Assalamualikum
Alhamdulilah akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk blog acik ini, sebelum itu marilah berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw. Maaf sangat ,acik memang terlalu sibuk dengan program dan kelas yang penuh setiap hari. Dan kebetulan kami perlu kerja keras untuk program di sabah yang semakin dekat.
Sebenarnya hari ini dapat berjumpa dengan 2 orang kenalan yang sudah lama tak berjumpa dan kawan acik pula membawa kekasihnya. Dia selalu banggakan dengan kecantikan kekasihnya yang kononnya tiada tandingan ini, asyik memuji sahaja kecantikan kekasihnya di depan acik. Masa itu perbualan kami tentang perempuan dan perbualan menjadi hangat apabila si Hani (bukan nama sebenar) kekasih kawan acik banyak mempertikaikan pelbagai pekara.Dan tiba-tiba hani mencabar kami untuk permainan berkata jujur, di putarkan botol dan terkena pada Azim iaitu teman lelaki Hani.
Fadzli : Azim nak tanyalah ,umur kita pun dah makin tua, mesti kau nak kawin kan . Aku nak tahu juga ciri-ciri yang bagaimana bakal calon isteri kau nanti ? ko kena jujur ehh ,
Azim :Ohh kalau di tanyakan pada akulah, aku mestilah mahukan seorang perempuan yang solehah dan baik budi pekertinya
Acik : Sebabnya ?
Azim : Acik nie buat tak faham pulak, mana ada lelaki dalam dunia nie mahukan bakal isteri dia orang jahat dan tak menutup aurat. Aku mestilah nak isteri aku nanti jadi ibu yang baik untuk anak-anak aku, mestilah yang pandai ajar anak aku baca al quran, dan didik anak-anak aku jadi anak yang solehah.
Keadaan jadi sunyi ketika, dan tiba-tiba dengar suara seorang seperti sedang menangis
Hani : Habis selama nie ? awak bawa saya ke sana sini naik motor, pegang-pegang tangan saya tu kenapa ? Awak pernah cium saya apa maknanya ?
Azim : Ehh kenapa bagitahu ? saya tak pernah cakap pun nak jadikan awak bakal isteri saya. Awakkan yang tergila-gila kat saya.
Keadaan jadi bingit apabila mereka bergaduh pula,tapi itulah kenyataannya tanyalah mana-mana lelaki pun, yang jahat ,yang baik pastinya mereka mahukan perempuan yang solehah. Dalam kes Azim ini dia tak sedar bahawa kekasihnya juga tidak bertudung dan tidak menutup aurat dengan sempurna. Acik kongsikan kepada kamu semua agar kamu sedar wahai kaum hawa. Martabatmu sebenarnya mulia, jangan di jadikan hina kerana terpedaya dengan goda lelaki hidung belang.
Mungkin ada ada kaum hawa yang marah dengan entri ini, sebab itu pentingnya menjaga maruah diri. Lelaki ujian terbesarnya adalah nafsu.Pastinya lelaki mendambakan perempuan yang baik akhlak dan mungkin akan berlalu pergi tanpa memberi khabar kepada kamu jika tiada pada kamu apa yang di mahukan itu. Jadi fikir-fikirlah ye. Jadilah wanita yang baik-baik bukan hanya untuk lelaki yang baik tapi sebagai tuntutan kita sebagai seorang muslim. Begitulah juga untuk lelaki, untuk dapat yang baik perlu jadi baik juga. Jangan mengharapkan yang baik andai diri kita juga masih banyak kekurangan. Sama-sama kita baiki diri.
36 Ulasan
Entri yg sgt bermanafaat utk kita sama2 renungkan.. Thanks sharing Acik :)
Dua2 blum matang lg ni.
Fikiran budak2 lg.
Tau nk njoy je.
Cmni le jdnyer.
Bagus entry nih..sebagai kaum hawa akak tk marahpun baba pesanan utk menutup aurat tu tp kwn acik tu,ckp kena berlapik juga,dia tak katapun nk jdkan hani(bkn nama sbnr) sebgai isteri tp manalah kita tau jodoh kwn acik tlh tertulis dgn hani...dan pd kaum lelaki..jadilah lelaki yg sejati,kalau tak mau pada seseorg perempuan itu stlh kamu memberi janji,jgnlah berlalu pergi begitu shja..beri alasan yg sebaik2nya...wanita itu untuk dilindungi,bkn utk disakiti....ewahhh....isu best nih acik...hehehe
nak dpt yg baik , diri sendiri dulu kene lah jd baik..
masalahnya kawan acik tu ada ke girl yg baik nak kat dia.. ;)
Perempuan yang gedik-gedik, sosial-sosial semua ni stok geli-geli boleh la. Untuk buat sedap-sedap. Nak kahwin? Sorry.
moga jd peringatan buat adik2 di luar sana
byk yg hidung belang..x ketinggalan byk yg suka diberi oujian
moga kita sentiasa berwaspada