Assalamualaikum
Hari ini acik betul-betul tak mood, entahlah kalau tak dapat kolej acik nak tinggal mane yer? Kenapa last minute , ermm sem baru dah nak buka macam mane nie ? Kata yang selalu acik pegang " Allah menguji hambanya mengikut kemampuannya" .Kata itu juga yang acik pegang tapi banyak pula dugaan yang tak di sangka hadir sehingga dalam tak sedar air mata mengalir keranaNya.
Dalam hidup ini kalau kita tak buat jahat dengan orang ,orang pula yang akan buat jahat dengan kita. Itu mungkin mainan kehidupan yang untuk menguji sekuat mana hati kita nie. Kenapalah ada sahaja yang mendengki keluarga kami sehingga melakukan pekara yang tak baik. Tak perlu nak cemburu dengan apa yang orang ada, itu mungkin rezeki kami, mane tahu rezeki kamu lebih dari kami. Bukan melalui ilmu hitam semua bagai tu.
Semalam acik balik dari johor ke klang menaiki bas, masa tiba di larkin ramai betul ulat tiket yang datang tanya nak balik ke mana . Ada tu sampai paksa-paksa untuk beli tiket dengan dia. Siap ada yang tarik , kadang peliknya siap ada di depan kaunter jadikan kita keliru sama ada dari tiket di kuanter atau pun tiket dari bas sewa.Harganya juga lebih mahal dari kuanter. Acik tetap pilih beli di kuanter jugak sebab bila teringat kenangan lama.Trauma hahaha
Masa tu nak balik ke melaka , dan buat pertama kali datang ke larkin untuk beli tiket. Memang blur sikit, turun dari bas dari kota tinggi terus apa seorang pak cik nie tarik acik .
Pakcik : Adik nak kemana ?
Acik : nak ke melaka pak cik ,
Pak cik : nak tiket pukul berapa ? kat sini senang jer bas ada setiap satu jam tapi hati-hati tau kat sini banyak kaki penipu , adik ini macam anak pak cik , tak pe pak cik bagi diskaun.
Acik : yeke pak cik ? saya nak pukul 11 pak cik nak turun kat melaka sentral.
pak cik ; oeky ini tiketnya dan harganya RM ** dan duduk sini yer nanti pak cik panggil
Lepas tu acik tunggu jelah, tengok jam di handphone jam dah pukul 11 tapi pakcik tu tak muncul lagi, tunggu lagi, lepas tu pak cik tu datang dan katakan bas lambat sikit. Bersangka baik sajelah tak akan pak cik tu nak tipu aku(cetusan dalam hati). Lepas 2 jam kemudian , pak cik tu hilang entah kemana dan acik terpaksa beli tiket baru . Sejak dari tu memang acik tak akan beli dari ulat tiket.
oklah hari ini tak mood, nak tenangkan fikiran dulu , entahlah tak tahu nak cari penyelesaiannya hanya yang mampu berdoa dan terus berdoa . Sorry sangat mood blogwalking hilang, nanti datang ke blog kamu semua.
31 Ulasan
nak tak nak kena hati2 lebih...kekadang kita nk buat baik tapi sebab benda2 mcm ni..ermmm..fikir 2 3 kali jugak.
Take ur time bro..InsyaAllah..doa..Sabar.Dia tengah menguji.
http://cinta25hb.blogspot.com/2013/09/apa-yang-lelaki-sembunyikan-dari.html
dulu first time ambik bas kt larkin pun mcm tu. pening sikit. tp skrg smpai je terusss pegi kaunter, tak layan org2 yg offer2 tiket tu.
PS: ulat tiket ni mcm takde yg ambek tindakan...tu yg diorg jadi lemak tu...
Fikrilah, dunia ini seperti roda.
Allah menguji hambaNya krn kshsyg...moga acik tabah ye..percayalah masih ramai lg insan yg kita boleh percaya to Allah pertemukan acik dgn org yg salah ada sbbNya yg tersendiri..pandang pd hikmahNya ye dik