Assalamualikum
Alhamdulilah dapat lagi acik menaip,sebelum tu jangan lupa berselawat ke atas jujungan besar Nabi Muhmamad saw. Hari ini satu hari acik ada kelas penuh dan kebetulan saja jalan-jalan di PKNS sebab hari ini ada jualan murah produk simplysti. Jangan terkejut acik pergi jugak bukan apa acik beli minyak wangi lelaki , wahh wangi dan murah hanya RM 25 sahaja.
Dan hari ini pergilah solat jumaat, pada mulanya hati rasa berat juga untuk tinggalkan beg acik, sebab dalamnya ada macam-macam barangan acik. Tapi acik fikir di masjid, siapa nak mencuri. Selepas abis solat acik terus menuju ke beg acik, kebetulan itu acik terlihat seorang budak mahu buka beg acik . Dia terkial-kial juga nak bukak,sebab memang susah nak buka beg acik .Acik dari belakang tepuk bahu adik tersebut.
Acik : adik buat apa tu ?
Adik : ehh tak buat apa , tengok beg kawan saya.
Acik : ehh itu beg saya
adik: ehh yeke bang, maaf bang ,saya tak niat apa-apa saja nak tengok bang.
Acik : erm tak baik buat pekara ni dik ,Allah marah tau
Adik : Saya tahu bang, tapi ini je cara saya nak dapatkan duit.
Acik : Dapatkan duit untuk apa ? mak ayah tak bagi ?
Adik : Bagi bang, tapi tak cukup untuk makan je duit dah habis. Saya teringin nak handphone bang tapi duit tak cukup
Acik : Dik walau apa pun caranya untuk dapatkan duit, jangan sampai mencuri nanti dah jadi kebiasaan susah, kalau betul-betul nak kumpullah duit ,tak pe walau lambat tapi itu hasil duit kita sendiri.Saya pun dari orang susah, acik tahu perasaan itu, kalau mak ayah tahu bukankah kecewa mereka ? Nak ambil duit sikit ini buat duit tambah-tambah. Jangan mencuri lagi ye dik.
Hal ini terjadi pada acik hari ini, budak itu pun berlalu pergi setelah berkali-kali minta maaf dengan acik. Pekara ini perlu di bendung kerana ada pepatah melayu berkata melentur buluh biar dari rebungnya. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mainkan peranan untuk menerangkan tentang padah dan buruknya suka mencuri ini, hidup tak berkat. Jelaskan pada mereka ,begitu juga guru-guru dan rakan sebaya.
Kita jangan cepat menghukum budak seperti ini, mesti ada sebab mengapa mereka buat begitu, sebagai orang yang lebih tua kita nasihat dan jika perlakuan budak itu teruk selayaknya berikan hukuman dan berikan pada pihak berwajib. Entahlah mungkin ada hikmah yang Allah nak tunjukkan pada acik . Apa dia acik pun tak tahu . Tapi yang pasti orang kita berlumba-lumba untuk lihat siapa lebih up to date. Pada acik tak perlu kot, kita ikut kemampuan kita saja.
Dan kebetulan masa mahu keluar masjid, ada seorang lelaki tu duduk termenung di tangga, sambil tu sempat acik tanya, " kenapa nie bang kusut jer ?
Macam mana tak kusut, wallet hilang , sedar tak ada masa keluar tadi rasanya dia ambil masa keluar ramai-ramai, tak sedar kena seluk kocek nie. Habislah semua.
Kesian abanng tu, entahlah apa nak jadi, di masjid (rumah Allah) pun mereka berani lakukan pekara seperti ini, MasyaAllah geling kepala jadinya. Kita sekarang kena berhati-hati dalam apa jua keadaan.
26 Ulasan
recent post : Semangat Header & Logo Baru
kena sentiasa berwaspada
Memang berleluasa kes curi ni acik,dr golongan budak2 sampai dewasa mengikut kemahiran mereka utk mencuri,ada yg jdkan kerjaya tau acik,saat org solat,mereka pecah kereta..mcm budak tu,akak rasa dia terdesak kot..keinginan yg tinggi tgk kwn2 pakai hp..zaman sekarang ni,bdk sklh rendah yg keluarga mampupun blh pakai iphone 4,samsung note...kesian akak pd ibubapa yg tk mampu tu...tp kita tk blh halangkan acik,cuma kita kena didik anak2 kita di rmh mcm yg acik kata tu....moga adik tu insaf dgn kebaikan yg acik buat pd dia wpun dia dh buat perkara yg tak baik pd acik....
Tapi nabi tak cepat melatah, nabi tanga pada budak tu kenapa dia mencuru, dan nabi dengar penjelasan daripada dia. Selepas dengar penjelasan tersebut nabi tak hukum dia pun.
Jadi kita ambil pengajaran. Jangan mudah menghukum.
Memang betul sekarang dah berleluasa case mencuri, jalannya, kita kena hati2 laa, barang berharga simpan baik2 bila kat tempat ramai orang :)
aminn