Gambar Hiasa Dari Google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah masih berkesempatan untuk menaip lagi, setelah terlalu sibuk dengan banyak pekara. Semalam itu pun entry auto post yang acik dah tetapkan. Petang ini acik akan review salah seorang pemenang segmen fizi .Dan seorang lagi akan juga acik review di masa akan datang.
Semalam acik pergi jogging di tasik seksyen 2, dan kebetulan memang ramai juga orang di situ. Dan lepas tu acik berehat seketika di PKNS shopping complex untuk pergi beli buah-buahan dan bayar broadband. Kebetulan itu agak tak ramai orang sebab dah petangkan. Di Kawasan belakang bahagia PKNS itu ada satu lorong dan kedai-kedai dan kelihatan dua anak muda remaja sedang melepak di situ.
Acik perhatikan saje apa yang mereka lakukan, dan tiba-tiba di lelaki mencium mulut si remaja perempuan dan siap meraba sekali. Dan peliknya si remaja perempuan itu membiarkan sahaja. Kebetulan ada seorang pak cik ada lalu di situ , dan secara tak tiba-tiba pak cik itu terpaku di situ dan menarik si remaja lelaki.
Pakcik : Kau orang melayukan ? orang islam ? tak malu ke buat semua nie ? Tu tak dengar dah azan magrib tu ?
Remaja lelaki : Pakcik apahal ? biarlah apa pun aku buat , pak cik apa susah ? dosa aku yang tanggung sendiri , kubur masing-masing apa!
Remaja terbabit terus mendorong pak cik ,lalu pak cik tu pun terjatuh. Geram betul acik entahlah mengapa, tiba-tiba angin baran acik datang dan tanpa kata apa- apa acik datang kat budak remaja tu acik terus piat telinga dia dan ready untuk tumbuk dia.
Acik : Kau apa hal budak ? pak cik tu nasihat kau, dia mungkin sama sebaya ayah kau. Dah kau macam tak maruah buat maksiat kat sini ? kau islamkan ?
Remaja Lelaki : tak lah bang saya non muslim, dari sabah
Acik: dah jangan menipu, agama sendiri pun kau persendakan patutlah tak malu buat semua nie. Dan kau perempuan tak malu ke buat semua nie ? kau tanya dia kalau dia dah dapat mahkota kau nie dia nak lagi kat kau !! tak nak punya. Malu lah sikit jaga maruah kau.Sini handphone kau!!
Remaja lelaki tu pun berikan telefon tu dan apalagi acik telefon mak ayah lelaki tu dan minta datang ke situ. Setelah di soal siasat umur mereka berdua 14 tahun dan ayah remaja lelaki seorang cikgu. Ya Allah, apa nak jadi. Masa itu memang acik teremosi sikit sebab umur ini sebaya adik acik. Memang acik tegas soal-soal ini.
Dan bila ayahnya datang acik ceritakan semuanya dan minta menghantarkan si remeja perempuan pulang. Apa hukumannya ? biarlah ayahnya yang menentukan. Kenapa acik tak call jabatan agama islam ? pada acik biar beri peluang dan call mak ayah senang sebab biar dia tahu perangai anaknya bagaimana.
Yelah keadaan masa tu magrib dan tak ramai orang, dan ada juga makcik-makcik yang datang tenguk , tapi yang paling sedih bukan di nasihat tapi di hina. Entahlah maksiat kini berleluasa di mana sahaja. Yang paling malu lagi orang melayu + Islam tak malu buat maksiat di tempat umum. Acik cerita ini , untuk kita ambil iktibar, kita kena tolong remaja islam kita, jangan biarkan mereka sesuka hati buat maksiat di tempat awam atau di mana sahaja.Kebanyakan tak mahu tegur sebab takut. Sebabnya takut apabila kita kita tegur mereka melenting, setidaknya kita ada usaha.
Oklah sampai di sini dulu, acik ada program lagi bersama rakan-rakan untuk buat persediaan temubual untuk assigment kami.
35 Ulasan
Memang geramlah sbb budak tu buat sampai pakcik tu jatuh..nasib baik acik ikut bertanggunjawab,kalau akak di tmpt acikpun akak akan buat mcm tu....kalau kita tgk maksiat di dpn mata,kita x blh biarkan mcm tu je....moga x jd pd seluruh anggota keliarga kita kan acik
Memang beranilah acik. Tahniah! satu tindakan yang bijak.
bz bro sekarang ye..semoga segala urusan berjalan lancar :) Tutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju
Tindakan acik betul, pakcik tu pun tak salah, kalau bukan kita ni yang nak tegur, siapa lagi kan?
Dibawa seorang lelaki kepada ‘Abd Allah bin Mas‘ud, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki ini menitis arak dari janggutnya. Kata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (Riwayat Abu Daud. Sanadnya sahih).
good work!
muda lagi orng islam lak tu
mmg patut acik piat telinga budak tu
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no3637
tindakan yang berani dan terpuji .. bagus berani kerana benar. ...
mselim3
pls: malu kalau anak2 kita tgk.. anak mselim3 tanya apa dia buat tu,, agak nak jawab apa?...
Tapi yang peliknya, untuk anak-anak muda yang ingin bernikah secara sah, disusahkan pula dengan serba mak nenek adat istiadat perkahwinan yang memakan belanja yang besar.