Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat lagi bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini, sekian lama acik tak berkongsi cerita dengan rakan-rakan. Akhirnya pagi tadi terlerai sudah sebuah cerita yang di pendam selamanya oleh seseorang yang acik kenali. Siapa sangka wajah yang selalu tersenyum itu mempunyai beribu cerita yang tidak di jangka.
Pagi tadi baru sahaja acik pulang ke Shah Alam , dalam pukul 9 pagi tiba-tiba acik dapat panggilan dari seorang rakan yang dah lama tak jumpa. Kami set masa dan tempat untuk kami berjumpa, yelah dia seorang yang sangat sibuk dengan perniagaanya dan akan buka cawangan di Cheras.Yang acik kenal Emil ini seorang yang suka sangat tersenyum. Baca perbulan kami berdua.
Emil : Ya Allah acik dah lama tak jumpa kau, la kenapa makin sihat nie ?
Acik : La biaselah tu mil, panjang ceritanya dan di pendeknya inilah sekarang.
Emil : Hahaha kau masih tak berubah tetap macam yang dulu, kebetulan aku turun Shah Alam tu teringat kat kau, itu ajak jumpa nie.
Acik : Alhamdulilah , ada juga orang ingat aku , terharu betul, kau macam sekarang ? dah ada kerjaya mesti hidup bahagiakan ? Tunang kau mana ? Kenapa tak ajak ?
Emil : Ermm entahlah acik aku pun tak tahu nak kata apa acik, kalau soal jodoh aku memang aku sakit kalau memikirkannya. Tunang aku dah tak ada ?
Acik: Ahhh tak ada aku minta maaf mil aku tak tahu , apa jadi nie mil ?
Emil : Tunang aku meninggal sebelum sebelum pernikahan kami,1 bulan je lagi sebelum majlis kami. Dia kemalangan kereta , ini kali ke 2 acik tunang aku meninggal dulu pun nasib yang sama beberapa bulan lagi pernikahan kami. Apa nasib malang aku acik, kenapa tuhan tak izinkan aku rasa bahagia acik ? kenapa dia ambil orang yang aku sayang ?
Acik : Emil mengucap mil, Ya Allah dalam dunia ini mil, tiada seorang pun Allah beri nasib malang , Dia tidak membezakan hambanya , itu ujian untuk kau mil , Allah tahu kau mampu hadapinya sebab itu dia hantarkan ujian itu.
Emil : Tapi cik kenapa kenapa, kenapa nak dekat perkahwinan kami ? kenapa aku ? bukan orang lain ?
Acik : Emil Allah tahu yang terbaik untuk hidup kau, kalau bukan dengan dia mungkin orang lain. Cuba kau renung seketika, kau lebih beruntung sebab dapat kenal dia, rasa cinta dari orang yang kau sayang , cuba kau banding diri kau dengan orang yang lebih merana dari kau. Jangan salahkan Allah, Allah tak pernah pun menyatakan bila kau sukakan seseorang itu mesti kau mendapatkannya. Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Ketika doa, usaha, ikhtiar & tawakal sudah kau lakukan semaksimal mungkin, tetapi hasil tetap sama tak memuaskan, percayalah.Itu adalah hasil yang terbaik bagi kita menurut Allah.Bukankah yang Allah berikan untuk kita jauh lebih baik dari apa yang tak pernah kita bayangkan sebelumnya?
Emil : Tapi cik," Dia Tinggalkan aku buat selamanya lagi sebulan pernikahan kami". Aku dah siapkan semuanya persediaan, hati aku hancur, kad jemputan pun dah siap semua. Aku cuba jadi hambanya yang terbaik tapi kenapa aku terus di uji ?
Acik : Emil , ini mungkin kau di uji dari soal jodoh tapi dari soal kerjaya dan hidup kau.Kau jauh lebih baik dari orang lain, kau ada hidup yang mewah kau ada ibu bapa yang sentiasa sokong kau. Dan kau ada perniagaan kau, bukankah kau orang bertuah ? Aku tahu apa yang kau rasa sebab aku pun pernah kehilangan orang yang di sayangi. Pastinya akan ada wanita yang lebih baik untuk kau,aku sebagai sahabat akan terus mendoakan kau.
Emil : Ya Allah, malunya aku acik ,aku tak pernah terfikir tu , Aku asyik salahkan takdir aku kerana soal jodoh tapi kejayaan yang aku dapat aku tak pernah bersyukur, terima kasih acik.
Inilah hidup kita yang akan di uji dan rasa sakit tetapi semuanya ada sebab dan alasannya tersendiri
Daripada Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda: "Tidak menimpa seseorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Selama Allah beserta kita apalah ertinya bersedih hati dan apalah artinya cemas
Tenangkanlah,tegarkanlah,tenteramkan dan teduhkanlah hati . Kerana sesungguhnya Allah beserta kita. Pertolongan akan datang kepada kita.Kemuliaan adalah tujuan Kita.Dan kebahagiaan adalah kesudahan kita.Kerana sesungguhnya Allah sentiasa beserta kita.Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah.Bila mungkin ada kecewa cuba bersabarlah karena air mata tak abadi akan hilang dan berganti.
Bila mungkin hidup hampa dirasa,mungkin hati merindukan DIA.Kerana hanya denganNya hati tenang damai jiwa dan raga. Cerita ini acik siarkan setelah meminta dari tuan punya badan sendiri dan acik taip di hadapannya sendiri.
"La tahzan InnAllaha ma'an"
36 Ulasan
Kadang2 kita terlupa bahawa Allah telah memberi kita cuma sedikit ujian berbanding nikmat lain yg sgt banyak...apapun moga kwn acik tu tabah...dua kali berlaku al yg sama....betapa Allah syg dia...Allah itu sebaik2 perancang.....
Semoga sahabatmu diberi kekuatan dan tabah menghadapi ujian ini. Acik cubalah bantu sedayanya. Kami hanya mampu berdoa yg terbaik buatnya.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
-Surah Al ‘Ankabut, Ayat 2