Assalamualikum
Hari
ini terlalu banyak kejuatan yang mendatang. Kadang buat diri acik
sendiri termenung dengan apa yang terjadi. Manusia ini suka
mengambil kesempatan dan mencuri kesenangan orang lain. Orang lain
kemain lagi bertungkus lumus berkerja untuk mendapatkan rezeki tetapi
manusia tak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan di kala
kesempitan. Dah 3 orang kes orang yang berada di sekeliling acik
duit dalam bank hilang.
Kes
yang pertama sekali, duit itu hilang secara berperingkat dan sekali
check duit tinggal sikit. Bila di tanyakan pada bank duit mereka kenapa
jadi macam seperti itu. Mereka hanya kata akan di siasat. Adakah itu
akan dapat lagi ?
Kes
2 terjadi pada akak acik sendiri,kes ini terjadi beberapa tahun yang
lepas apabila dia lihat duit di bank dan lihat jumlah juga berkurang.
Bila telefon perkidmatan pelanggan bank mereka katakan ada transaksi
pengeluaran di buat .Sedangkan kad ada pada akak. Duit hilang secara
tiba-tiba.Laporan polis di buat dan siasatan demi siasatan ,alhamdulilah
duit dapat di kembalikan .Rupanya orang dalam punye kerja.
Kes
3 dan paling terbaru adalah apabila account bank telah di "hack" oleh
pihak tidak bertanggungjawab sehinggakan semua duit yang ada dalam
banknya hilang.
Sekarang
kes seperti ini banyak yang berlaku terutama kes di luar bandar kerana
serangan utama mereka adalah akaun orang tua. Sebabnya mereka tidak akan
perasan jika duit itu hilang. Kalau mahu simpan dalam bank pun tak
selamat nak simpan di mana lagi ? Bawah bantal ???
Secara
jujurnya acik dah tak percaya lagi untuk menyimpan si sebuah bank
terkemuka di malaysia ini lagi kerana kes ini pernah terjadi pada
keluarga. Sejak dari itu kami tak menggunakan perkhidmatannya dan kadang
perkhidmatannya mengelirukan pelanggan.
Acik
harap sangat ,pihak-pihak yang bertanggungjawab laksanakan tugas anda.
Kami tinggalkan duit untuk di jaga bukan untuk di kebas. Risau sangat
kerana sekarang acik menjadi bendahari untuk program erat di sabah nanti
dan jumlah wang yang terkumpul juga banyak .Ishh risau selagi duit itu
tak di gunakan lagi.
Oklah
acik harap sangat kes-kes seperti ini tidak berlaku , tadi pun kawan
acik ada telefon acik untuk ingatkan berjaga-jaga kalau boleh keluarkan duit yang
ada .Kalau dah jadi mangsa menangis tak berlagulah jawabnya.
37 Ulasan
Akak dgr cerita,ramai juga yg terkena,kes org dlm ni acik...tak amanahkan acik,krn segelintir pekerja yg tak amanah mcm ni,sykt yg dpt nama busuk...bank terkemuka?dan yg terbesar di asia ye acik?abg akak pernah jd timbalan pengarah ban tersebut disamping pengarah kepada sykt insuran terbesar yg berada di bwh naungan bank tersebut..memang ramai yg terkena acik....hurmmm
And kalau boleh, jangan bagi kad atm kat kawan-kawan atau orang yang kita tak berapa rapat, walaupun kawan, macam-macam boleh jadi, ika pernah kena, kawan sendiri curi-curi keluarkan duit guna atm card ika untuk kegunaan dia sendiri --'
Kita sebenarnya customer dia tapi dilayan macam kita ni pekerja dia. Itulah sikap bank...tapi kalau tak simpan dan berhutang dgn bank, kat sapa pula?
tergamak gak org tu nak ambik rezeki org lain kan
sue pown selalu juga...kdg2 hilang 10 ringgit.....pelik jugak..
mmg patut dah cari bank lain.
xpun simpan kt umah je.
tp better simpan kt bank acik.
cari bank lain.