Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi kembali menaip di blog setelah siap media law. Hampir 2 malam tak tidur untuk siapkan semua tugasan, maka hari ini acik mahu rehat sepuasnya. Keadaan abah sekarang ini masih lagi berada di hospital dan acik akan terus mendokan kesejahteraanya.
Hari ini acik di tanyakan oleh seorang pembaca blog acik ini, soalannya berbunyi " Acik bagaimana mahu mengelakkan nafsu dan mengelak godaan seorang lelaki ?
Tanpa melengahkan masa lagi , acik bagitahu serba sedikit khas untuk kaum hawa yang acik hormati semua. Coretan khas etika untuk setiap Muslimah. Semoga berazam untuk lebih tegas & beriltizam dengan etika ini.
Pertama sekali ingat dan berpegang kepada prinsip. Fikirkan masa depan yang panjang, utamakan wawasan akhirat yang berkekalan. Cintaku milik Allah Ta’ala.
Kedua apabila gangguan lelaki membuatkan si dia asyik bermain di fikiran? Segeralah beristighfar & berzikir. Bacalah Al-Quran kerana ia warkah cinta daripada Pencipta agar cintamu pada Allah Ta’ala tidak sirna.
Ketiga apabila si dia sering menelefon ? Kalau tidak angkat, nampak sombong sangat. Bagi mereka yang tidak faham Islam, mereka akan rasa terhina & sakit hati, bahaya juga untuk keselamatan diri. Jadi langkah terbaik, betulkan niat kerana Allah Ta’ala, berikannya kesedaran tentang tidak patutnya berhubung, sehikmah mungkin. Pastikan kamu perlu cukup bertegas dalam hal ini agar dia tidak akan berhubungan di luar batas. Pastikan sentiasa cuba mencari jalan keluar untuk memendekkan perbualan agar dia tidak terjerat dengan cinta & pastikan ia adalah perbualan yang pertama & terakhir. Ingatlah, Allah Ta’ala tidak akan sesekali meredhai sebarang niat yang tidak ikhlas, kebenaran yang cuba kau sampaikan akan terhijab & sukar menembusi. Cukuplah bumi ini sudah didiami oleh ramai orang yang rosak peribadinya, mati hatinya. Bangkitlah untuk menjadi Mujahadah yang dirindui ummah, yang terpancar keindahan Islam dari jiwanya, terserlah pula pada peribadi.
Keempat apabila dia ajak keluar? Tolak dengan baik & bagi kefahaman. Kecuali ada urusan yang betul-betul penting.
Kelima apabila dia kerap sangat menelefon ? Bertegas minta dikurangkan. Kemudian, bertegas supaya jangan telefon lagi, tidak kena dengan syariat. Bagi kefahaman & hujah bukannya bertegas tidak bertempat. Nanti disalah tafsir.Kerana jika selalu telefon di takutkan pihak yang ketiga (syaitan) akan menjadi pembakar semangat permulaan cinta.
Keenam apabila di tanya adakah diriku sudah berpunya? Berkatalah dengan yakin bahawa cintaku hanyalah kepada Allah Ta’ala semata-mata pada usia ini & akan kupelihara rasa cinta hanyalah untuk lelaki yang dipilih Allah Ta’ala untukku. Aku hanya akan fikirkannya apabila aku sudah bersedia.
Ketujuh apabila tidak disangka-sangka dia datang menemui? Cuba mengelak. Jangan duduk terlalu dekat. Buatlah sesuatu agar dia terlindung daripada memandang wajahku. Cakap sekadar perlu, ringkaskannya!

Mungkin di fikiran kamu semua ,mampukah seorang wanita buat seperti itu di alam moden ini ? yakinlah pada Allah, jodoh Allah tetapkan untuk kita ,kita jaga diri ini untuk diri kita dan maruah keluarga. Jadilah wanita yang mahal dan susah untuk di miliki dan pastikan niatnya kerana Allah. Maka Allah juga akan melindungi kamu wahai kaum hawa yang ku hormati sekalian.
Jangan biarkan nafsu mengangkat panji kemenangan. Jangan biarkan kamu terus tunduk, lemah, takut, dipukul & akhirnya
mengalah. Akal mesti mengatasi nafsu!”
29 Ulasan
La Taqrabu Zina.
Jangan menghampiri zina. Allah suruh kita bukan setakat jangan berzina, tapi JANGAN MENDEKATINYA juga.
recent post : Terima Kasih SAYS.MY : 4 Tiket Ke$ha Warrior Tour Percuma
Tips yg sgt baik ni acik..boleh..memang kami blh lakukannya dgn tegas tp lembut....in sya Allah..tpkan acik,kerana ketegasan dn kelembutan tu la yg buat org lelaki susah nak lupakan acik..?lg la diorg suka kat kita...kalau kita gedik tu...diorg akan suka kita kejap je....
Harap tiada lg kes yang buruk2 blaku.
Semoga abah cepat sembuh
kalau kita xjwb pertanyaan dia sure dia dah tak mesra macam dlu or dah tanak dah kawan :)
inshaAllah jaga adab agar tak tersasar..=)
kalau boleh aq nak elak dari terjerat jauh dalam dunia percintaan.. bukan kenapa kadang2 aq takut tuk ber'chenta' kalau tersalah mungkin ke arah maksiatan.. jadi leh kasi tips tak. Niat mmg baek tapi lelaki umpama besi kalau hati dipanaskan boleh lentur juga kan? haha