapi hikmah yang tersembunyi amat bermakna. Terima kasih ya Allah atas kesedaran ini.
Rabun itu anugerah ?
Yup anugerah dari Allah, kerana ini bentuk lain kasih sayang Allah pada kita. Allah berikan peringatan untuk kita menjaga mata kita . Allah kaburkan pandangan untuk kita lupakan ketika tentang duniawi (objek) untuk lebih fokus dengan pekara yang baik-baik sahaja. Selain itu juga, untuk menyedarkan kita bahawa pada bila-bila masa Allah boleh tarik nikmat yang di beri jika kita tidak menjaga dengan sebaik mungkin. Terima kasih sekali lagi ya Allah untuk kesedaran diri ini.
31 Ulasan
Subhanallah...td akak bc entry lana...betapa setiap kejadian yg menimpa kita,pasti ada hikmahnya...alangkah bagusnya kita dpt kembali kepada Allah atas setiap sesuatu yg berlaku....beruntunglah bg mereka y mahu berfikir.....Allah telah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan...beruntunglah bg yg mensucikannya...rugilah bg yg mengotori....subhanallah....tq acik
nak2 , bila keluar kat tempat ramai orang , so better tak pakai , tapi make sure kena ada kawan kat sebelah...sebab nak cari toilet pun susah kalau dah rabun ni..hoho
p/s: bila org2 nk jadikan trend, spek yg mcm kt gmbr atas tu agaknya ye heheee B)
Entri Terkini Saya : 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog
kene jaga elok2 ler mata pasni,
takut makin kuat rabun tu.
welkome to the club.
hehe.