Ticker

6/recent/ticker-posts

Budak Mencuri Di Masjid Semakin Berleluasa ?


Assalamualikum

Alhamdulilah dapat lagi acik menaip,sebelum tu jangan lupa berselawat ke atas jujungan besar Nabi Muhmamad saw. Hari ini satu hari acik ada kelas penuh dan kebetulan saja jalan-jalan di PKNS sebab hari ini ada jualan murah produk simplysti. Jangan terkejut acik pergi jugak bukan apa acik beli minyak wangi lelaki , wahh wangi dan murah hanya RM 25 sahaja. 

Dan hari ini pergilah solat jumaat, pada mulanya hati rasa berat juga untuk tinggalkan beg acik, sebab dalamnya ada macam-macam barangan acik. Tapi acik fikir di masjid, siapa nak mencuri. Selepas abis solat acik terus menuju ke beg acik, kebetulan itu acik terlihat seorang budak mahu buka beg acik . Dia terkial-kial juga nak bukak,sebab memang susah nak buka beg acik .Acik dari belakang tepuk bahu adik tersebut.

Acik : adik buat apa tu ? 
Adik : ehh tak buat apa , tengok beg kawan saya.
Acik : ehh itu beg saya
adik: ehh yeke bang, maaf bang ,saya tak niat apa-apa saja nak tengok bang. 
Acik : erm tak baik buat pekara ni dik ,Allah marah tau
Adik : Saya tahu bang, tapi ini je cara saya nak dapatkan duit.
Acik : Dapatkan duit untuk apa ? mak ayah tak bagi ? 
Adik : Bagi bang, tapi tak cukup untuk makan je duit dah habis. Saya teringin nak handphone bang tapi duit tak cukup
 Acik : Dik walau apa pun caranya untuk dapatkan duit, jangan sampai mencuri nanti dah jadi kebiasaan susah, kalau betul-betul nak kumpullah duit ,tak pe walau lambat tapi itu hasil duit kita sendiri.Saya pun dari orang susah, acik tahu perasaan itu, kalau mak ayah tahu bukankah kecewa mereka ? Nak ambil duit sikit ini buat duit tambah-tambah. Jangan mencuri lagi ye dik.

Hal ini terjadi pada acik hari ini, budak itu pun berlalu pergi setelah berkali-kali minta maaf dengan acik. Pekara ini perlu di bendung kerana ada pepatah melayu berkata melentur buluh biar dari rebungnya. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mainkan peranan untuk menerangkan tentang padah dan buruknya suka mencuri ini, hidup tak berkat. Jelaskan pada mereka ,begitu juga guru-guru dan rakan sebaya. 

Kita jangan cepat menghukum budak seperti ini, mesti ada sebab mengapa mereka buat begitu, sebagai orang yang lebih tua kita nasihat dan jika perlakuan budak itu teruk selayaknya berikan hukuman dan berikan pada pihak berwajib. Entahlah mungkin ada hikmah yang Allah nak tunjukkan pada acik . Apa dia acik pun tak tahu . Tapi yang pasti orang kita berlumba-lumba untuk lihat siapa lebih up to date. Pada acik tak perlu kot, kita ikut kemampuan kita saja.  

Dan kebetulan masa mahu keluar masjid, ada seorang lelaki tu duduk termenung di tangga, sambil tu sempat acik tanya, " kenapa nie bang kusut jer ? 

Macam mana tak kusut, wallet hilang , sedar tak ada masa keluar tadi rasanya dia  ambil masa keluar ramai-ramai, tak sedar kena seluk kocek nie. Habislah semua.
 
Kesian abanng tu, entahlah apa nak jadi, di masjid (rumah Allah) pun mereka berani lakukan pekara seperti ini, MasyaAllah geling kepala jadinya. Kita sekarang kena berhati-hati dalam apa jua keadaan. 


Catat Ulasan

26 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
betul tu. mencuri dah tak kira tempat sekarang ni, dkt tempat beribadat pun diorang berani :(
BinMuhammad berkata…
Tiada tempat yang benar2 selamat. Sentiasalah berwaspada dan berhati2. Nak beribadat dalam masjid pun dah tak aman...kadang2 tu teringat kasutlah, teringat keretalah, teringat motorlah... Berserahlah...
budakbandunglaici berkata…
tak tahu apa nak jadi sekarang. dalam masjid pun boleh mencuri. mintak jauh dari semua itu.

recent post : Semangat Header & Logo Baru
Asha Lya berkata…
macam2 kes sekarang..d rumah Allah pun boleh berlaku..masyallah
kena sentiasa berwaspada
Zaza Iman berkata…
risau keadaan skg yg dah semakin menjadi2 dah kes mencuri... moga2 jauhlah dari perkara mcm tu..
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Memang berleluasa kes curi ni acik,dr golongan budak2 sampai dewasa mengikut kemahiran mereka utk mencuri,ada yg jdkan kerjaya tau acik,saat org solat,mereka pecah kereta..mcm budak tu,akak rasa dia terdesak kot..keinginan yg tinggi tgk kwn2 pakai hp..zaman sekarang ni,bdk sklh rendah yg keluarga mampupun blh pakai iphone 4,samsung note...kesian akak pd ibubapa yg tk mampu tu...tp kita tk blh halangkan acik,cuma kita kena didik anak2 kita di rmh mcm yg acik kata tu....moga adik tu insaf dgn kebaikan yg acik buat pd dia wpun dia dh buat perkara yg tak baik pd acik....
Mormor berkata…
suka cara acik tegur budak tuu . cool jee . tapi tu laa masyarakat hari ni . mencuri ni macam dah biasa sangat . Allah :'/
Vee berkata…
Dahsyatnya, Acik. Vee pun dua kali dah kena tapi bukan kat tempat beribadat, dlm kelas je. Siapa orgnya tak taulah. Fhm2 lah kan, students mmg perlu byk duit tp byk gak yg dapatkannya dgn cara salah. Hmm.. Kalau dilentur dr rebung, mesti tak gini bila dah jadi buluh. Huhu..
Sukma berkata…
bahaya juga bawa handbag ke masjid....kadang-kadang kehidupan memaksa melakukan begitu walaupun tiada niat......erm...
Unknown berkata…
bersangka baik je, mungkin dia lebih memerlukan duit tu dari kita. Kita tak tahu, atas dasar apa dia nakkan handphone tuu. :D
sha (chirp chirp) berkata…
tula, ada satu kes dekat U sha, org tengah solat tinggal beg laptop kat tepi jap. lepas solat hilang. tmpat mulia, rumah Allah pon ada yg tergamak buat perbuatan macam. jauhkanlah
norhasnizakhalid berkata…
apa hal lah dalam rumah Allah pun nak buat kerja terkutuk... macam-macam hal sekarang ni..
Khir Khalid berkata…
Mmg betul Acik.. semalam baru shj pergi balai buat report sbb tabung masjid kt sini kena angkut.. lepas ni, nk adjust utk pemasangan cctv pulak. Nasib baik ramai setuju nk derma utk cctv tu... bnyk betul kejadian yg mcm ni skrng lah...
Tanpa Nama berkata…
alahai..sekarang ni orang dah takut apa lagi...
Unknown berkata…
kalau dekat rumah Allah pun mereka dah tiada perasaan takot..apakan lagi di tempat lain kan..
Unknown berkata…
memang berat kalau nak difikirkan balik.. mana2 tempat pun akan ada yang tak betulnya.
Story Nadya berkata…
mencuri semakin berleluasa. ini lah berlaku jika didikan kurang.
Affy Afiqah berkata…
Betul acik, kita jangan cepat menghukum, ika pernah baca kisah nabi dengan seorang budak yang mencuri, orang ramai semua suruh nabi hukum dia, potong tangannya sebab ikut hukum hudud mencuri kena potong tangan.
Tapi nabi tak cepat melatah, nabi tanga pada budak tu kenapa dia mencuru, dan nabi dengar penjelasan daripada dia. Selepas dengar penjelasan tersebut nabi tak hukum dia pun.

Jadi kita ambil pengajaran. Jangan mudah menghukum.
Memang betul sekarang dah berleluasa case mencuri, jalannya, kita kena hati2 laa, barang berharga simpan baik2 bila kat tempat ramai orang :)
Mizz Aiza berkata…
apa nak jadilah masyarakat kita sekarang ni.. apa-apa pun bermula dari institusi kekeluargaan juga.. asasnya ibu bapa perlu mendidik anak mereka supaya tidak bersikap boros dan suka menipu.. kena berhati-hati walau di manapun berada..
sitirohaida berkata…
tak tau nak persalahkan siapa dalam hal nie..kadang2 kita tak boleh nak salahkan ibubapa..sbb budak skrg nie lebih berani dari zaman2 kita dahulu.risau dunia akan datang,.
Unknown berkata…
hmm....zaman sekarang mcm2....moga2 kita dilindungi olehNya selalu
aminn
Maria Firdz berkata…
Itulah... Bila gagalnya didikan... Buat ank mudah..tpi nk ddik ank... Hmm.. Renungan utk ibu bala sbnrnya entry ni... Sbb xleh nk slhkn bdk tu sebnrnya...
Ooh Deo berkata…
Ada tengok satu video, ada org curi beg jemaah wanita (pompuankan biasa letak beg kat depan) semasa jemaah sedang sujud.. hati kering betul, langsung dah tak takut pada Allah..
Tetamu Istimewa berkata…
Mudah mereka mencari jalan penyelesaian. Sepatutnya berfikirlah panjang. Jangan jadikan cara haram untuk menyelesaikan masalah.
Fais-SKA berkata…
Subhanallah..smoga yg mncuri dan ada niat nk mencuri berubahlah =( jgn makan hrta hram..nnti kena sekat kalau kita dah nk msuk syurga..nauzubillah..alhamdulillah yg jumpa budak tu acik..dpat juga dia dgar nsihat yg berguna..kalau orang yg baran?? habis dihempuknya ramai2..hrap rmailah yg sedar tntang ni..kwan pn pnh hlang kasut kt surau..skrg ni kt mn2 tmpat pn dh xslamat..
Unknown berkata…
Haha..lucu betol baca ayat Acikk..sy pernah balik jalan kaki ayam sbb selipar hilang..