Ticker

6/recent/ticker-posts

Teknik Paling Berkesan Mengurangkan Dan Mengatasi Gugup


emcee aku penghibur

Assalamualaikum 

Alhamdulilah masih berpelung menghirup nafas segar di muka bumi pinjaman dan jom berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw. Semalam ramai pula yang tanya bagaimana mahu hilangkan perasaan gugup mahupun gabra ketika mahu bercakap di hadapan. Jadi hari ini acik nak berikan sedikit tips latihan untuk mengatasi gugup.

Sebelum perlu berucap, berbicara di khlayak ramai dan mahupun buat pembentangan pastikan buat pekara ini.Ini apa yang guru emcee acik ajar. 

tiup belon


1. Tiup belon sampai pecah 

Tiup belon sampai pecah ini mungkin beranggapan seperti aktiviti yang kanak-kanak lakukan tetapi ia sebagai pengalir penafasan kita. Caranya ambil satu belon dan tiup sebesar yang mungkin sehingga pecah. "Mindset" di dalam otak untuk pecahkan belon dalam 3 saat. Tiup dengan bersungguh-sungguh . Tujuannya adalah untuk meletakkan target kita ,jika kita dapat lakukan dengan focus dengan apa yang kita lakukan , maka bila di depan orang ramai kita dah ada mindset yang kita boleh lakukan , insyaAllah akan dapat buat dengan baik sekali.

2.Latihan seolah-olah mengambil bola besar.

Latihan ini di lakukan secara berimaginasi sahaja , caranya mudah sekali depakan tangan dan anggap seolah-olah di depan ada bola yang besar dan ambil bola itu ( sambil itu kawal pernafasan tarik dan hembuskan pernafasan) dan letakkan di bawah bola tersebut. Lakukan berulang kali . Tujuannya untuk pengawalan pernafasan dan mengenturkan urat kita yang kejang bila kita gugup.

berlatih depan cermin
3. Berlatih bercakap di depan cermin mahupun rakan-rakan

Kebiasaanya sebelum apa jua event mahupun bercakap depan orang ramai acik akan berlatih di depan cermin untuk menyakinkan diri bahawa kita boleh buat yang terbaik secara tak langsung kita nampak muka kita di situ jadi kita akan lebih yakin. Dan boleh juga di praktikkan di hadapan kawan-kawan dan meminta mereka mengulas cara kamu bercakap.

4. Buat sedikit "research" tenang latar belakang audience ataupun topik yang ingin di bicarakan.

Sebelum mahukan apa juga pembentangan atau mahu berbicara depan ramai orang pastikan kita tahu siapa penonton kita  dan sekurangnya kita kena menguasai tentang apa yang ingin di bicarakan. Seharusnya kita mencari input-input yang berguna ataupun sesuatu yang "surprise" tentang info yang kamu dapatkan.

5. Makan coklat mahupun gula getah

Cara yang berkesan yang acik gunakan bila acik gugup, sebelum perbentangan itu acik akan makan coklat , kalau tidak pun kadang bila kita gugup bibir dan mulut kita akan kering. Maka dengan itu, makan gula getah untuk menenangkan , kunyah di semua bahagian mulut . Dengan itu dapat menenangkan keadaan agar tidak memikirkan apa yang akan berlaku.

6.  Seterusnya adalah berusaha dan berdoa 

Ini yang selalu acik baca sebelum memulakan apa jua perbentangan dan juga ketika mahu berucap di depan orang ramai.

 Baca Fatihah, Ayat kursi, "Alamnashroh..."  dan seterusnya 

la haula wala quwata illa billahil aliyil azim....
tidak ada daya dan upayaku melainkan dengan kehendakMu jua ya Tuhan

Dan semasa mahu berucap bacalah ini

Robbisrohli Sodri wayassirli amri wahlul ‘uqdatanmillisani yafqohu qouli ( Ya Allah lapangkan lah dada ku dan mudahkanlah urusan ku dan lancarkanah lidah ku agar mereka memahami perkataan ku)

Oklah akhirnya acik pecahkan rahsia apa yang acik lakukan untuk atasi gugup. InsyaAllah ini hanya cara sahaja selebihnya usaha kamu yang perlu lakukan . Acik doakan semoga semuanya sukses ye .
 

  

Catat Ulasan

38 Ulasan

Syuhada Nasya berkata…
heheh betul jugak macam tu kan hehhe thanks acikk
||aLeaSaRa|| berkata…
salam acik,wah teknik belon dan bola tu tak pernah dengar.yang lain tu terutamanya berlatih di depan cermin,kunyah chewing gum dan baca doa dan surah,dah selalu kak lea amalkan(berkesan jugak untuk pergi interview)

kalau buat presentation,kak lea mesti pandang satu titik tengah di dinding.bajet2,lah.supaya nampak biji mata kita ni macam pandang semua audiens he3...

nice tips,acik suka..suka..
Vee berkata…
Wahh. Siap pakai balloon lagi. Ahaa. Vee biasanya akan berborak dengan kawan2, tapi biasanya gugup tu hilang bila bantu rakan emcee yang tengah nervous. Dia risau, kita cakap itu dan ini, last2 gugup kita sendiri pun hilang ;D Tp ladies ni biasanya penampilan yang lebih dirisaukan. Huhuhu. Thats why Vee suka pakai yang simple yang boleh buat Vee confident. Pakaian pun boleh mengganggu. Misalnya heels yang tinggi, baju ketat2. Huwaha..
Cik Itah berkata…
tiup belon sampai pecah pun sy tak sanggup..tak berani huhu sy buat cara 2-6 jela..no.1 skip hehe
Ano Nyme berkata…
Teknik belon dan bola memang baru dengar...!
Perkongsian yang baik.....selamat menabung.
Unknown berkata…
Semua tu hokeyyy....Akak suka.. :-)
tapi yang tak bley blah bab kena tiup BELON sampai pecah.....erkk...

Ni kena ada push factor lain utk tiup belon sampai pecah...(dengan sengaja) hahaha...
Kadang-kadang sangat akak tiup belon untuk anak tanpa sengaja terpecah..... itupun serammm...

x0x0 ^_^
tips yang best...
Unknown berkata…
ha kena la dgn zara..mng seorang yg gugup bila berdepan dgn owg ramai hehehe.time kcih..=D
Fahmi berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fahmi berkata…
Kot tengok gambar acik ni macam pakar motivasi ni
Mizz Aiza berkata…
terima kasih di atas perkongsian rahsia ni acik.. sangat berguna.. kalau nak interview pun mungkin boleh praktikkan juga tips ni..
Unknown berkata…
ini selalu berlaku bila nk buat perbentangan...gugup tapi tarik nafaz dalam juga dapat kurangkan masalah berdebar dan gugup hehe:) nice sharing bro..
BinMuhammad berkata…
Tarik nafas panjang dan mulakan dengan bismillah... Tumpukan pandangan pada sesorang yg anda selesa diantara ramai2 tu barulah mulakan bercakap spt bersembang dengannya. Tumpukan pada satu titik fokus adalah yg paling mudah. Bayangkan didepan anda adalah orang biasa dan setaraf anda. Biasanya di permulaan sahaja akan gugup...

Jangan kesah jika tersilap cakap dipertengahan ...teruskan, jika anda cuba betulkan kesilapan ianya akan membuatkan anda tergamam. Betulkan semula kesilapan apabila habis ayat.
Tanpa Nama berkata…
salam acik...betul tu. itulah yg selalu akak amalkan..hihihi..gemuruh juga bila berdepan dengan 100++ student ni...entry ini sangat memberi motivasi. tq acik
Unknown berkata…
betul2 nice sharing dulu bila nak present je mesti gugup tp bila mindset kata boleh automatik keyakinan tu dtg tp lg cantik ada practise baru nmpak lebih perfect :)
Unknown berkata…
thanks for sharing, tips yang bagus dan praktikal..:)
Shahrul Yusof berkata…
Gugup bila nak buat speech ni, boleh katakan hampir semua orang akan mengalaminya kalau jarang dilakukan.

Guru-guru je yang jarang nervous bila buat speech. Cuma bila nervous dia dah takda tu yang budak-budak selalu tension time perhimpunan sebab cikgu tak reti-reti nak stop bercakap. Hahaha
Unknown berkata…
Nice information acik..sebabnya memang selalu kena cakap kat depan orang ramai terutamanya bila presentation..thanks..:D
Unknown berkata…
nom 3 , 5 dan 6 biasanyer memang berkesan,
mmg dh lama praktik tu time study dulu,
skarang dh xperlu buat semua itu..
hehe..
kje blakang tadbir jer skang.
Tanpa Nama berkata…
nice sharing....betul tu acik..kathy dulu selalu juga jadi emcee masa form6..
sitirohaida berkata…
akak ada masalah juga dengan nie..nice sharing dik
Khir Khalid berkata…
Perkongsian yg sgt baik ni acik.. teringat dulu waktu mula2 terlibat dlm aktiviti2 ceramah motivasi.. mula2 mmg gugup, boleh hilang idea kt atas pentas waktu bercakap hehee.. Bila cerita soal gugup.. teringat cerita seniman bujang lapuk.. "he.. he.. he heeii Jebbaatt" hehee.. Anywak, thanks sharing Acik. Semoga terus sukses.. amin. :)
Tanpa Nama berkata…
klu jumpa bakal mak mertua , tetiba gugup camna ... aduhaiii ... istighfar jer la bebyk ...
Kak iman berkata…
nice share tapi iman still gugup gak cayolah
Tetamu Istimewa berkata…
Walaupun saya ni seorang guru masih kegugupan itu ada berhadapan dengan orang ramai. Gugup berhadapan dengan murid-murid lain dan jika berhadapan dengan masyrakat dan sebagainya sudah tentulah berlainan.
Unknown berkata…
tiup belon sampai pecah
adarain berkata…
Terima kasih di atas tips2x yang diberikan..memang berguna..manusia tak lari dari perasaan gugup nie bila berhadapan dengna orang ramai.
shazillahsani.com berkata…
shaila pun sama sahaja...selalu gugup...then tersasul...fuhhh...
MalizaMah berkata…
nice sharing.. lama tak ke sini.
Fais-SKA berkata…
nice tips acik =) mmg pnh gunakn tips mcm ni..tp bercakap dpn cermin xpnh lg la
Luqman Zakaria berkata…
tips yang lain boleh dicube tp yang xleh tiup belon tuh..nak tiup pn dah kurang yakin..macam mane tuh..hehe
Unknown berkata…
panduan yang menarik ni acik..boleh la test lepas ni kan :)
Maria Firdz berkata…
dulu 1st time jadi pengacara majlis mmg gugup.. hari2 berlatih dpn suami dan cermin.. doa tak putus2.. skrg dh de pngalaman kurg dh rasa gugup tu... nice tip acik.. :)
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

terima kasih atas tips nie.. dulu mselim3 pun gugup jugak baca doa dan berucap depan orang ramai.. sampai ketar2..huhuhu... sekarang dah ok sebab dah biasa..

mselim3

jie susanos berkata…
jie pn ambik masa yg lame nak hlang gugup dpt org ramai ni..
Tanpa Nama berkata…
Acik...kalau gugup nak jumpa bakal mertua mcmana tu acik..?hehehe.....akak selalu jua baca doa yg acik kongsikan di atas tu....
Unknown berkata…
Haha peliknya tip dia..sy suka praktis dalam tandas..rasa hebat je..
Unknown berkata…
Masukkan tangan dlm poket pun salah satu cara nak hilangkan gugup..haaha