Ticker

6/recent/ticker-posts

Bersediakah Diri Kita Untuk Menerima Kehilangan Orang Terrsayang ?



Assalamualikum

Tentang entri semalam ramai yang mempertikaikan dan memberi tanggapan yang negatif terhadap  diri ini, biarlah Allah sahaja yang tahu apa yang sebenarnya cuba acik sampaikan.

Setiap hari aku cuba menjadi pemerhati dan pendengar yang baik baik untuk orang yang berada di sekelilingku. Pastinyanya akan muncul wajah-wajah yang gembira dan menyerokkan yang  di sajikan kepada setiap mata yang memandang.

Dalam sepanjang perjalanan yang aku lalui, aku melihat manusia takutkan tentang sesuatu pekara ini. Ianya adalah kehilangan.Kehilangan satu perkataan yang mudah tapi sukar untuk di terima.Kehilangan itu mampu memusnah pelbagai  impian yang telah di bina, kehilangan itu membuatkan si jenaka menjadi penduka. Kehilangan itu membuatkan air mata mengalir tanpa di duga, tangisan ,teriakan mahupun tidak dapat terima kenyataan.

Bagaimana Jika hilang baju kesayangan ?Hilang kasut ? hilang duit ? hilang kawan ? 

Pastinya setiap manusia yang pernah merasainya mampu menjawab soalan ini. Dan bagaimana pula untuk kita kehilangan orang yang kita sayang ?

Itu adalah saat yang paling menyedihkan dalam hidup kita, dialah insan yang sangat kita sayang. Acik sendiri tak dapat bayangkan kalau bagaimana jika acik kehilangan ibu bapa acik, kehilangan adik beradik acik. 

Tapi mak selalu pesan bahwa hidup ini kita perlu bersedia dengan apa jua dugaan yang mendatang, nanti di kubur kita akan keseorangan dan kita akan hilang nikmat dunia yang sementara ini. Belajarlah terima kehilangan dalam hidup kita. redha dan bersanka baik dengan setiap ujian di berikan.Setiap benda dalam dunia ini mempunyai tuannya, begitu juga kita yang akan kembali kepada tuan kita iaitu Allah.

Hilangan itu mungkin pada kita membawa kesakitan dalam hidup kita tetapi kadang kala kehilangan itu juga berikan sinar yang baru.

Bersediakah diri kita untuk menerima kehilangan yang seterusnya ?

Catat Ulasan

29 Ulasan

Maria Firdz berkata…
huhu.. tajuk yg buatkn sy berdebar.tpi mmg setting minda.. apa yg ada adalah pinjamna semata2.. bila2 je Allah blh amik balik...
Khir Khalid berkata…
Setuju dgn entri Acik ini.. bersediakah kita. Mmg susah bila kita kehilangan sesuatu & mmg kebiasaan terjadi tanpa bersedia.. Semoga ini menjadi peringatan & ikhtibar yg baik buat kita semua..
norhasnizakhalid berkata…
tajuknyamengencangkan hati mama, mama belum sedia acik.... :(
Unknown berkata…
mun baru je kehilangan orang yang tersayang..sedih pilu..semuanya ada..kadang2 kita rasa macam orang tu still ada..cuma jauh..
Tanpa Nama berkata…
kathy tak sanggup kehilangan lagi...
Unknown berkata…
sy pnah merasai saat hampir kehilangan abah.. masa tu abah kat GH.. doctor kata no hope.. time tu mcm2 dalam kepala otak.. runsing, marah, sedih, kecewa.. hope have more time untk jd anak yg solehah.. doa x lekang drpd bibir... tp kuasa Allah lebih hebat drpd doctor2 yg pakar... alhamdulillah abah sembuh dan sihat sampai sekarang ni.. tp sentiasa set dlm minda perlu bersedia merasai kehilangan abah & mama yg meningkat usia.. sebagai anak terus buat yg terbaik agar tidak menyesal dikemudian hari..
Addasyuhadadisini berkata…
kehilangan..klau diikutkan semua tak brsedia kan..tapi kalau kita dah buat semampu yang boleh dan sehabis baik..in shaa Allah rsa redha tu akan ada..tak mudah nak hadapi tapi niatkan di hati semuanya dari Allah..bila hilang akan ada hikmahnya kita hilang sesuatu tu..bukan hari ini tapi di mekudian hari..in sha Allah..:))
Vee berkata…
Berapa lama pn kita hidup di dunia, tak kira brapa byk masa dah kita spend dgn org tu, bila tanya soal "bersedia utk kehilangan dia ke tak", mmg kita akan jawab NO. Tp bg Vee, buat masa ni Vee mmg tak sedia lg untuk kehilangan parents and siblings, sbb Vee blm balas lagi jasa dorang. Dorang tak merasa makan duit gaji Vee lg, so its a no. Andai Tuhan nak ambil nyawa dorang, at least lepas dorang lihat Vee berjaya. Itu je harapan Vee. By that time baru Vee blh kata Vee bersedia, sbb setiap yg bernafas kat muka bumi pasti akan pergi jua, termasuk kita sendiri. Bersediakah kita untuk pergi dan menghadap Tuhan? Persoalan utk diri sendiri..
Unknown berkata…
seharusnya kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan..
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

kalau mselim3 mesti sedih giler... siapa x sayang isteri hooii..

mselim3

pls: tetapi patah tumbuh hilang berganti... terima lah qada qadar Allah dengan hati terbuka... kuatkan semangat jgn cepat lemah...kan!
BinMuhammad berkata…
Pastinya tiada siapa yang mahukan kehilangan orang yang disayang. Tapi kita perlu bersedia kerana tiada yang kekal di dunia ini. Terima lah dengan redha walaupun ianya begitu sukar.
Semoga kita diberi ketabahan dan kekuatan pabila tiba saatnya nanti...
azihajieha berkata…
entry yang paling sesuai dgn jiwa sy sekarang...peritnya nak melupakan seseorang yang kita sayang..doakan saya kuat! :(
nora razalli berkata…
hilang brg ok lg .xkesah lgsg even ada terkilan kalau brg tu mhal tp kalau hilg org , mmg takleh gmbarkan perasaan tu ..
kalau yg dlm seklip mata tu lg la ....
allahuakbar :(
Affy Afiqah berkata…
belum bersedia untuk kehilangan sesiapa, terutamanya keluarga.
mila berkata…
tahu xpe achik..sy sendiri pon xpasti boleh ke x menjadi kuat jika ditakdirkan 1 ari nanti kehilangan seseorg yg tersyg dlm hidup nanti..kalau diri sndiri yg pergi dulu xpelah...kalo orglen cmne? huhu..xnak pikir :-(
Shahrul Yusof berkata…
Macam mana baik persiapan kita untuk kehilangan itu sekalipun, ia tetap akan memberikan kesan yang besar terhadap kita. Justeru itu, gunakanlah masa yang diberikan sebaiknya sebelum ianya hilang.
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Sebenarnya.kita tak miliki satu apapun di dunia ini,semuanya pinjaman semata2...akak ni,selalu sgt kehilangan sesuautu yg akak begitu syg jadi dh beberapa kali berlaku,akak tak mau mengharap apa yg ada itu kekal....bersedia atau tidak,kita pasi akan kehilangan kerana semuanya adalah pinjaman..tp sebagai manusia biasa,pastilah kita bersedih......akak suka pic baby tu..sedih sgt dia,rasa nak timang supaya hilang kesedihannya...
Tanpa Nama berkata…
salam acik..insyallah..dengan doa,,pasti kita hadapinya..insyallah..
sitirohaida berkata…
dulu akak pernah terfikir akan kehilangan adik yg akak syg bila doktor kata adik dalam keadaan tenat..dan masa itu kami sekeluarga bersedia untuk kehilangannya walaupun payah utk kami terima.Tetapi bila memikirkan kesakitan yang dialami itu amat payah untuk dia terima..kami redha..tapi alhamdulillah.Allah mendengar doa kami utk terus memilikinya sehingga ke hari ini.alhamdulillah
Unknown berkata…
salam acik...betul tu...kita cakap kita boleh tetapi....susah nak hadapinya...acik,boleh bagi pendapat x...bagi anak yang selalu salahkan ibu bapanya..bila ibu bapanya bercerai?smpai merosakkan diri sendiri...:)
Aku pengembara berkata…
Siyes sedih.. Kalau dah sentuh bab ibubapa nie saya sensitif sikit (Ganas2 pun, tacink jgk baca entry nie) :(
licha berkata…
sampai bila-bila pun takkan bersedia.. huhu..
Story Nadya berkata…
sangat membuatkan nad merenung sebentar dan memikirkannya. kuasa Allah swt , bila tiba masanya nad harap nad redha dan kuat menghadapinya.
Tanpa Nama berkata…
semasa arwah abah nazak , saya dah setkan dlm hati utk redha dgn pemergiannya . dan saya amat tenang ketika itu . tapi di saat tubuhnya dimandikan , tetiba airmata mengalir tanpa henti hingga saya memencilkan diri . maka terpaksalah org yg mengkapankan itu menunggu saya muncul utk selesaikan tugasnya ...
Mizz Aiza berkata…
tiada yang kekal di atas dunia ini.. terpaksa juga terima sebuah kehilangan walaupun hati sedih dan berduka..
Ainim Rashihah berkata…
Sejujurnya, saya pernah rasai kehilangan itu cumanya samada bersedi atau tidak, kuatkah hati ini untuk hadapi semua ini, saya sandarkan kepada Allah
Fais-SKA berkata…
kehilangan la paling ambe xsuka..xkiralah hilang ape skali pun..pada mulanya pasti sedih..tp lama2 mgkin dah redha..mmg xboleh bayang seandainya kehilangan ibu bapa dan kelebihan yg Allah bg kat kita..sbb tulah Allah nk kita bersyukur..brulah Allah tmbah dan memberi keberkataan pada semua yg kita ada..
Unknown berkata…
Kehilangan orang terrsayang? Oh tidak..tak dapat bayangkan pun Acikk..terus berlinangan air mata.. Dia orang yang paling ku sayangi..bagaimana harus ku hidup tanpanya..sepi... :'(
Unknown berkata…
Kehilangan orang terrsayang? Oh tidak..tak dapat bayangkan pun Acikk..terus berlinangan air mata.. Dia orang yang paling ku sayangi..bagaimana harus ku hidup tanpanya..sepi... :'(