Ticker

6/recent/ticker-posts

Duit Dalam Bank Hilang Secara Tiba-Tiba ?



Assalamualikum

Hari ini terlalu banyak kejuatan yang mendatang. Kadang buat diri acik sendiri termenung dengan apa yang terjadi. Manusia ini suka mengambil kesempatan dan mencuri kesenangan orang lain. Orang lain kemain lagi bertungkus lumus berkerja untuk mendapatkan rezeki tetapi manusia tak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan di kala kesempitan. Dah 3 orang kes orang yang berada di sekeliling acik duit dalam bank hilang. 

Kes yang pertama sekali, duit itu hilang secara berperingkat dan sekali check duit tinggal sikit. Bila di tanyakan pada bank duit mereka  kenapa jadi macam seperti itu. Mereka hanya kata akan di siasat. Adakah itu akan dapat lagi ?

Kes 2 terjadi pada akak acik sendiri,kes ini terjadi beberapa tahun yang lepas apabila dia lihat duit di bank dan lihat jumlah juga berkurang. Bila telefon perkidmatan pelanggan bank mereka katakan ada transaksi pengeluaran di buat .Sedangkan kad ada pada akak. Duit hilang secara tiba-tiba.Laporan polis di buat dan siasatan demi siasatan ,alhamdulilah duit dapat di kembalikan .Rupanya orang dalam punye kerja.

Kes 3 dan paling terbaru  adalah apabila account bank telah di "hack" oleh pihak tidak bertanggungjawab sehinggakan semua duit yang ada dalam banknya hilang. 

Sekarang kes seperti ini banyak yang berlaku terutama kes di luar bandar kerana serangan utama mereka adalah akaun orang tua. Sebabnya mereka tidak akan perasan jika duit itu hilang. Kalau mahu simpan dalam bank pun tak selamat nak simpan di mana lagi ? Bawah bantal ??? 

Secara jujurnya acik dah tak percaya lagi untuk menyimpan si sebuah bank terkemuka di malaysia ini lagi kerana kes ini pernah terjadi pada keluarga. Sejak dari itu kami tak menggunakan perkhidmatannya dan kadang perkhidmatannya mengelirukan pelanggan. 

Acik harap sangat ,pihak-pihak yang bertanggungjawab laksanakan tugas anda. Kami tinggalkan duit untuk di jaga bukan untuk di kebas. Risau sangat kerana sekarang acik menjadi bendahari untuk program erat di sabah nanti dan jumlah wang yang terkumpul juga banyak .Ishh risau selagi duit itu tak di gunakan lagi.

Oklah acik harap sangat kes-kes seperti ini tidak berlaku , tadi pun kawan acik ada telefon acik untuk ingatkan berjaga-jaga kalau boleh keluarkan duit yang ada .Kalau dah jadi mangsa menangis tak berlagulah jawabnya.

Catat Ulasan

37 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
takut pulak bila dah dengar macam ni acik...
Zaza Iman berkata…
takut jugak rasanya.. harap2 tidak lah terjadi..
norhasnizakhalid berkata…
acik... mama pernah kena. duit tetiba hilang, kosong dalam akaun.. mama sudah buat laporan.. tapi sayang... mereka kata, kejadian ini kerap terjadi... akhirnya, lebur begitu je acik... :( duit tu, untuk anak-anak mama pulak tu, mama yang tak kaya ni pun dorang nak kebas duitnya..
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Akak dgr cerita,ramai juga yg terkena,kes org dlm ni acik...tak amanahkan acik,krn segelintir pekerja yg tak amanah mcm ni,sykt yg dpt nama busuk...bank terkemuka?dan yg terbesar di asia ye acik?abg akak pernah jd timbalan pengarah ban tersebut disamping pengarah kepada sykt insuran terbesar yg berada di bwh naungan bank tersebut..memang ramai yg terkena acik....hurmmm
Unknown berkata…
baru2 ne sy yg kena jugak..kad bank hilng dan duit dlm akaun pun hilang..dh tgk cctv rupany kwn baik sendiri yg curi kesemua duit..dh tnya baik2 dia x mgaku tp sebalikny tuduh org opis yg curik tmsuk bos..skng ne dlm sisatan.harap2 akn selesai secepatny..
Story Nadya berkata…
Sekarang banyak yg tidak jujur dan amanah. Semua mahu ambil sedikit dan isi di dalam poket mereka. Nad rasa nad tau bank terkemuka tu yg mana. Sebab nad banyak kali dgr cerita pasal nie.
Story Nadya berkata…
Selalu berlaku perkara mcm nie sbb sikap xjujur dan x amanah pekerja di bank. Nad pun pbnyk kali dgr pasal nie.
Affy Afiqah berkata…
Banyak kemungkinan yang boleh berlaku, salah satunya, macam acik cakap, orang dalam sendiri yang kebas duit. Bahaya dah sekarang ni, orang yang bekerja di bank pun bukan semuanya telus dan jujur. Susah sekarang nak percaya sesiapa.

And kalau boleh, jangan bagi kad atm kat kawan-kawan atau orang yang kita tak berapa rapat, walaupun kawan, macam-macam boleh jadi, ika pernah kena, kawan sendiri curi-curi keluarkan duit guna atm card ika untuk kegunaan dia sendiri --'
Vee berkata…
Nak pegang sendiri lagilah bahaya kan.. Hmm.
Adriannasyaz berkata…
Sampai ati diaorang ambil sesuatu yg bkn kepunyaan diaorg..emm
mila berkata…
a'ah mmg pn rmi je yg jd gni cume mls nk bising..
Delimasari berkata…
takutnya - selalu check akaun le camtu
BinMuhammad berkata…
Pihak bank ni kalau menuntut hutang macam along...masa tu juga nak tapi kalau kita yg menuntut, macam2 kerenah...makan masa yg lama.

Kita sebenarnya customer dia tapi dilayan macam kita ni pekerja dia. Itulah sikap bank...tapi kalau tak simpan dan berhutang dgn bank, kat sapa pula?
Khir Khalid berkata…
Berat juga kes mcm ni.. terlalu bergantung dgn sistem eletronik ni kadang kala buat bank kadang-kala bermasalah.. seterusnya, kita juga pasti lagi bermasalah...
Fais-SKA berkata…
betol tu acik..kita dah tlong dia dng mnympan dalam bank..tp kalau hilang jugak..tu maknanya dah teruk..xpnh lg terja kt ambe mcm ni..skrg ni sistem pn dah plik2..kes3 tu mmg teruk lah...hrap bnda ni diselesaikn scpat mgkin..kerana duit..hbis tggl iman dan maruah diri
Invisible Me berkata…
Takut juga bila benda macam ni jadi. Risau.
Maria Firdz berkata…
Sy bru post tadi psl hacker... Blh refer kt blog sy..tpi jika pekerja kerjaan yg de pwnyata gaji online..jgn bka lah buat msa ni... Sbb hacker tengh kutip duit tu dr jabatan kewangan...
Unknown berkata…
kena rajin tukar no pin bank ni. :D
Unknown berkata…
seram la yumida baca
tergamak gak org tu nak ambik rezeki org lain kan
Unknown berkata…
risau pula bila teringatkan duit kat bank tu..kekadang yang dirasa selamat tu lah paling xselamat difikirkan..Wanita Versus Masak
Nina Mads berkata…
macam2 hal.. bank pon dh xselamat. duit dr dulu simpan kt asb. alhamdulillah xpernah hilang
Unknown berkata…
bank mana tu acik?
Tanpa Nama berkata…
akak dah kena sekali , pastu trus tuka bank ...
Bunda_nora berkata…
assalam, takut pulak dengar hal macam ni...memanglah duit bolih dicari..tapi keringat yang jatuh untuk dapatkan duit bolih diganti ke?
Unknown berkata…
kalau bank pun dh tak selamat...kena ikut style lama kembali kew...simpan bawah tilam...hohohoho
Unknown berkata…
salam acik....
sue pown selalu juga...kdg2 hilang 10 ringgit.....pelik jugak..
Addasyuhadadisini berkata…
baru2 ni ada kes di tmpat krja adda..duit hilang secara tiba2 dri akaun..walaupun jumlahnya kcil tapi tak septutnya brlaku mcm tu..
Unknown berkata…
sampai cmtu skali..
mmg patut dah cari bank lain.
xpun simpan kt umah je.
tp better simpan kt bank acik.
cari bank lain.
Yeop Maz berkata…
biasalah hidup tak berkat kalau amek kesempatan dalam kesempitan orang lain.
Unknown berkata…
kadang2 pening baca ayat Acikk mcm berbelit.. lucu juga. Tapi faham la.. mujur xpernah lagi alami kehilangan duit..kalau hilang pun mmg saya xperasan..lupa duit ada berapa..adoi..
Shahrul Yusof berkata…
Sekarang ni zaman je yang senang, orangnya susah. Jadi, perlakuan-perlakuan yang tidak bertanggungjawab sebegini lebih mudah berlaku apabila masing-masing dihimpit pelbagai masalah.
licha berkata…
org cacat lagi kuat sebenrnya. dari kita yg smpurna ni. tapi ngomel banyak
Yg musykil.. berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Yg musykil.. berkata…
Utk kes 2, brape lm ms di ambil utk selesai kn kes? Sbb bru jd pd kwn sy. Duit hlg tb2 sdg kn ATM kad ade pd die n online banking die x aktif pn.
Unknown berkata…
Lama tak ambil masa utk tgok cctv?
Unknown berkata…
SALAM APPLICATION ERROR TAPI DUIT DAH DIPOTONG ,RM1000 NAK BAYAR KERETA BANK YG SAMA NAK TARIK HARI HARI TELEPON DAN MESEJ.CALL CUSTOMER SERVICE DALAM SIASATAN 7-14 HARI