Ticker

6/recent/ticker-posts

Lelaki Juga Lemah Dengan Cinta Yang Datangnya Dari Perempuan


Assalamualaikum


Alhamdulillah, Alhamdulillah selalu. Selawat penuh cinta dan salam khas untuk Rasulullah SAW, kekasih Allah yang kian lama dirindui. Buat pembaca blog ini dan para sahabat yang dihormati.Sebelum itu acik minta maaf 2 hari tidak terbitkan entry kerana kesibukan rumah terbuka dan banyak jemputan yang perlu di hadiri. 
Terima kasih kerana Allah selalu mengurniakan acik sebuah ketenangan yang tak pernah hilang. Ketenangan dalam melalui kehidupan yang penuh cubaan dan dugaan. Terima kasih Allah, kerana memberikan acik suatu rasa yang sungguh kuat, mengatakan bahawa setiap dugaan dan masalah ni adalah Tarbiyah kasih sayang daripada Mu.Sememangnya, Allah itu dekat dengan hamba-hambaNya.

Ada yang bertanya acik, kenapa acik lebih mengutamakan entry dalam penulisan tentang cinta ?? kenapa seperti sokong anak muda sekarang bercinta ?? 

Sebelum tu , acik minta maaf kerana entry yang acik buat mungkin buatkan kamu tak selesa tentang entry cinta dan sebagainya.Pada acik cinta itu yang paling dekat dengan remaja sekarang.Dengan cinta segalanya boleh berubah, si pendendam menjadi pelembut hati, si pemarah jadi peyayang dan sebagainya. Zaman sekarang nie tipulah orang kata tak pernah bercinta , acik juga pernah lalui semua, walaupon kita tegah kita halang, kita herdik, kita maki jika mereka mengiginkan cinta tersebut pasti akan di usahakan sehingga dapat apa yang di mahukan dengan apa juga cara.Biarlah kita mengunakan pendekatan yang halus dan bersesuai agar mereka merasai dan terfikir tentang sesuatu pekara. Dan buat mereka sedar , cinta itu bukan semudah yang di sangkakan dan cinta kerana ALLAH adalah seindah cinta yang sebenar.

Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar. Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja.Jangan bermain dengan perasaan orang, apatah lagi jika orang itu adalah orang dekat dengan kita. Jangan memberi harapan bila memang harapan itu tidak pernah ada. Jangan memberi janji bila kita masih belum sedia untuk menunaikannya.ini hanya sekadar peringatan kepada saje tak kira kaum adam dan hawa...

Perempuan sering kata mereka lemah tentang cinta yang datang dari lelaki. Secara umumnya, wanita disifatkan oleh Allah dengan hati dan jiwa yang lembut. Kerana hati yang lemah itu, perempuan mudah ‘jatuh cinta’ dengan hanya kata-kata dan gerak geri seorang lelaki. Fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian.

Sebenarnya pekara itu juga berlaku sama juga dengan lelaki , lelaki lemah daripada wanita terutama dalam urusan cinta. Ini adalah hasil pemerhatian kehidupan peribadi sebagai seorang lelaki selama 23 tahun acik hidup.


Man is strong, but ...

Memang, wanita adalah manusia yang lemah lembut, halus tutur katanya, lembut hatinya bak air tenang menyejukkan sarat penuh perasaan kasih dan sayang. Kurang sesuai bila seorang wanita mengangkat barang-barang berat seperti meja dan kursi, bukan?

Berbeza dengan seorang lelaki. Kuat, menentang, kasar, pantang di cabar, sukar menerima kekalahan Bicaranya yang lantang dan tegas ditakdirkan menjadi seorang bakal pemimpin untuk hawa

Namun tidak dalam segala hal seorang lelaki itu kuat. Ternyata kaum Adam itu lemah sangatlah terutama bagi persoalan cinta dari kaum hawa. Lemah dalam pandangan, pikiran, hati dan perasaan,

Lelaki tidak mudah mempertontonkan emosi sedih mereka. Mereka hidup dengan cuba menutup rona lembut hati kerana mereka mahu kelihatan gagah dalam menguasai emosi. Mereka jurangkan satu perasaan yang lembut terkurung itu disebalik satu sifat yang nampak kebal dan tersendiri.

Menangis itu bukan lelaki bagi mereka, tetapi menangis itu ialah satu sedekah murah si airmata yang hanya akan hilangkan kebal yang cuba mereka tunjukkan pada dunia.

Tetapi mereka sebenarnya menangis di dalam hati, kalah pada satu pertarungan diri apabila cintanya di khianati dan di permainkan perempuan dan membungkus buang satu perasaan duka. Mereka kalah pada satu tuntutan cinta yang merebak menguasai kuat sebuah jauh kembara.Lelaki sebenarnya insan yang amat setia, andai dirinya ditatang tinggi akan kuat rasa cinta.


Lelaki juga sebenarnya mahukan satu penghormatan pada dirinya agar dia di pandang bukan kerana gagah sifat dan ego semata-mata tetapi kerana dia bakal menjadi seorang ketua keluarga. Mereka ini sebenarnya kalah pada kelembutan. Kalah pada kata-kata semangat. Kalah pada sifat baik dan sekuntum senyuman yang manis.

Mereka mahukan perhatian itu, perhatian yang dapat membuang segala rasa keras hati dan cemburu. Perhatian yang dapat meletakkan tertinggi rasa setia itu.
  
Lelaki hanya tak pernah tunjukan kelemahanya di hadapan perempuan ,dia cuba jadi yang sebaik mungkin untuk kamu semua wahai kaum hawa. Walaupon sakit, walaupon apa yang dia rasa dia sembunyikan bukan kerana ego tapi mahu buktikan lelaki itu layak untuk di jadikan pemimpin di dunia dan di akhirat untukmu..

Jadi hargailah sesama kita untuk melengkapi satu sama lain, perempuan lemah dari zahir dan perilakunya tetapi lelaki lemah dari dalamannya.Jadi saling memahami itu adalah kunci kebahgiaan . Jangan cari salah siapa tetapi terimalah seadanya.

Catat Ulasan

22 Ulasan

norhasnizakhalid berkata…
nak belajar bercinta, boleh baca entry acik, mama yang bertahun kawin pun banyak belajar dari acik.. :)
Syed Wazien berkata…
Rasanya kalau perempuan hodoh cuba berbicara ttg cinta dgn lelaki, bukan lelaki itu akan jadi lemah, malah jadi lebih kuat utk angkat kaki buka langkah seribu, hahahaha.....
Adilah Asari berkata…
tak salah berkongsi entri tentang cinta malah ianya dapat memberi ilmu kepada yang lain..yaya suka entri acik
Khir Khalid berkata…
Mmg betul tu acik.. ada lelaki baik yg penerampilannya nampak ganas, tp sebenarnya dlm hati ada taman.. romantis :)
Tetamu Istimewa berkata…
Entri cinta yang bukan menghairahkan nafsu. Sebaliknya memberi motivasi dan panduan untuk mengharungi segala cabaran dalam dunia remaja ni. Tahniah acik.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
"saling memahami itu adalah kunci kebahgiaan"-quote ayt ni..~betul3..agreed!

1st time dtg sini dpt bce en3 best..*thumbs up!..

both boy n girl, man n woman ada kekuatan n kelemahan masing2..itu y psti..=)
Tanpa Nama berkata…
cinta bererti memeberi dan menerima..moga itu kekal dalam diri kita..terutama pasangan yang telah berkahwin..
Unknown berkata…
Lelaki dan perempuan sebenarnya sama saja.. yang membezakan ialah jantina.. Ada juga perempuan yang ego.. tidak pernah atau jarang mengeluarkan air mata, kasar dan sebagainya.. Mungkin keadaan yang menjadikan dia sebegitu rupa.. :-)
Cikrosecute berkata…
Entry Cinta untuk manfaat apa salahnya...bukan entry cinta yg bukan2...betul tak...ada saja orang tidak puas hati apa yg kita tulis..
Bunda_nora berkata…
assalam,
acik memang byk pengalaman tentang cinta...maklumlah penghibur..
Mizz Aiza berkata…
lelaki dan wanita lengkap-melengkapi di antara satu sama lain.. semoga perkongsian entri acik mengenai cinta dapat memberi motivasi dan manfaat kepada semua golongan masyarakat..
Unknown berkata…
Memang perempuan mudah tertarik dengan kata2 dan tingkah laku lelaki..memang lelaki juga org paling kecewa dan bersedih bila ditinggalkan.. mungkin lebih lama dari perempuan kot rasa sakitnya..
Tanpa Nama berkata…
cinta adam hawa saling melengkapi antara satu sama lain.
Unknown berkata…
abg acik punya cerita semua berilmiah . bagus untuk masa depan :)
Unknown berkata…
betul tu kita menulis mengikut perkembangan semasa dan kehendak pembaca..

cinta,,lelaki dicipta untuk perempuan..begitulah sebaliknya..:)

good!^^
Unknown berkata…
sebenarnya rumit sgt klu bab2 cinta ni..walaupun kita dah berumah tangga tpi banyak yg harus di cari dan pelajari untuk menambah cinta didalam hati kita..=D
Fais-SKA berkata…
ernti cinta yg sntiasa memberi nasihat =) teruskn acik slagi bnda 2 ok disisi agama..cinta bg sy rumit..tp kenalh pndai kawal semua 2..kalau x mmg kita akan kalah dgn nafsu..
Maria Firdz berkata…
pernah tulis entry pasal kelamahan lelaki... salah satunya ialah wanita.. sbb tu de je yg bunuh diri sbb cinta...
cik jari manis berkata…
aiiiseemann...tajuk kaw2 gila..haha!
Cik Itah berkata…
suka entry ni...pasal Adam hehee ^^
Lydia Miza berkata…
Entrik yg baik:) like