Assalamualaikum
Alhamdulilah sekarang berada di kampung ,pastinya semua sedang buat persiapan untuk hari hari adiladha begitu juga acik sekeluarga. Tetapi fikiran masih lagi memikirkan tentang banyak pekara di Shah Alam . Beberapa hari lagi kami pelajar Faculty of Communication and Media Studies uitm akan mengadakan program di sabah. Tetapi banyak lagi yang perlu di selesaikan.
Ahh berbalik kepada tajuk entri ini, isu yang acik ketengahkan adalah berkaitan dengan isu pemansuhan PMR. Tahun ini merupakan tahun terakhir untuk pelajar tingkatan 3, tahun depan sudah tiada lagi PMR.
Pertama sekali pendapat tentang isu pendidikan, setelah kami "brainstorming " isu Pemansuhan PMR ini ingin kami ketengah untuk mendapat pandangan orang ramai. Apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan, pelbagai pihak memberi reaksi termasuk diri acik sendiri.
Kalau dulu peperiksaan PMR digunakan bagi memilih murid ke sekolah berasrama penuh
dan penempatan ke aliran persekolahan tertentu pada peringkat menengah
atas, iaitu aliran sastera, sains, teknikal, vokasional dan agama.
Peperiksaan ini pernah digunakan memilih murid yang layak meneruskan
pengajian pada peringkat menengah atas. Penilaian ke atas pembelajaran perlu dilakukan untuk mengetahui pencapaian dan prestasi murid dalam pembelajaran mereka.
PMR ingin di mansuh dan bakal di gantikan Penaksiran Berasaskan Sekolah( PBS) ada yang membangkang dan ada juga menyokong. Mungkin banyak pekara yang tidak jelas tentang pekara ini dan ada juga menyuakan agar di kekalkan PMR itu.
Keputusan penaksiran berasaskan sekolah hendaklah digunakan untuk tujuan
memantau pencapaian dan prestasi murid. Sehubungan itu, guru perlu
memaklumkan keputusan penaksiran yang mungkin dilakukan secara berkala
kepada murid dan ibu bapa yang akan menggunakan keputusan itu untuk
mempertingkat dan menambahbaik kelemahan diri dalam perkara-perkara yang
dinilai atau ditaksir.
Jadi mari dengar pandangan dari segelintir rakyat Malaysia yang memberikan pendapat mereka tentang isu .
Acik minta jasa baik untuk kamu semua lihat hasil kerja kami yang upload di youtube sebagai permulaan kami sebagai pembelajaran. Acik sebagai wartawan yang menanyakan dan tidak nampaklah wajahnya hanya tangan sahaja yang nampak.
24 Ulasan
PBS ni lebih kepada report kad sahaja.
Itu belum lagi dikira tekanan yang dihadapi oleh setiap guru yang perlu memasukkan markah bagi setiap murid yang dibawah kendalian. Pelaksanaan ini memerlukan persediaan yang cukup rapi.
Mungkin sistem ini dilancarkan secara tergesa-gesa.
Zaman saya guna SRP.. klu gagal x boleh naik ke tingkatan 4, so kene repeat balik sampai lulus.. bila PMR dah mudah sikit, ok lagi lah tp bila sistem yg baru ni lain macamlah gayanya.. sy kurang yakinlah sistem PBS ni.. sekadar pendapat saya je :)
mungkin kena buat pemerhatian dulu
btw wartawan tudung pink tu ada gaya professional..boleh masuk tv dah tu :D
akak lansung tak arif tentang ini..harap ada di antara kita ini dr kalangan guru yg sudi berkongsi pendapat mereka...
kenapa tak tunjuk muka acik..?hehe
Untuk PMR, that kind of examination environment dah jadi kebiasaan kepada pelajar, ibu bapa and sesiapa sahaja laa kan. Sebab kita sendiri pernah ambil PMR, guru-guru yang mengajar pun experience the same juga, which PMR tu pada kita akan memudahkan pelajar di masa akan datang sebab kita dah rasa those moment. So, bila nak inject a new project, dah tentu akan ada tentangan, sebab kita rasa kita dah berada di zon selesa yang tak perlu diubah apa-apa lagi. PMR is exam besar yang akan menentukan kedudukan pelajar sama ada ke science stream, atau art stream atau sebagainya. Which, yang mana result baik akan automatically into science stream and sebaliknya laa kepada mereka yang memperolehi keputusan sebaliknya.
And untuk PBS sistem, sejujurnya ika sendiri belum berapa jelas dengan sistem baru tersebut. Setakat yang ika tahu, PBS ada dua komponen, which are academic and non-academic. Bermakna, pelajar akan dinilai berdasarkan komponen2 tersebut merangkumi aspek intelek, emosi dan rohani, serta jasmani. Dalam each komponen itu juga deterapkan dalam proses P&P pelajar. PBS juga mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti pelajar. Which is bagus laa, kita boleh tahu lebih tentang apa sebenarnya minat pelajar. Ada je student yang score tip top PMR and masuk science stream tapi sebenarnya dia tak minat langsung science stream, betul tak? Kalau PBS tu mampu menambahbaik prestasi dan pencapaian pelajar dalam academic dan non-academic, so transformasi tu satu perubahan yang bagus laa. Cuma ika sendiri tak tahu, tak boleh nak cakap, if PMR ni dimansuhkan, macam mana student nak naik ke form 4 form 5. Maknanya science stream hanya akan ada mereka2 yang minat science? Yang minat kemahiran akan ke bidang kemahiran? Yang minat art akan ke bidang art? Camtu? How they test them to get into form 4 and form 5 nanti? Itu yang kita tak tahu kan?
Jadi, sepatutnya, pihak yang bertanggungjawab dalam transformasi PBS ni seharusnya memberi penerangan dan penjelasan 100%, penjelasan sepenuhnya tentang apa itu PBS, apa kesannya, bagaimana pelajar akan ke menengah atas (form 4 form 5) jika tiada PMR, macam mana pelajar dibahagikan mengikut aliran dan sebagainya. They should explain completely laa pasal PBS ni. Tak boleh laa nak buat perubahan mendadak secara tiba-tiba tapi tak bagi pencerahan kepada orang lain (especially pelajar, parents, guru-guru). Ni perubahan berlaku tiba-tiba, orang pun tertanya-tanya. Sebelum nak buat pembaharuan pun sepatutnya kena analisis dulu sama ada pembaharuan tu sesuai atau tak dengan pelajar dan sistem pembelajaran tu sendiri.
Personal opinion ika, ika rasa better kekalkan PMR ni. Kalau nak mansuhkan juga PMR dan ganti dengan PBS, lebih baik terangkan sepenuhnya from A to Z, terangkan macam mana student akan dinilai untuk ke form 4 form 5 dan sebagainya. Apa pun, kita tunggu dan lihat je laa sama ada PBS ni bagus atau tidak kesannya pada pelajar.
*why not tanya pendapat pelajar tu sendiri, i mean student form1 form2 yang dah terlibat dengan PBS ni, acane dorang belajar, atau tanya guru-guru ke kan. tanya orang awam bukan kita pun yang into the new system.
maaf acik, tercomment panjang gilerrrrr pulak --'