Assalamualaikum
Alhamdulillah, Alhamdulillah selalu.
Selawat penuh cinta dan salam khas untuk Rasulullah SAW, kekasih Allah
yang kian lama dirindui. Buat pembaca blog ini dan para sahabat yang dihormati.Sebelum itu acik minta maaf 2 hari tidak terbitkan entry kerana kesibukan rumah terbuka dan banyak jemputan yang perlu di hadiri.
Terima kasih kerana Allah selalu mengurniakan acik sebuah ketenangan yang
tak pernah hilang. Ketenangan dalam melalui kehidupan yang penuh cubaan
dan dugaan. Terima kasih Allah, kerana memberikan acik suatu rasa yang
sungguh kuat, mengatakan bahawa setiap dugaan dan masalah ni adalah
Tarbiyah kasih sayang daripada Mu.Sememangnya, Allah itu dekat dengan
hamba-hambaNya.
Ada
yang bertanya acik, kenapa acik lebih mengutamakan entry dalam
penulisan tentang cinta ?? kenapa seperti sokong anak muda sekarang
bercinta ??
Sebelum
tu , acik minta maaf kerana entry yang acik buat mungkin buatkan kamu
tak selesa tentang entry cinta dan sebagainya.Pada acik cinta itu yang
paling dekat dengan remaja sekarang.Dengan cinta segalanya boleh
berubah, si pendendam menjadi pelembut hati, si pemarah jadi peyayang
dan sebagainya. Zaman sekarang nie tipulah orang kata tak pernah
bercinta , acik juga pernah lalui semua, walaupon kita tegah kita
halang, kita herdik, kita maki jika mereka mengiginkan cinta tersebut
pasti akan di usahakan sehingga dapat apa yang di mahukan dengan apa
juga cara.Biarlah kita mengunakan pendekatan yang halus dan bersesuai
agar mereka merasai dan terfikir tentang sesuatu pekara. Dan buat mereka
sedar , cinta itu bukan semudah yang di sangkakan dan cinta kerana
ALLAH adalah seindah cinta yang sebenar.
Nafas
seorang mukmin adalah sebuah
amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar. Jangan
disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.Jangan bermain dengan
perasaan orang, apatah lagi jika orang itu adalah orang dekat dengan
kita. Jangan memberi harapan bila memang harapan itu tidak pernah ada.
Jangan memberi janji bila kita masih belum sedia untuk menunaikannya.ini
hanya sekadar peringatan kepada saje tak kira kaum adam dan hawa...
Perempuan sering kata mereka lemah tentang cinta yang datang dari lelaki. Secara umumnya, wanita disifatkan oleh
Allah dengan hati dan jiwa yang lembut. Kerana hati yang lemah itu,
perempuan mudah ‘jatuh cinta’ dengan hanya kata-kata dan gerak geri
seorang lelaki. Fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan
pujian.
Sebenarnya pekara itu juga berlaku sama juga dengan lelaki , lelaki lemah daripada wanita terutama dalam urusan cinta.
Ini adalah hasil pemerhatian kehidupan peribadi
sebagai seorang lelaki selama 23 tahun acik hidup.
Man is strong, but ...
Memang, wanita adalah manusia yang lemah lembut, halus tutur katanya, lembut hatinya bak air tenang menyejukkan sarat penuh perasaan kasih dan sayang. Kurang sesuai bila seorang wanita mengangkat barang-barang berat seperti meja dan kursi, bukan?
Berbeza dengan seorang lelaki. Kuat, menentang, kasar, pantang di cabar, sukar menerima kekalahan Bicaranya yang lantang dan tegas ditakdirkan menjadi seorang bakal pemimpin untuk hawa
Namun tidak dalam segala hal seorang lelaki itu kuat. Ternyata kaum Adam itu lemah sangatlah terutama bagi persoalan cinta dari kaum hawa. Lemah dalam pandangan, pikiran, hati dan perasaan,
Lelaki
tidak mudah mempertontonkan emosi sedih mereka. Mereka hidup dengan
cuba menutup rona lembut hati kerana mereka mahu kelihatan gagah dalam
menguasai emosi. Mereka jurangkan satu perasaan yang lembut terkurung
itu disebalik satu sifat yang nampak kebal dan tersendiri.
Menangis
itu bukan lelaki bagi mereka, tetapi menangis itu ialah satu sedekah
murah si airmata yang hanya akan hilangkan kebal yang cuba mereka
tunjukkan pada dunia.
Tetapi
mereka sebenarnya menangis di dalam hati, kalah pada satu pertarungan
diri apabila cintanya di khianati dan di permainkan perempuan dan membungkus buang satu
perasaan duka. Mereka kalah pada satu tuntutan cinta yang merebak
menguasai kuat sebuah jauh kembara.Lelaki sebenarnya insan yang amat setia, andai dirinya ditatang tinggi akan kuat rasa cinta.
Lelaki
juga sebenarnya mahukan satu penghormatan pada dirinya agar dia di
pandang bukan kerana gagah sifat dan ego semata-mata tetapi kerana dia
bakal menjadi seorang ketua keluarga. Mereka ini sebenarnya kalah pada
kelembutan. Kalah pada kata-kata semangat. Kalah pada sifat baik dan
sekuntum senyuman yang manis.
Mereka
mahukan perhatian itu, perhatian yang dapat membuang segala rasa keras
hati dan cemburu. Perhatian yang dapat meletakkan tertinggi rasa setia
itu.
Lelaki
hanya tak pernah tunjukan kelemahanya di hadapan perempuan ,dia cuba
jadi yang sebaik mungkin untuk kamu semua wahai kaum hawa. Walaupon
sakit, walaupon apa yang dia rasa dia sembunyikan bukan kerana ego tapi
mahu buktikan lelaki itu layak untuk di jadikan pemimpin di dunia dan di
akhirat untukmu..
Jadi
hargailah sesama kita untuk melengkapi satu sama lain, perempuan lemah
dari zahir dan perilakunya tetapi lelaki lemah dari dalamannya.Jadi
saling memahami itu adalah kunci kebahgiaan . Jangan cari salah siapa
tetapi terimalah seadanya.
22 Ulasan
1st time dtg sini dpt bce en3 best..*thumbs up!..
both boy n girl, man n woman ada kekuatan n kelemahan masing2..itu y psti..=)
acik memang byk pengalaman tentang cinta...maklumlah penghibur..
cinta,,lelaki dicipta untuk perempuan..begitulah sebaliknya..:)
good!^^