Assalamualikum
Tentang entri semalam ramai yang mempertikaikan dan memberi tanggapan yang negatif terhadap diri ini, biarlah Allah sahaja yang tahu apa yang sebenarnya cuba acik sampaikan.
Setiap hari aku cuba menjadi pemerhati dan pendengar yang baik baik untuk orang yang berada di sekelilingku. Pastinyanya akan muncul wajah-wajah yang gembira dan menyerokkan yang di sajikan kepada setiap mata yang memandang.
Dalam sepanjang perjalanan yang aku lalui, aku melihat manusia takutkan tentang sesuatu pekara ini. Ianya adalah kehilangan.Kehilangan satu perkataan yang mudah tapi sukar untuk di terima.Kehilangan itu mampu memusnah pelbagai impian yang telah di bina, kehilangan itu membuatkan si jenaka menjadi penduka. Kehilangan itu membuatkan air mata mengalir tanpa di duga, tangisan ,teriakan mahupun tidak dapat terima kenyataan.
Bagaimana Jika hilang baju kesayangan ?Hilang kasut ? hilang duit ? hilang kawan ?
Pastinya setiap manusia yang pernah merasainya mampu menjawab soalan ini. Dan bagaimana pula untuk kita kehilangan orang yang kita sayang ?
Itu adalah saat yang paling menyedihkan dalam hidup kita, dialah insan yang sangat kita sayang. Acik sendiri tak dapat bayangkan kalau bagaimana jika acik kehilangan ibu bapa acik, kehilangan adik beradik acik.
Tapi mak selalu pesan bahwa hidup ini kita perlu bersedia dengan apa jua dugaan yang mendatang, nanti di kubur kita akan keseorangan dan kita akan hilang nikmat dunia yang sementara ini. Belajarlah terima kehilangan dalam hidup kita. redha dan bersanka baik dengan setiap ujian di berikan.Setiap benda dalam dunia ini mempunyai tuannya, begitu juga kita yang akan kembali kepada tuan kita iaitu Allah.
Hilangan itu mungkin pada kita membawa kesakitan dalam hidup kita tetapi kadang kala kehilangan itu juga berikan sinar yang baru.
Bersediakah diri kita untuk menerima kehilangan yang seterusnya ?
29 Ulasan
kalau mselim3 mesti sedih giler... siapa x sayang isteri hooii..
mselim3
pls: tetapi patah tumbuh hilang berganti... terima lah qada qadar Allah dengan hati terbuka... kuatkan semangat jgn cepat lemah...kan!
Semoga kita diberi ketabahan dan kekuatan pabila tiba saatnya nanti...
kalau yg dlm seklip mata tu lg la ....
allahuakbar :(
Sebenarnya.kita tak miliki satu apapun di dunia ini,semuanya pinjaman semata2...akak ni,selalu sgt kehilangan sesuautu yg akak begitu syg jadi dh beberapa kali berlaku,akak tak mau mengharap apa yg ada itu kekal....bersedia atau tidak,kita pasi akan kehilangan kerana semuanya adalah pinjaman..tp sebagai manusia biasa,pastilah kita bersedih......akak suka pic baby tu..sedih sgt dia,rasa nak timang supaya hilang kesedihannya...