Ticker

6/recent/ticker-posts

Bagaimana Jika Melanggar Sumpah Demi Allah ?

bersumpah

Assalamualikum

Alhamdulilah masih lagi bernafas di bumi pinjaman Allah ini , ucapkan syukur. Minta maaf sebelumnya kerana banyak email yang acik tak sempat nak balas dan pertanyaan yang tergendala untuk di jawab. Hari ini acik akan menjawap  soalan yang di utarakan kepada acik. 

Ramai orang apabila untuk menyakinkan orang lain dengan apa yang di katatakan itu dengan melalui janji yang dilakukan. Bila bersama pasangan berjanji/bersumpah dengan nama Allah/ bersumpah bahawa dia tidak menipu dan sebagainya.

Kes 1 :

Assalamualaikum acik, tini nak tanya ini, bagaimana ye kalau tini pernah bersumpah atas nama Allah untuk tidak berbohong tetapi tini langgar sumpah tersebut. Bagaimana sumpah tersebut ?

Kes 2 : 

Salam acik , aku man aku pernah bersumpah dengan seorang perempuan atas nama Allah untuk kawini dia (yelah masa tu tengah syok bercinta dan sebenarnya aku tipu dai untuk ambil hati dia sahaja) . Dan sekarang kami sudah "break" dan aku tak mahu kawini dia sebaik dia bukan wanita yang baik ,bagaimana sumpah tersebut ?  

Kes ketiga : 

Aku pernah di tuduh mencuri dan aku bersumpah atas nama Allah. Tetapi sebenarnya memang aku yang lakukan, kerana aku takut aku berani bersumpah. Bagaimana jika aku menipu dalam sumpah 

 Alhamdulilah acik sudahpun bertanyakan kepada orang pakar tentang ini dan in iada sedikit untuk kamu yang tertanya.

Sumpah artinya adalah menyebut sesuatu yang penting bagi kehidupan seseorang untuk menegaskan suatu pernyataan. Bagi seorang muslim, sesuatu yang paling penting didalam hidup adalah Allah, maka dalam setiap sumpahnya ia harus menyebut Allah. Sebagai misal, ada seseorang yang dituduh mencuri. Dia mengatakan tidak mencuri, karena tidak ada saksi, maka ia dapat bersumpah dengan mengucapkan ”demi Allah” untuk menegaskan bahwa benar-benar ia tidak mencuri.

Kerana sumpah itu menyebut nama, Allah, dzat yang sangat penting maka tidak boleh digunakan untuk bermain-main. Orang yang bersumpah dalam hal-hal yang tidak penting ia berdosa.

 Apakah hukum orang yang melanggar sumpahnya?



Orang yang bersumpah dengan menepati syarat sahnya lalu dia melanggar sumpah itu, maka diwajibkan kafarat sumpah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :



 Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dalam keadaan bersungguh-sungguh. Maka kafaratnya ialah:

  1. Memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu,
  2. Atau memberi pakaian untuk mereka,
  3. Atau memerdekakan seorang hamba.
  4. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan tiga pilihan kafarat di atas), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari.

Yang demikian itu ialah kafarat penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur. [al-Maidah 5:89]

Bagi sumpah yang berganda, maka ia diperincikan sebagai berikut:

  1. Orang yang melafazkan sumpah beberapa kali untuk satu perkara yang sama lalu dia melanggarnya, maka kafaratnya hanya sekali.
  2. Orang yang melafazkan satu sumpah untuk beberapa perkara dengan satu lafaz, maka satu kafarat bagi setiap perkara yang dilanggarnya.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa jenis pelanggaran sumpah yang tidak diwajibkan kafarat, iaitu:

  1. Sumpah dusta (al-Yamin al-Ghamus). Sumpah ini hukum asalnya memang tidak sah kerana ia adalah dusta. Disebabkan ia sejak awal adalah tidak sah, maka pelanggarannya tidak mewajibkan kafarat. Akan tetapi orang yang melakukan sumpah dusta tersebut diwajibkan bertaubat dan menyatakan apa yang benar di sebalik pendustaannya itu.
  2. Percakapan biasa yang tidak dimaksudkan sebagai sumpah (al-Yamin al-Laghw). Terhadap ayat 89 surah al-Maidah di atas, ‘Abd Allah al-Bassam hafizhahullah menulis:  Aisyah radhiallahu 'anha menafsirkan sumpah yang tidak dimaksudkan adalah perkataan yang sering diucapkan oleh lisan manusia saat mereka berbicara, iaitu ucapan mereka sendiri seperti La wallahi dan Bala billah. Ia adalah ungkapan yang sering diucapkan oleh lisan tetapi tidak diniatkan oleh hati sebagai sumpah. Penafsiran sebegini dikemukakan oleh tiga imam mazhab.
  3. Orang yang melanggar sumpahnya kerana terlupa, keliru atau dipaksa. Ini berdasarkan keumuman hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ.

Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku kesilapan, kekeliruan dan apa yang dipaksa ke atasnya.

Orang yang telah bersumpah untuk sesuatu yang akan datang, lalu kemudian dia mendapati sesuatu yang lebih baik dari apa yang dia sumpahkan, maka tidaklah bersalah untuk dia melanggar sumpahnya yang awal, asalkan dia membayar kafarat. Dalilnya ialah hadis berikut:

وَإِذَا حَلَفْتَ عَلَى يَمِينٍ فَرَأَيْتَ غَيْرَهَا خَيْرًا مِنْهَا فَكَفِّرْ عَنْ يَمِينِكَ وَأْتِ الَّذِي هُوَ خَيْرٌ.

Apabila kamu bersumpah dengan sesuatu sumpah, lalu kamu melihat sesuatu lain yang lebih baik dari apa yang telah kamu sumpah, maka bayarlah kafarat dari sumpah kamu (yang awal itu) dan ambillah yang lebih baik itu.






Catat Ulasan

27 Ulasan

Unknown berkata…
tima kasih acik atas info nie
Asha Lya berkata…
baru kita faham..takut juga nak ucap sumpah nie.
sitirohaida berkata…
kalau boleh tanak pakai perkataan sumpah tu..takut makan diri
Tanpa Nama berkata…
Salam acik..nauzubillah...tak perlulah bersumpah wpun kita dipihak yg benar,kalau org tk percayapun,cukuplah Allah sebagai saksi kita...
Sukma berkata…
tak berani nak bersumpah.....
bahaya bermain sumpah ni acik, nanti takut termakan sumpah yang dikatakan sendiri...
Tanpa Nama berkata…
jgn suka2 bersumpah..
Unknown berkata…
orang sekarang suka sangat main sumpah2..x tahu akibat kelak..hati2 bila berkata..
Unknown berkata…
nice sharing acik...rasenya saya pernah bersumpah time dulu2..tp lupa dah apa benda yang sy sumpahkan tuh..huhu...*time masih tdk matang.
Shahrul Yusof berkata…
Zaman sekolah rendah dulu, kitorang nak sebut sumpah tak berapa berani. Bila cakap tu, bukan sebut sumpah, bebudak ni sebut 'tumpah'.
Mizz Aiza berkata…
pengetahuan baru untuk akak.. tak pernah akak terfikir berkenaan ini sebelum ini.. rupa-rupanya hanya perlu bayar kafarat..
Unknown berkata…
info yang berguna acik. hehe. thanks kongsi. insyaallah akan menjadi panduan :)
Unknown berkata…
orang melayu sudah sebati dengan perkataan2 sebegitu sebab diajar secara tidak langsung sejak dari kecik dan juga pengaruh media
Tetamu Istimewa berkata…
Betul tu kata Syaifuddin, orang Melayu ni je yang main sumpah-sumpah ni. Sikit-sikit sumpah.
Ainim Rashihah berkata…
semoga kita semua dijauhkan dari bersumpah dan melanggar sumpah
Maria Firdz berkata…
Mmg kna hati2 bila bersumpah...nice sharing acik..
Fais-SKA berkata…
nice sharing acik..hm bab sumpah ni mmg tkut la nk guna kan nama Allah, walaupn ada dndanya..tp kalau disengajakn..ttp berdosa..
Mormor berkata…
alhamdulillah . baru tahu . tx acik . takut jugak nak buat main bab-bab sumpah ni . tapi yelaa , ada jugak manusia yang sanggup buat sumpah palsu untuk kepentingan peribadi.
Khir Khalid berkata…
Assalam.. sy mmg x berani bermain2 sumpah ni.. wallahualam. T kasih diatas perkongsian ye Acik.. :)
Unknown berkata…
Alhamdulillah..terima kasih atas info..
Unknown berkata…
Saya telah bersumpah palsu pada suami demi menjaga hatinya..atas kesilapan yg lalu..adakah saya berdosa
Unknown berkata…
Kekasih saya telah bersumpah dgn mengankat al-Quran dan mengatakan dengan ini aku nama dia telah bersumpah tak akan curangi aku lagi dgn sumpah laknat keatas diri ya ,bila kemudian hari tiba2 dlm diam dia sudah ada laki2 lain selaindari aku adakah dia sudah melangar sumpah laknat nya itu tuan
Unknown berkata…
Kalau lelaki tersebut bersumpah dan berjanji,jika dia tinggalkan seseorang perempuan ni,dia tak akan bahagia dgn perempuan lain.sebab nya dia berjanji akan berkahwin dgn perempuan itu..cnth ayat dia:"saya bersumpah jika saya tinggalkan awak,saya tak akan bahagia dengan perempuan lain"..apakah balasan allah pd dia?sbb dia dh langgar sumpah yg dia ucap sndri..
Puteri Raihan berkata…
Assalamualaikum saya ingin bertanya.Saya seorang pelajar sekolah menengah.Soalan saya ialah,bolehkah saya terus menunaikan kafarah keempat kerana ibu dan bapa saya tidak tahu bahawa saya ada membuat sumpah dan telah melanggarnya.Dan adakah sumpah boleh dibatalkan?Mohon penerangan.Terima kasih.
Unknown berkata…
Assalam. Nak tanya klau sumpah tu takda tempo lepastu kita langgar .Kenna sambung blik ke sumpah tu?
Unknown berkata…
Nk tnya klau kita sumpah xkn mungkil janji n kita mungkil janji nkita akan kene cancer,cancer payu dara,lumpuh seumur hidup,klau khawin dgn spe" xdpt zuriat adakah allah akan membalas nya
Khairrunika berkata…
Kalau kita sumpah demi allah pastu kita mengaku balik kesalahan kita kena denda jugak ke