Ticker

6/recent/ticker-posts

Dia Tinggalkan Aku Buat Selamanya Lagi Sebulan Pernikahan Kami



Assalamualaikum 

Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini, sekian lama acik tak berkongsi cerita dengan rakan-rakan. Akhirnya pagi tadi terlerai sudah sebuah cerita yang di pendam selamanya oleh seseorang yang acik kenali. Siapa sangka wajah yang selalu tersenyum itu mempunyai beribu cerita yang tidak di jangka.

Pagi tadi baru sahaja acik pulang ke Shah Alam , dalam pukul 9 pagi tiba-tiba acik dapat panggilan dari seorang rakan yang dah lama tak jumpa. Kami set masa dan tempat untuk kami berjumpa, yelah dia seorang yang sangat sibuk dengan perniagaanya dan akan buka cawangan di Cheras.Yang acik kenal Emil ini seorang yang suka sangat tersenyum. Baca perbulan kami berdua.

Emil :  Ya Allah acik dah lama tak jumpa kau, la kenapa makin sihat nie ?
Acik : La biaselah tu mil, panjang ceritanya dan di pendeknya inilah sekarang.

Emil : Hahaha kau masih tak berubah tetap macam yang dulu, kebetulan aku turun Shah Alam tu teringat kat kau, itu ajak jumpa nie.

Acik : Alhamdulilah , ada juga orang ingat aku  , terharu betul, kau macam sekarang ? dah ada kerjaya mesti hidup bahagiakan ? Tunang kau mana ? Kenapa tak ajak ?

Emil : Ermm entahlah acik aku pun tak tahu nak kata apa acik, kalau soal jodoh aku memang aku sakit kalau memikirkannya. Tunang aku dah tak ada ?

Acik: Ahhh tak ada aku minta maaf mil aku tak tahu , apa jadi nie mil ?

Emil : Tunang aku meninggal sebelum sebelum pernikahan kami,1 bulan je lagi sebelum majlis kami. Dia kemalangan kereta , ini kali ke 2 acik tunang aku meninggal dulu pun nasib yang sama beberapa bulan lagi pernikahan kami. Apa nasib malang aku acik, kenapa tuhan tak izinkan aku rasa bahagia acik ? kenapa dia ambil orang yang aku sayang ? 

Acik : Emil mengucap mil, Ya Allah dalam dunia ini mil, tiada seorang pun Allah beri nasib malang , Dia tidak membezakan hambanya , itu ujian untuk kau mil , Allah tahu kau mampu hadapinya sebab itu dia hantarkan ujian itu.

Emil : Tapi cik kenapa kenapa, kenapa nak dekat perkahwinan kami ? kenapa aku ? bukan orang lain ? 

Acik : Emil Allah tahu yang terbaik untuk hidup kau, kalau bukan dengan dia mungkin orang lain. Cuba kau renung seketika, kau lebih beruntung sebab dapat kenal dia, rasa cinta dari orang yang kau sayang , cuba kau banding diri kau dengan orang yang lebih merana dari kau. Jangan salahkan Allah, Allah tak pernah pun menyatakan bila kau sukakan seseorang itu mesti kau mendapatkannya. Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Ketika doa, usaha, ikhtiar & tawakal sudah kau lakukan semaksimal mungkin, tetapi hasil tetap sama tak memuaskan, percayalah.Itu adalah hasil yang terbaik bagi kita menurut Allah.Bukankah yang Allah berikan untuk kita jauh lebih baik dari apa yang tak pernah kita bayangkan sebelumnya?

Emil : Tapi cik," Dia Tinggalkan aku buat selamanya lagi sebulan pernikahan kami". Aku dah siapkan semuanya persediaan,  hati aku hancur, kad jemputan pun dah siap semua. Aku cuba jadi hambanya yang terbaik tapi kenapa aku terus di uji ?

Acik : Emil , ini mungkin kau di uji dari soal jodoh tapi dari soal kerjaya dan hidup kau.Kau jauh lebih baik dari orang lain, kau ada hidup yang mewah kau ada ibu bapa yang sentiasa sokong kau. Dan kau ada perniagaan kau, bukankah kau orang bertuah ? Aku tahu apa yang kau rasa sebab aku pun pernah kehilangan orang yang di sayangi. Pastinya akan ada wanita yang lebih baik untuk kau,aku sebagai sahabat akan terus mendoakan kau.

Emil : Ya Allah, malunya aku acik ,aku tak pernah terfikir tu , Aku asyik salahkan takdir aku kerana soal jodoh tapi kejayaan yang aku dapat aku tak pernah bersyukur, terima kasih acik.

Inilah hidup kita yang akan di uji dan rasa sakit tetapi semuanya ada sebab dan alasannya tersendiri

Daripada Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda: "Tidak menimpa seseorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya."

 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selama Allah beserta kita apalah ertinya bersedih hati dan apalah artinya cemas

Tenangkanlah,tegarkanlah,tenteramkan dan teduhkanlah hati . Kerana sesungguhnya Allah beserta kita. Pertolongan akan datang kepada kita.Kemuliaan adalah tujuan Kita.Dan kebahagiaan adalah kesudahan kita.Kerana sesungguhnya Allah sentiasa beserta kita.Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah.Bila mungkin ada kecewa cuba bersabarlah karena air mata tak abadi akan hilang dan berganti.

Bila mungkin hidup hampa dirasa,mungkin hati merindukan DIA.Kerana hanya denganNya hati tenang damai jiwa dan raga.
Cerita ini acik siarkan setelah meminta  dari tuan punya badan sendiri dan acik taip di hadapannya sendiri. 
"La tahzan InnAllaha ma'an"


Catat Ulasan

36 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
moga kawan acik tu sentiasa tabah
sitirohaida berkata…
harap kawan acik tabah,...ajal dan maut,pertemuan dan perpisahan itu semua kehendak Allah s.w.t
Macam2Ada berkata…
Dugaan yang hebat.. Takziah ntuk kawan achik.. Allah tidak akan memberikan ujian yang hambanya tidak mampu menanganinye.. Kalau kite LVL 4 Allah takkan bg kite ujian LVL 9.. setiap Org pasti ada ujian tersendiri walau pon dia ialah Wali Allah.. wallahu-alam.. he
Khir Khalid berkata…
Semoga sahabat Acik tu sentiasa tabah.. mmg besar dugaan mcm tu. Semoga Allah sentiasa memberi ketabahan kpdnya.. aamiin. Thanks sharing Acik..
Sally Samsaiman berkata…
SUBHANALLAH...kematian tu kadang tak kita duga kan...semoga tabah la wahai Emil...Allah takkan uji kita lebih daripada kemampuan kita sebagai manusia..
tarmizi berkata…
Takziah.. harap kawan acik sentiasa tabah..
mila berkata…
betul2, bukan kwn acik je mcm tu..rasanya semua org kot mcm tu.hanya pikir bile nasib malang je..yg nasib baik xreti plak nak pertikai..kankan??tu org kata ble bermslh bru ingat Tuhan.. Untuk diri sndiri :-)
Vee berkata…
Kesiannya.. Harap dia terus tabah. Huhu. Pd saat kita rasa sgt sakit, ada org di dlm dunia jauh lebih sakit. Bersyukur dan berserah je la.. Huhu.
aisyah nasiruddin berkata…
semoge kwn acik tabah.. :(
sedih mendengar cerita kawan acik.moga beliau tabah dgn ujian yg Allah beri.insyaAllah ada pengganti terbaik yg Allah janjikan.tak dpt didunia, akhirat pasti. =)
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Kadang2 kita terlupa bahawa Allah telah memberi kita cuma sedikit ujian berbanding nikmat lain yg sgt banyak...apapun moga kwn acik tu tabah...dua kali berlaku al yg sama....betapa Allah syg dia...Allah itu sebaik2 perancang.....
BinMuhammad berkata…
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...
Semoga sahabatmu diberi kekuatan dan tabah menghadapi ujian ini. Acik cubalah bantu sedayanya. Kami hanya mampu berdoa yg terbaik buatnya.
norhasnizakhalid berkata…
sedihnya dengar keluhan sahabat acik tu, satu jer lah , jiwa kena kuat, semangat kena kental.. cakap senang suruh orang sabar sebab tak terkena kat diri kita, tapi... apa kan daya kita juga, ingat Allah, istigfar.. itu jalan terbaik...
shazillahsani.com berkata…
Semoga kawan acik sabar dan tabah menghadapi dugaan..
Tetamu Istimewa berkata…
Bertakwalah kita kepada Allah SWT supaya kita reda menerma ketentuannya.
Unknown berkata…
semoga kawan acik tabah dalam menghadapinya...
fragmenbiru berkata…
Hamba tetap ditaraf hamba... begitulah lumrahnya,hidup terus diuji..

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
-Surah Al ‘Ankabut, Ayat 2
Maria Firdz berkata…
Allah tahu yg terbqik utknya... ada hikmah Allah uji dia begitu.. sbb dia kuat utk hdpi semua sbb tu dia diuji begitu...
Zaza Iman berkata…
dugaan besar.. mcm arwah mak su zaza lah... lagi seminggu nak kahwin tp dia meninggal bukan sbb excident... tp sebb di bunuh, ms tu kes mjadi perhatian media sbb mak su studen usm.. ujian allah beri utk melihat sejauh mana dia hadapi... moga kawan acik tabah.. ada yg lebih baik tuhan sedia kan.. insyaallah
Atien berkata…
Mgkin itu lebih baik dari,baru kawen sebulan isteri meninggal..lg berat rasanya..allah tahu apa yg trbaik buat hambanya..cuma kita yg x nmpk kebaikannya..smoga tabah..
Unknown berkata…
insyaAllah semua akan okay ..jgn risau
Unknown berkata…
ALLAH takan uji hambanya jika terlampau berat baginya.
Unknown berkata…
Lain orang lain dugaannya.. Kak Erin selalu fikir satu je.. Hidup di dunia ni sementara saja.. Tak semestinya apa yang kita mahu kita dapat kerana Allah SWT lebih mengetahui..Hanya kesabaran dapat mengatasi segalanya..
Unknown berkata…
Sedihnya Acikk..kalau kita yg kena adakah mampu menahan kesedihan? semoga dia tabah dan jgn lupa yg Allah adalah perancang terbaik..
Unknown berkata…
moga kawan acik sentiasa tabah dlm menghadapi dugaan. insyallah :)
lynmunir berkata…
Ujian setiap dari kita memang berbeza-beza, ada yang dicuba dengan harta, kesihatan, kehilangan orang tersayang, kemiskinan di dunia dan yang pasti semua itu rahsia dan takdir Allah. Moga teman Acik tabah menempuh dugaan hidupnya.
Tanpa Nama berkata…
ujian itu menambah kekuatan kita...
Mizz Aiza berkata…
semoga kawan acik tabah menghadapi ujian itu.. kerana Allah hanya menguji setakat mana yang kita mampu..
Ainim Rashihah berkata…
semoga kawan acik sentiasa juat dan berjaya hadapai cabaran hidup ini
sebak hati..tak dapat nak bayangkan kalau tjadi dekat diri sendiri.maaf tak baca habis sebak sgt :'(
Tanpa Nama berkata…
Salam acik....selamat pagi....sj singgah tgk kot ada entry baru....
Fais-SKA berkata…
Subhanallah..besar juga ujian bt dia tu..smoga kawan acik tu hadapi ujian ni dgn tenang..mgkin dua orang sblum ni hanya ujian Allah pdnya..Allah nk uji tahap kesyukurannya kpda Allah..mgkin slepas ni akan berkahwin jua..teruslah mencari dan berusaha..inshaa'Allah Dia pun merancang..
Shahrul Yusof berkata…
Semoga rakan Acik tu tabah menghadapi dugaan dalam hidup. Dugaan pada setiap insan di dunia ni tak sama. Ada sesetengah insan diduga dengan dugaan yang berat.
Mormor berkata…
Allah . ujian yang besar hanya untuk orang yang hebat . semoga kawan acik terus bersabar . ekceli , deeya pun tumpang sedih . kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya bukan mudah untuk ditanggung . hanya orang yang hebat akan diuji :')
Unknown berkata…
kekdg kita terasa kita diuji dgn dugaan yang sgt berat tapi ada lagi yang dukanya masih parah berbanding kita,, ALLAH MAHA MENGETAHUI,, hidup ni follow je ALLAH PLANS,, bru kita akab faham dAN trima istilah REDHA,, turut bersedih dgn sahabat acik =(
Nadia Johari berkata…
Ya Allah sedihnya..Allah memang nak uji tahap kesabaran die..Allah dah plan untuk die jalan terbaik untuk die..semoga kawan acik tabah menghadapi dugaan