Ticker

6/recent/ticker-posts

Bercinta (couple) Bertahun-Tahun Belum Tentu Dia Jodoh Untuk Kamu





Assalamualaikum

Hari ini dalam sejarah dalam hidup acik apabila dapat hampir 30 email dan 50 pertanyaan di facebook tentang kenapa teman lelaki tinggalkan dia, kekasih lari kawin dengan orang lain dan sebagainya. Hari ini acik ingin menjawab persoalan yang kamu semua. 


Seorang kekasih (couple) itu kebanyakan hanya hadir sebagai penghias hidup seseorang. Dia memberikan kita rasa bahagia, gembira dan dunia seperti dunia kita yang punya .Dia juga hanya singgah sebentar yang terkadang meninggalkan kepahitan dan penyesalan yang berkepanjangan.

Tetapi sedangkan jodoh dari Allah itu adalah teman hidup kita yang telah di gariskan Allah untuk menjadi pendamping kita sepanjang hayat di dunia dan di akhirat, yang dapat memisahkan adalah ketentuan Allah dan kematian.

Seseorang yang kamu anggap kekasih (couple) belum tentu menjadi jodohmu!
Jadi jangan terlalu berharap banyak padanya hingga  kamu sanggup rela menyerahkan segalanya demi apa yang kamu sebut cinta.

Ribuan korban selalu terjatuh dan terus berjatuhan setiap harinya.Tapi anehnya, Terlalu sedikit dari kita yang dapat mengambil hikmah dari kejadian-kejadian yang terjadi di sekitar kita.

Tanya kenapa?

Kerana lemahnya iman!Itulah jawaban yang paling tepat!

Keimanan yang seharusnya menjadi tugu tetapi malah ditukar dengan nafsu yang selalu menganggu fikiran kita. Masihkah kita mengagungkan hubungan yang nyata-nyata di larang Agama?

Ingatlah..
Hanya pasangan halalmu yang paling berhak untuk memilikimu, lahir batin, luar dalam. Bukan kekasihmu (couple)  yang setiap waktu boleh saja pergi meninggalkanmu. Renungkanlah sebelum terlambat dan berakhir dengan sebuah penyesalan.

Dalam islam ada konsep taaruf (berkenalan) untuk terus ke alam perkahwinan. Bukankah islam dah berikan caranya kenapa sukar untuk kita ikutinya ? 

Muhasabah diri dan lihat diri, selama kita couple apa yang ktia buat ? adakah kebaikan ataupun ke arah pekara lagha(sia-sia) ? Jadikan dirimu begitu harga untuk seseorang miliki. 

Pilihlah seseorang itu membawa kamu kearah kebaikan dan bawalah dia juga untuk kebaikan. InsyaAllah pastinya di redhai Allah. Segalanya bermula adalah dari diri kita sendiri. Lihat pada diri kita, apa yang telah kita lakukan ? 


Catat Ulasan

33 Ulasan

Vee berkata…
Wahh.. Blh jadi counselor Acik ni nanti ^^, Vee lepas break hari tu terus rasa tak nak bercinta dah. Sakit rasanya bila berpisah. Skrg serah semua kpdNya kerana semuanya indah pada waktuNya. Tak perlu dicari, Dia akan berikan tepat pd waktunya nanti :) Btw, ayah Acik mcm mana? Harap dia okay :)
Akupenghibur.com berkata…
tak adalah sikit2 boleh lah ..alhamdulilah ayah semakin membaik
Tetamu Istimewa berkata…
Setiap kali Acik maklumkan yang Acik selalu dapat pertanyaan begini saya berasakan Acik ini seorang yang sangat berpengaruh. Tahniah! Bukan mudah mendapat kepercayaan begini. Gunakan peluang ini untuk membantu sedaya boleh.
Tanpa Nama berkata…
betul tu, buang masa je kita habiskan masa bercinta utk sesuatu yg tak pasti
Unknown berkata…
yup.. btul tu. bagi zara, dont put 100% pada hubungan yg blom ada ikatan yg sahih.. blm tntu komitmen dia setinggi yg korang harapkn. mulut cakap lain, hati kita xtau.. so, ntuk hawa/adam, be carefull. life is short, make it sweet. Better bykkn ingtan pada Allah dan ibu bapa, sb Allah xpena buat kita sedih/kecewa.. begitu juga mak ayah. Perancangan mereka baik ntuk diri kita..
Unknown berkata…
yup... aku sokong ko Acik
Unknown berkata…
hehe, bagi syuk setiap orang ada jodoh. cuma kena perlu pandai menjaga :)
Tanpa Nama berkata…
bila syg tu berpada - pada saja sbb dia blm tentu jodoh yg Allah tetapkan ...
Unknown berkata…
Nice entry Acik.. Perkongsian yang bermanfaat.. Cintailah Allah sebelum mencintai yang lain.. :-)
Unknown berkata…
info yang boleh di guna acik...act, acik ni penceramah erk? heee...
Jiarizaira berkata…
seseorang yang kamu anggap kekasih (couple) belum tentu menjadi jodohmu! setuju dgn statement ni.
Scripters berkata…
Betul tu... ada juga orang kata "dimulut naga lagi ku rebut, inikan pula ditangan manusia" memberi gambaran yang sama, bercinta dengan orang lain dan kawin dengan orang lain...hehe
Khir Khalid berkata…
Kita hanya mampu merancang & segala penentuan hanyalah ditangan Allah.. kdgkala kerana terlalu yakin diatas nama cinta & syng akhirnya menjadi korban.. tepuk dada tanya iman.. perkongsian yg baik Acik.. Salam Jumaat, semoga berkat.. amin :)
nora razalli berkata…
tapi tak semua...ada jgk yg jadi halal stelah bertahun
depends la pada 2 hati tu menjaga hati2 mereka ..huhu :)
Tanpa Nama berkata…
muhasabah diri...
Tanpa Nama berkata…
Salam acik..

Betul tu acik..kdg2 org yg kita dh kenal bertahun tu sanggup khianati kita...kita bagaikan dh tak kenal siapa dia....

kalau mcm tu akak rasa nak pasang sparepart byk2 boleh tak acik..??hehehe
BinMuhammad berkata…
Bila habis belajar...boleh buka firma kaunseling, sesuai dengan Acik. (ikhlas cakap ni)

p/s: Amik saya kerja ye...jadi driver pun xpe :)
Zaza Iman berkata…
terima kasih acik..merenung sejenak :)
tarmizi berkata…
betul tu acik..
Cik Itah berkata…
info dan nasihat yang sangat berguna..thanks share acikk :)
Mizz Aiza berkata…
terima kasih di atas nasihat ini acik..
Fiza Aizzawa berkata…
mula dengan berkawan, pastu capel, pastu klu ada jodoh kawen, tak de jodoh putus, cr kawan lain.. itulah kehidupan dlm mencari jodoh..
Maria Firdz berkata…
jodoh tu rhsia Allah... kita tak thu siapa...
norhasnizakhalid berkata…
betul acik, mama pun ada pengalaman itu,.. :)
Tanpa Nama berkata…
jodoh itu juga rezeki...
fragmenbiru berkata…
InsyaAllah... jaga ikhtilat sebaik-baiknya...
Fais-SKA berkata…
terima kasih atas nasihat ni =) betol tu, jdoh mmg tlh ditetapkn Allah, jganlah kuatir, xrugi pn kalau kita ni xberkapel..lgpn kapel ni xmnntukn jodoh kita dgnnya..mungkin tu 1ujian dri Allah..
Ninja Anggun (NA) berkata…
ada orang bercinta 5 tahun. siap plan nak tunang nikah bagai. family semua dah jumpa, dah kenal. at the end, berpisah juga. selama 5 tahun, sibuk mempertahankan cinta manusia. dan 5 tahun juga cinta pada Allah s.w.t diabaikan. feuhh. chentaaaaaaaaaa ..
Unknown berkata…
Jika mereka berkahwin, maknanya itu jodoh mereka.. Tapi kita sendiri tak boleh nak bg kepastian bhw yg kita nikah tu, walaupun dah nikah lebih 30thn..psgn tu adalah jodoh kita hingga ke jannah.. Senang kata, jodoh pertemuan semua ditgn Allah.. Dapat jodoh, syukur.. Tak dapat pun syukur.. Semua yg berlaku pasti ada sebab atau petunjuk yg Allah nak berikan dlm kehidupan seseorg.. tggal diri kita yg perlu cari apakah dia..
Unknown berkata…
Jika mereka berkahwin, maknanya itu jodoh mereka.. Tapi kita sendiri tak boleh nak bg kepastian bhw yg kita nikah tu, walaupun dah nikah lebih 30thn..psgn tu adalah jodoh kita hingga ke jannah.. Senang kata, jodoh pertemuan semua ditgn Allah.. Dapat jodoh, syukur.. Tak dapat pun syukur.. Semua yg berlaku pasti ada sebab atau petunjuk yg Allah nak berikan dlm kehidupan seseorg.. tggal diri kita yg perlu cari apakah dia..
Unknown berkata…
Exactly! Very deep acik. Entry yang hebat. Kembali merenung sejenak diri sendiri. Kadangkala, jodoh kita adalah cerminan diri kita atau yang boleh melengkapi kekurangan mahupun kelebihan kita. Wallahualam ;)