Ticker

6/recent/ticker-posts

Mengadakan Tahlil Buat Haiwan Kesayangan



Assalamualaikum

Alhamdulilah baru berkesempatan menaip di entri ini setelah penat hari ini jalan sakan di kuantan, Pergi ke gambang dan pergi ke tempat-tempat yang menarik di kuantan nie.Memang bahagia apabila dapat bersama-sama dengan keluarga tercinta.Kebetulan itu ada yang bertanyakan tentang soalan yang di bawah ini.

Kucing kesayangan kami sekeluarga mati di langgar di depan rumah tempoh hari. Jadi kami mengutip bangkainya dan menanamnya.Adakah terdapat panduan hukum menguruskan haiwan peliharaan yang mati.? Saya terfikir soalan ini setelah melihat anak-anak kecil saya beria-ia membacakan doa,sedekah al-fatihah dan tahlil kepada kucing mereka. 

Jadi acik pun tak mahulah buat hukum sendiri dan acik bertanya kepada seorang ustaz ini dan seperti di bawah ini jawapan yang di berikan 

Sebenarnya tiada hukum yang khas dalam menguruskan bangkai haiwan sebagaimana mengurus jenazah manusia seperti mandi dan kafan. Haiwan yang mati wajib di lupuskan agar tidak menimbulkan ganguan kepada manusia. Maka antara cara yang terbaik adalah menanamnya.

Haram membiarkan begitu sahaja atau membuangnya dalam tong sampah sehingga mereput dan berbau.

Doa dan tahlil itu untuk manfaat manusia di akhirat nanti. Maka tiada keperluan perkara itu untuk haiwan kesayangan.

Begitulah al kisahnya , semoga dapat sedikit penyelesaian kepada pencinta haiwan terutama kucing ye.Maaflah acik mampu menaip pendek sahaja kerana kesibukan bersama keluarga dan esok akan pulang ke shah alam.

Catat Ulasan

38 Ulasan

Chot berkata…
Kne cari pengganti nnt.. Takziah.
Akupenghibur.com berkata…
nie mesti tak baca habis nie, terus comment
Asha Lya berkata…
Owh mcm 2,baru sy faham.thanks informasi :-)
Unknown berkata…
thanks kongsiii :D
Syamimi Saad berkata…
setakat ni klau kucing2 sy mati, minta abh tanamkan..
Tanpa Nama berkata…
thanks kongsi :) jom baca entry ni http://duniaimpianfatin.blogspot.com/2013/09/yeyduniaimpianfatin-telah-berubah-rupa.html :)
BinMuhammad berkata…
Ya..haiwan bukan makhluk yg akan dihisab. Semoga maklumat ini memberi pengetahuan buat yg kurang faham. Good sharing Acik!
Zaza Iman berkata…
dlu kucing mati abah zaza terus je tanam... tp ms kecik2 pernah tau zaza tanam anak meow mati, balut dgn surat khabar, bungkus elok2..pastu tanam siap buat penanda guna ranting pokok lagi... ibarat mcm kubur..
Unknown berkata…
pernh juga tertanya2 pasal ni.
tu lah yang penting kita tanam je. dulu kecik2 siap letak batu, buat batu nisan. hehe
Mizz Aiza berkata…
tak pernah terfikir hukumnya.. terima kasih di atas perkongsian ini acik.. masa akak kanak-kanak dulu anak kucing mati tanam dan siap buat batu nisan untuk dia lagi.. ingat balik mesti senyum, hehe..
Vee berkata…
Mesti syg sgt2 kann sampai buat macam tu. Huhuu. Vee pun ada church member yang siap nyanyi lagu utk funeral lepas tanam kucing tu, then letak bunga lagi..
Unknown berkata…
takziah..sy pernah jugak ada kucing..tapi hilang entah kemana :(
Unknown berkata…
seeloknya begitulah...dulu masa kecik2 dulu ada juga buat cam tu siap buat kubur lagi..jahil lagi masa tuh..sepatutnya sekadar kambus utk mengelak dari bangkai mereput atau dimakan mana2 haiwan liar..tu je..
Unknown berkata…
Haah kan, tak pernak pula terfikir bila haiwan mati..yang tahu memang kita kena hapuskan bangkai tersebut...yang tahlil dan sebagainya tu tak tahu pula...nice sharing acik..baru tahu hukum sebenar..:)
nOe suhaimi berkata…
thx for sharing...baru kelmarin kucing noe kena langgar gak...mati...x sanggup nk tengok...anak n hubby yg kebumikan.
Tanpa Nama berkata…
Salam acik..

Kebetuan semalam akak ada draf entry tentang kucing akak..satu panduan juga ni..memang budak2 kalau kucing mati,akan menangis n minta dibuat kubur,kemudian diletak plak kayu atau batu sebagai nisan..kemudian dibacakan pula alfatihah...hehe..

Acik ada famili di kuantan ke?akak dah byk kali ke sana sebab famili kami ada tanah n resort persendirian di cherating..biasanya kami suka pergi ke kemaman cari sattar di sana....
Unknown berkata…
http://cikiedadadidu28.blogspot.com/ this mine..i've done to fllow u..
Tetamu Istimewa berkata…
Kucing saya pun mati dilanggar. Seelok-eloknya kalau kita menemui jasadnya eloklah kita tanam.
Cik Itah berkata…
kalau keluarga sy pulak dah menjadi kebiasaan bila kucing mati , bungkus pakai kain putih then barulah tanam..
Unknown berkata…
haiwan tak ada dosa macam manusia..
Unknown berkata…
ooo..macam tu
nice sharing acik
ingat yumida masa kecik dulu..nakal sgt..ske buli anak ayam
lepas tu bila anak ayam tu mati rs sedih pulak
siap pancang kayu menandakan kubur anak ayam tu
kalau free, jemput LIKE post ni:

LIKE SINI

TQ :)

aswadz berkata…
mesti sedih anak2 bila haiwan kesayangan diorang mati.
Bunda_nora berkata…
walaupun bunda tak suka main ngn kucing tapi dah 2 ekor kucing bunda yang tanam...sekor kucing sendiri yg mati sakit.. sekor lagi ntah sape punya kucing mati depan rumah..keracunan kot...
NJihe.am berkata…
Salam singgah, semoga kucing masuk syurga. Hee.. Studioous.blogspot.com
Tinta Lana berkata…
Assalamualaikum.

Seingat lana, jiran lana pun tanam saja.. binatang tidak dihisab amalannya seperti manusia.
Nina Mads berkata…
teringin nk pergi gambang tu.. dulu kucing mati cuma tanam saja tp xbacakan doa seperti org meninggal pula. nice sharing :)
Fais-SKA berkata…
he3 sbar jelah acik =) dah mcm entri ambe yg hritu je..kui3..bguslah yg tnya soalan 2..tp kalau bleh bt smua 2..pasti binatang 2 dh bg syaat kt manusia..ape pn bnda ni xpasti..ambe suka tgok orang yg snggup kutip bgkai binatang tepi jlan dan tanam..kalau dah jatuh hukum tanam binatang ni fardhu kifayah...msti manusia berdosa je tiap2 hri..
Unknown berkata…
sabar acik , pergi kedai animal beli baru :)
zakieazid berkata…
kalau kucing mati mmg zakie terus tanam..masuk dalam plastik then terus tanam...pastu terlebih akal..buat tanda konon-konon nak melawat....*apalah
norhasnizakhalid berkata…
ha ah acik, sabar ye, patah tumbuh hilang berganti, tapi yang hilang takkan mudah diganti... tak kan sama..
Unknown berkata…
Saya siap buat kubur lagi zaman kecik.. pacak kayu je..
Tanpa Nama berkata…
tqvm acik...
Nurulhidayah berkata…
Nice sharing.. Thanks^^
Unknown berkata…
perkongsian yg bagus...semoga lepas ni kita tak mengada2kan yg tak ada....
Unknown berkata…
beberapa tahun yg lepas pnah kehilangan 5 ekor kucing dlm masa seminggu sebab jiran tabur racun kat rumput.. semua kucing mati dlm dakapan sy.. masa tu sedih sgt.. bengkak mata menangis.. semua bangkai ditanam kat taman depan umah and ada buat baca sikit2.. walaupun x make sense nk baca doa untk haiwan.. tp ntah la.. huhuhu
jie susanos berkata…
Nice info.. Suka klu ade kcing kat rumah
Khir Khalid berkata…
Nice info.. sgt baik utk perkongsian bersama.. klu haiwan kesayangan mati, ada eloknya kita tanam sbg penghormatan sesama makhluk je..
Chot berkata…
...sy baca habis acik..cuma sy xnk ulas pasal tahlil tu... Sy cuma nk sampaikan rasa sedih sbb kucing tu mati.. Tapi point acik pasal lain....sori bro....