Assalamualaikum
Ya Allah hati ini sangat bimbang ya Allah, petang tadi dapat perkhabaran bahawa abah masuk ke hospital dan di tahan wad. Keadaannya yang kini tidak sedar diri lagi. Mak kata semalam abah demam panas sehingga tak boleh bergerak dan di kejarkan ke hospital. Susulan itu terus di bawa ke unit kecemasan.
Ya Allah aku jauh darinya ya Allah. Aku ingin melihatnya dan berada di sampingnya saat ini. Tiada tolak bandingnya dia dalam hidupku. Hanya dialah abahku yang aku ada. Malam ini otak tak dapat berfikir dengan baik dengan assignment yang melambak dan perlu di siapkan , esok perlu di hantar.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim hanya kepadamu aku meminta dan hanya kepada aku pasrah ya Allah. Ya Allah ku angkat kesepuluh jari jemariku bermohon padamu ,ku rundukkan wajahku . Kau peliharalah abahku, sembuhkanlah penyakitnya dan berikan kesihatan seperti sedia kala.
Aku perlu dia dalam hidupku ya Allah. Ya Allah berikan kebaikan kepadanya seperti mana dia memberi kebaikan kepada anak-anaknya. Berilah dia semangat seperti mana dia memberi semangat kepada kami terus hidup di muka bumi ini ya Allah.
Kepada rakan-rakan blogger sudilah berdoa dan sedekahkan al fatihah kepada abah acik yang sekarang berada di hospital kota tinggi. Risau sangat dengan keadaannya .
32 Ulasan
Moga abah acik segera sembuh ye acik....akak faham perasaan acik sbb x dpt bersama abah acik di ward tu....berdoa dr jau acik ye...
jangan stress2 ye acik..
banyak2 berdoa acik...
Allah s.w.t tengah uji acik... tu...
Hope sumanyer ok nnti.
Sama2 doakan kesihatan beliau.
awk duduk mana ni? sekitar kota?