Assalamualaikum
Alhamdulilah akhirnya acik dapat menaip dengan tenang setelah beberapa hari tak ada entri kerana menyambut hari raya qurban di kampung memang agak sibuk. Sekarang telah kembali ke Shah Alam kerana esok acik akan Dalam perjalanan ke Sabah tiket pada pukul 7 pagi.
Setiap hari kamu berjumpa dengan kenalan kamu mahupun orang yang tidak kamu kenal. Tapi pernah tak kamu memberi salam ketika kamu berjumpa ?
Zaman sekarang ini budaya memberi salam ini telah bertukar trend apabila berjumpa , anak muda sekarang kalau berjumpa "wats up bro !! , hello brother , hei sis , give me 5 , " dan macam-macam lagi,
Assalamualaikum (selamat sejahtera atas kamu) , mudah dan ringkas untuk di taip dan di ungkapkan dengan perkataan tetapi susah untuk di lakukan .Tahukah kamu ada 6 hak sesama muslim yang perlu kita laksanakan.
6 Hak Seorang Islam :
- Bila bertemu dengannya, maka ucaplah salam.
- Apabila dia mengajak (menjemput), hendaklah kamu menjawab (hadir).
- Jika dia meminta nasihat, maka berikanlah.
- Jika dia bersin, maka jawabkanlah (doakan).
- Jika dia sakit, maka ziarahilah.
- Jika dia mati, maka iringilah.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam;
“Hak seorang muslim terhadap
sesama muslim itu ada enam, iaitu apabila engkau berjumpa dengannya
ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu maka penuhilah, apabila dia
meminta nasihat kepadamu nasihatilah, apabila dia bersin dan mengucapkan
Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah
memberikan rahmat kepadamu), apabila dia sakit ziarahilah, dan apabila
dia meninggal dunia iringilah (jenazahnya).” (Hadis Riwayat Muslim)
.
Dalam agama Islam ada cara tersendiri
untuk cara memberi salam, ianya terkandung dalam 6 hak seseorang Muslim
sebagaimana yang telah dinyatakan hadis di atas.Bukan susah pun wahai kawan-kawanku, apabila bertemu kawan kamu, adik beradik mahupun sesiapa saja berselisihan dan memberi salam serta melemparkan senyuman yang manis.
Jika ada yang mengucapkan salam kepada kita sedang kita dalam keadaan
sendiri, maka kita wajib menjawabnya kerana menjawab salam dalam
kedaan tersebut hukumnya adalah fardu ‘ain. Sedang jika salam
diucapkan pada suatu rombongan atau kelompok, maka hukum menjawabnya
adalah fardu kifayah. Jika salah satu dari kelompok tersebut telah
menjawab salam yang diucapkan kepada mereka, maka sudah cukup. Sedang
hukum memulai salam adalah sunnah (dianjurkan) namun untuk kelompok
hukumnya sunnah kifayah, jika sudah ada yang mengucapkan maka sudah
cukup.
Hukum SUNAT Memberi Salam Apabila:
- Ketika berjumpa muslim.
- Ketika beredar daripada orang ramai.
- Ketika pulang ke rumah.
- Ketika masuk ke rumah yang kosong.
- Ketika masuk ke dalam masjid atau surau yang kosong.
.
Hukum MAKRUH Memberi dan Menjawab Salam Apabila:
- Berada dalam tandas.
- Sedang makan atau berperang.
- Sedang membaca Al-Quran.
- Sedang berzikir kepada Allah.
- Sedang membaca hadis nabi.
- Menjadi katib atau sedang memberi peringatan (mengajar).
- Sedang belajar sebarang ilmu.
- Sedang meminta-minta hajat.
- Sedang berseronok dengan ahli keluraga.
.
Cara Memberi Salam :
- Beri salam dengan cara terbaik. (Semakin panjang dan lengkap salam kita, semakin besar pahala kita.)
- Beri salam kepada yang lebih tua.
- Yang berkenderaan memberi salam kepada yang berjalan kaki.
- Yang berjalan beri salam kepada yang duduk.
- Kumpulan yang sedikit beri salam kepada yang banyak.
- Beri salam kepada sesiapa sahaja. (Kenal atau tidak kenal)
- Kalau sama status, sama kedudukan, sama perbuatan, sesiapa yang beri salam itulah yang paling baik
Memberi Salam dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS dan lain-lain) :
.
Gunakan perkataan “salam” atau “assalam”
Firman Allah SWT:
ÙˆَÙ„َÙ‚َدْ جَاءَتْ رُسُÙ„ُÙ†َا Ø¥ِبْرَاهِيمَ بِالْبُØ´ْرَÙ‰ٰ Ù‚َالُوا سَÙ„َامًا ۖ Ù‚َالَ سَÙ„َامٌ
“Dan
Sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan Kami kepada Nabi
Ibrahim, Dengan membawa berita Yang mengembirakan. lalu mereka memberi
salam Dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu (Wahai Ibrahim)”. Nabi Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu”.” (Surah Hud : Ayat 69)
.
Mudah bukan hanya mengatakan assalamualaikum, kita dapat juga mengeratkan silaturahim , tak susahkan ? jom kita mulakan kembali budaya memberi salam antara kita. Sesungguhnya memang tidak mudah untuk kita memulakannya jika
tidak biasa, tetapi bermulalah dengan beransur, sedikit demi sedikit.
InsyAllah, akan sebati di dalam diri… ‘Alah bisa, tegal biasa’.
26 Ulasan
Nak bagi salam ni, perasaan takut nanti orang kata bajet alim tu still ada lagi. Termakan hasutan syaitan agaknya.
p.s: acik pergi bercuti di sabah ke?
Akak bg je salam kalau jumpa sesiapa,apalagi kalau pergi ke rmh org....kalau tk disahut,akak senyum je.....
kadang2 tu kalau jumpa or yg kita rindu n lama tak jumpa,oleh krn terlalu teruja..lupa je nak bg salam......