Assalamualaikum
Alhamdulilah hari ini sungguh tenang dan damai maka terhiaslah senyuman untuk kamu semua. Sebelum itu jom kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Dan acik minta maaf kerana banyak soalan yang di ajukan tak dapat di jawabkan semuanya kerana kesibukkan yang melanda diri. Sekarang ini perlu siapkan diri untuk pulang ke uitm pula.
Ramai pula yang tanya tentang jodoh ini, Yup jodoh itu memang rahsia Allah dan Jodoh kita telah di tetapkan. Tetapi zaman sekarang tak ramai yang mahu di jodohkan dan mahu cari pilihan hati sendiri mengikut citarasa. Apabila sudah jatuh cinta dan mula "serious" dalam perhubungan maka akan mula ke fasa baru iaitu adalah alam perkahwinan.
Ada yang katakan : Acik aku memang suka dia, tapi aku takut dia kecewakan aku
: Aku takut dia lelaki/perempuan yang tak baik untuk aku ?
Hidup memang akan ada pelbagai soalan, jadi dengan rendah hati acik ingin kongsikan apa sesuatu yang menjadi amalan dalam keluarga untuk kita menentukan pilihan kita .
Bagi kamu, wahai calon suami/isteri. Sebelum melenggang ke pelaminan, hendaknya memperhatikan beberapa nasihat berikut ini:
1. Solat Istikharah
Jika kamu menginginkan sesuatu, hendaklah kamu solat istikharah dan berdoa agar Allah memilihkan yang terbaik bagi kamu. Istikharah tidak hanya dilakukan saat seseorang yang hendak menikah. Istikharah boleh dilakukan untuk semua perkara kebaikan. Dengan solat istikharah tersebut, seseorang meminta kepastikan tentang apa yang akan diperbuat dan langkah apa yang akan ditempuh.
2. Meminta Pendapat pada Orang yang Tepat
Ada baiknya, sebelum mengambil keputusan, seseorang meminta pendapat dan pandangan pada orang yang tepat, yang dikenali keilmuan dan amanahnya.
Meminta pendapat dan pandangan kepada orang lain bukanlah aib yang menjatuhkan harga diri dan martabat. Malah, dengan meminta pendapat orang lain memungkinkan terbukanya jalan keluar, atau tersingkapnya perkara-perkara yang tidak diketahui. Meminta pendapat adalah tradisi dan ciri khas para ulama, dengan cara inilah mereka menjadi terkenal dengan pendapatnya.
Abu Hurairah radhiyallahu 'anha berkata, "Tidak pernah aku melihat orang yang paling sering mengajak musyawarah sahabatnya dibanding Rasulullah." (Zadul Ma'ad, Imam Ibnul Qayyim).
3. Doa
Jangan melupakan aspek doa, kerana doa merupakan saranan terbaik yang harus selalu berdampingan dengan istikarah dan musyawarah. Usahakan selalu mengulangi doa, kerana doa adalah ibadah yang paling agung.
Ada banyak sekali waktu yang baik dan mustajab untuk berdoa, diantaranya:
- Dipertigaan malam
- Setelah solat fardhu
- Antara azan dan iqamat
- Saat turunnya hujan
- Ketika sujud dalam solat (berdoa dalam hati, tidak dilafazkan)
- Ketika minum air zam-zam
- Dan lain-lain.
Semoga bermanfaat kepada kamu semua, acik hanya kongsikan semuanya terpulang pada kamu. Mengadulah pada Allah kerana di akan selalu ada untuk kita.
33 Ulasan
Rata-rata pengantin perempun bila bab ni memang sanggup lagi tak jadi kahwin daripada kahwin tapi takda majlis yang grand-grand.
Bila dah masing-masing sengkek time dah berkeluarga disebabkan hutang, baik macam malaikat time bujang dulu pun boleh bertukar jadi ganas macam beruang masa kahwin. Hahaha
moga jodoh yang kita dapat
adalah pilihan yang terbaik..
Regards,
-Strider-
p/s semoga acik mendapat jodoh yang baik juga
Alhamdulillah, sama-samalah kita laksanakan tanggungjawab kita sama ada sebagai seorang suami atau isteri.