Ticker

6/recent/ticker-posts

Langkah Awal Memilih Jodoh Bagi Menentukan Pilihan Bakal Suami Dan Isteri Yang Perlu Di Ketahui


mencari suami/isteri

Assalamualaikum

Alhamdulilah hari ini sungguh tenang dan damai maka terhiaslah senyuman untuk kamu semua. Sebelum itu jom kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. Dan acik minta maaf kerana banyak soalan yang di ajukan tak dapat di jawabkan semuanya kerana kesibukkan yang melanda diri. Sekarang ini perlu siapkan diri untuk pulang ke uitm pula.  

Ramai pula yang tanya tentang jodoh ini, Yup jodoh itu memang rahsia Allah dan Jodoh kita telah di tetapkan. Tetapi zaman sekarang tak ramai yang mahu di jodohkan dan mahu cari pilihan hati sendiri mengikut citarasa. Apabila sudah jatuh cinta dan mula "serious" dalam perhubungan maka akan mula ke fasa baru iaitu adalah alam perkahwinan. 

Ada yang katakan  : Acik aku memang suka dia, tapi aku takut dia kecewakan aku 
      : Aku takut dia lelaki/perempuan yang tak baik untuk aku ? 

Hidup memang akan ada pelbagai soalan, jadi dengan rendah hati acik ingin kongsikan apa sesuatu yang menjadi amalan dalam keluarga untuk kita menentukan pilihan kita .

Bagi kamu, wahai calon suami/isteri. Sebelum melenggang ke pelaminan, hendaknya memperhatikan beberapa nasihat berikut ini:

1. Solat Istikharah

Jika kamu menginginkan sesuatu, hendaklah kamu solat istikharah dan berdoa agar Allah memilihkan yang terbaik bagi kamu. Istikharah tidak hanya dilakukan saat seseorang yang hendak menikah. Istikharah boleh dilakukan untuk semua perkara kebaikan. Dengan solat istikharah tersebut, seseorang meminta kepastikan tentang apa yang akan diperbuat dan langkah apa yang akan ditempuh.

2. Meminta Pendapat pada Orang yang Tepat

Ada baiknya, sebelum mengambil keputusan, seseorang meminta pendapat dan pandangan pada orang yang tepat, yang dikenali keilmuan dan amanahnya.

Meminta pendapat dan pandangan kepada orang lain bukanlah aib yang menjatuhkan harga diri dan martabat. Malah, dengan meminta pendapat orang lain memungkinkan terbukanya jalan keluar, atau tersingkapnya perkara-perkara yang tidak diketahui. Meminta pendapat adalah tradisi dan ciri khas para ulama, dengan cara inilah mereka menjadi terkenal dengan pendapatnya.

Abu Hurairah radhiyallahu 'anha berkata, "Tidak pernah aku melihat orang yang paling sering mengajak musyawarah sahabatnya dibanding Rasulullah." (Zadul Ma'ad, Imam Ibnul Qayyim).

3. Doa

Jangan melupakan aspek doa, kerana doa merupakan saranan terbaik yang harus selalu berdampingan dengan istikarah dan musyawarah. Usahakan selalu mengulangi doa, kerana doa adalah ibadah yang paling agung.

Ada banyak sekali waktu yang baik dan mustajab untuk berdoa, diantaranya:

- Dipertigaan malam
- Setelah solat fardhu
- Antara azan dan iqamat
- Saat turunnya hujan
- Ketika sujud dalam solat (berdoa dalam hati, tidak dilafazkan)
- Ketika minum air zam-zam
- Dan lain-lain.

Semoga bermanfaat kepada kamu semua, acik hanya kongsikan semuanya terpulang pada kamu. Mengadulah pada Allah kerana di akan selalu ada untuk kita.

Catat Ulasan

33 Ulasan

fragmenbiru berkata…
Alhamdulillah,perkongsian yang sangat bermanfaat terutamanya kepada saya sendiri...heheheheheheheheh :)
Moga anda diketemukan jodoh yang baik.
Addasyuhadadisini berkata…
dapat ilmu baru..bnyak cara dan pilihan kan untuk kita dapat jawapan daripada Allah..pilih lah yg mna 1 untuk kebaikan diri kita.. :))
Mizz Aiza berkata…
betul tu acik.. hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa kini dan akan datang..
Shahrul Yusof berkata…
Acik, ada lagi satu soalan penting terhadap pasangan. ''Sanggup ke kahwin jimat belanja asalkan lepas kahwin nanti takda berhutang?''

Rata-rata pengantin perempun bila bab ni memang sanggup lagi tak jadi kahwin daripada kahwin tapi takda majlis yang grand-grand.

Bila dah masing-masing sengkek time dah berkeluarga disebabkan hutang, baik macam malaikat time bujang dulu pun boleh bertukar jadi ganas macam beruang masa kahwin. Hahaha
Unknown berkata…
Nice sharing Acik.. Semoga mendapat jodoh yang baik..InsyaAllah..
Annamariana1989 berkata…
nice sharing ..
moga jodoh yang kita dapat
adalah pilihan yang terbaik..
Unknown berkata…
insya-Allah perkongsian ini akan dimaanfaat bagi mana2 pasangan yang ingin mendirikan masjid atau tercari2 calon yg sesuai..:)
Tanpa Nama berkata…
bagi org yg sudah terlebih umur cam akak nih , apa yg akak x buat ? Hakikatnya , selagi Allah kata masanya belum tiba , usaha camna pun , kita tetap perlu menunggu ... kan jodoh itu rahsia dan urusan Allah ! Teori itu dah tak releven lagi ...
Mormor berkata…
tx acik untuk perkongsian ni . memang sedang tercari2 tips mcm ni :'D
Akupenghibur.com berkata…
kak umur tidak menghadkan seseorang itu untuk mengalah... sentiasa berdoa dengan itu seiring dengan usaha... Berdoa tak kira tua ,muda kak , yang acik katakan adalah konsep berdoa
Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah , akak sentiasa berdoa bkn setakat lepas solat saja , malah panduan yg acik beri itu sudah diamalkan bertahun2 sehingga kudrat itu masih ada wpun entah sampai bila ... tapi x pernah ada erti putus asa ! hakikatnya , apa pun yg kita buat , kita tetap x boleh mendahului ketetapan Allah ! siapalah acik juga akak nak menafikannya ! berkata2 itu lebih mudah berbanding yg melaluinya seperti akak ... doakanlah semoga akak bertemu jodoh ...
Story Nadya berkata…
Nice sharing. Langkah untuk nad nie hehe
Zaza Iman berkata…
tq acik..zaza ni kdg runsing bab soal jodoh sbb xkhwin2 lagi..haha... adk beradik semua dh khwen..xpe lah.. jodoh ttp akan ada =)
Akupenghibur.com berkata…
insyaAllah :) yup memang acik tak merasai apa yang akak rasa,, acik minta maaf yer kalau ada terkasar bahasa :) in sya Allah akak akan berjumpa dengan jodoh yang baik. Allah maha mengetahui yang terbaik untuk kita, kerana di Maha mengetahui.. Bersangka baik sajelah dengan Allah
BinMuhammad berkata…
Jodoh itu ketentuan Allah..maka mohonlah kepada Allah.
akak dulu, buat solat istikharah...
Khir Khalid berkata…
Hanya kpe Allah jualah segala pengetahuan, menganugerah yg baik buat setiap insan. Thanks sharing acik. :)
Aku pengembara berkata…
Setuju sangat terutama point yg first tu. kena istiqarah sebab pilihan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Nice
Unknown berkata…
penting sgt2 solat istikharah..insyaALLAH Allah akn tunjuk apa yg terbaik..=D
Unknown berkata…
inshaAllah..bnyak berdoa utk pilih yg terbaik..;)
Tanpa Nama berkata…
hanya DIA yang tahu yang terbaik buat kita...
Azlan Strider berkata…
satu perkongsian yang menarik..thank you bro...

Regards,
-Strider-
Fais-SKA berkata…
Alhamdulillah perkongsian yg baik acik =) kdg2 kita ni kena matang juga..kena byk2 rujuk dgn ustaz..ada jugak 1 kisah pasal solat istikarah yg xbtol..ape pn doa jelh yg pntg =) Allah thu yg terbaik..
Unknown berkata…
setuju sgt dengan tips acik :)tapi nak mintak pendapat acik, siapa contoh org yg tepat untuk kita bertanya pndpt ttg seseorg tu? ;)
Maria Firdz berkata…
perkongsian yg bermanfaat... mmg sy lakukan apa yg acik tulis tu... kejar cinta Ilahi dulu... pasti jmpe cinta sejati..
adarain berkata…
setuju dengan apa yang diperkata oleh acik....walaubagamanapun kita perlu bersabar dengan jodoh yang telah ditentukan oleh ALLAH.
Unknown berkata…
Ketiga-tiganya saya dah lakukan..alhamdulillah, Mr.K mmg pilihan tepat..
Cik Itah berkata…
sy da lakukan..sy terima siapapun jodoh sy :)

p/s semoga acik mendapat jodoh yang baik juga
Lydia Miza berkata…
Apa2 pun solat istikharah tu mmg kena buat. Minta petunjuk Allah
Nina Mads berkata…
perkongsian yg menarik utk memilih pasangan. harap2 jodoh yg telah ditentukan akan kekal sepanjang hayat.. in shaa allah :)
Tetamu Istimewa berkata…
Mesti acik ramai peminat ni.

Alhamdulillah, sama-samalah kita laksanakan tanggungjawab kita sama ada sebagai seorang suami atau isteri.
ju zura berkata…
InshaALLAH...Aamiin...tapi hati aku terlalu susah utk terima lelaki...pemimpin yg baik yg utamakan agama utamakan ALLAH..dlm hidup lelaki hanya ader bapa,adik baradik,suami n seorang kwn lelaki..itu pun alam maya...huhuuhuu..itu pilihan yg aku ader...mmmmmmm