Assalamualaikum
Kadang kala ingin ku bawa diri ini mengikut angin yang berpeleseran, biarlah entah kemana pun jua arah tujunya. Ketika hati mula hilang kata-kata nurani, ketika mata ini mampu merembeskan air mata suci , ketika mulut itu tak mampu terkata.
Tentunya dalam kehidupan setiap orang yang kamu jumpa , setiap kali mata yang memandang terhadap seseorang itu pastinya mempunyai tanggapan yang tersendiri. Setiap kali mulut mampu mengeluarkan kata-kata yang manis untuk pastikan teliga mendengar pekara-pekara yang baik sahaja, dan otak akan memproses perkataan itu untuk di terjemahkan kepada bahasa yang di fahami dan hati akan berfungsi untuk merasa setiap perkataan itu.
Semuanya kata-kata yang indah , yang seronok di dengar,boleh buatkan kita tak tidur semalam bila teringat kata-kata tersebut. Yelah dalam dunia siapalah yang tak suka pada pujian . Semua orang suka walaupun mulut menafikan. Kita lebih seronok mendengar kebohongan berbandingkan kejujuran ,asalkan kita rasa bahagia.
Tapi sampai bila ?
Terima kasih kepada kamu yang memberikan kritikan dan hinaan yang dulu kamu lemparkan dan itulah yang menjadikan pembakar semangat untuk acik terus bertahan sebagai blogger. Pada awalnya memang sukar untuk menerima kritikan yang di berikan pada awal pembabitan acik dalam dunia blog ini. Tapi alhamdulilah acik dapat atasinya dan anggaplah ia sebagai satu proses untuk baiki diri yang banyak kelemahan ini.
Tentunya ramai yang marah bila kita kritik apa yang di buat, apa yang dia pakai dan apa jua. Kita berikan komen tetapi mereka anggap komen itu sebagai hinaan dan kata kejiannya. Tapi berpadalah komen tu janganlah sampai mengaibkan orang itu dan mengunakan bahasa yang kesat-kesat. Ada itu, rasa bagaikan pengakhiran hidup apabila orang tak suka apa yang dia buat. Sebenarnya bermula dari kesalah itulah yang boleh buatkan kita lebih maju yang baiki mana yang lemah dan kurang.
Semua orang boleh berlakon depan kita dia boleh memuji kita, tapi bagaimana di belakang kita ? sampai bila kita hendak biarkan kita di lambung setinggi yang mungkin dengan kata-kata yang mungkin boleh buat kita riak ? sampai bila kita nak berada di zon selesa ?
18 Ulasan
bila dikritik akan melatah sedikit
teguran membina itu yg terbaik dlm kita memperbaiki diri kita
Akak suka org yg berterus terang dgn kita atas kesilapan yg kita buat tanpa kita sedar..tak maulah puji hal yg akak sendiri tau akak tk sepatutnya dipuji begitu...bila dipuja akan hal yg akak tak layak,akak jd sgt malu....sebenarnya org yg mengkritik kita dgn tujuan utk membina,adalah teman yg paling baik buat kita drpda memuji dn tujuan menjaga hati tp hakikatnya merosakkan diri kita..itu bkn nilai baik seorg sahabat@kawan...akak selalu menganggap bahawa segala pujian adalah ujian....