Ticker

6/recent/ticker-posts

Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Hakmu


kucing bersyukur

Assalamualaikum
Alhamdulilah acik dah berada di kampung di Kota Tinggi untuk menyambut bersama ahli keluarga hari raya aidiladha dan kami ada sedikit masalah kerana ada ahli keluarga masuk ke hospital .Dalam perjalanan hidup kita mungkin mengalami kekecewaan, kerana sesuatu yang luput dari genggamanmu.
 
Keinginan yang tidak tercapai, keadaan yang jauh dari apa yang kita inginkan, dan kenyataan yang tidak sesuai harapan dan semua hal itu terasa di jiwa.Beruntunglah saat tergoncangnya jiwa kita masih memiliki sedikit iman dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.Masih ada kekuatan fikiran untuk mengantarkan pada ketenangan jiwa. Dunia ini tempat dimana kita mengejar keinginan kita, kerana memang kita manusia yang di ciptakan mempunyai keinginan dan kehendak.

Tapi tidak semua yang kita inginkan tercapai. dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu untuk kita tangisi.Banyak orang yang tak sadar bahwa hidup ini tak ada hukum harus berjaya, harus selalu bahagia, harus kaya.Betapa banyak orang yang  berjaya tapi sejatinya tak menyadari bahawa semua itu adalah titipan Allah SWT, dan membuat orang tesebut berbuat sewenang-wenang. begitu juga kekagagalan sering di hadapi dengan tidak bijak.

Padahal kegagalan sejatinya adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.Apapun yang menjadi hak kita di dunia, entah itu rezeki, kedudukan, kekayaan mahupun jodoh pasti Allah akan sampaikan.Tapi apa yang bukan hak kita tak kan dapat kita miliki meskipun kita berjuang keras bermati-matian, meskipun nyaris menghampiri.

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan ( tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (LuhMahfuzh) sebelum kami menciptakannya.

Sungguh yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ( kami jelaskan yg demikian itu ) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu supaya kamu

Jangan terlalu gembira terhadap apa yg di berikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.



Acik selalu ingatkan diri jangan bersedih jika sesuatu pekara itu bukan jadi milik kita. InsyaAllah Dia tahu yang terbaik untuk diriku ini. Semoga kamu semua juga begitu terima dengan hati yang tabah dan kuat semangat bahawa dia merancangan sesuatu itu adalah yang terbaik untuk kita.


Wallahu'alam semoga ada manfaatnya untuk kita semua Aamiin

Catat Ulasan

35 Ulasan

lynmunir berkata…
Benar apa yang Acik tuliskan di sini. Banyak perkara yang menjadi rahsia ALLAH yang tidak kita ketahui. Apa yang perlu ialah berlapang dada bila kita menempuhnya dan banyakkan bersabar.
norhasnizakhalid berkata…
semoga semuanya elok2 saja ye acik.. mama doakan dari kejauhan..
Unknown berkata…
betol tu bro..pasrah dengan ketentuan...selamat bercuti bro :)
Khir Khalid berkata…
Betul tu Acik.. Hanya Allah yg mengetahui segala2nya.. kita hanya mampu merancang, berusaha & pasrah diatas ketentuannya. Sy doakan agar segalanya baik.. amin. Salam Aidil Adha ye Acik.
Kak iman berkata…
betol 2 sebab apa yg bukan hak kita sebenrnya bukan lah yg terbaik untuk kita.kan allah akan menganttikan nya dgn yg lebih baik ag..smile always acik
Unknown berkata…
salam....sabar ye acik :)
Tanpa Nama berkata…
semoga urusan keluarga acik berjalan dgn lancar .dan sentiasa berada di bawah lindungn Nya .
Unknown berkata…
Terima kasih atas entry ni..
sangat memberi motivasi pada diri.. Alhamdulillah..
Shahrul Yusof berkata…
Hikmah kenapa hajat kita tidak dikabulkan tu, kadangkala makan masa bertahun untuk kita ketahuinya. Tidak semestinya perkara yang kita hajati itu mendatangkan kebaikan sepenuhnya kepada kita.
Vee berkata…
La tahzan :) Bila Vee tetiba rasa sebak, mmg Vee slalu bgatu diri sendiri La Tahzan and ingat apa yg Dr Asri sebut dlm video tu. All we have to do is smile and ingat Tuhan mmg sentiasa bersama kita ^^
Affy Afiqah berkata…
kita merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih baik daripada manusia. He is the best Planner.
Pucuk pangkalnya hati, bila kita yakin Allah ada dengan kita sentiasa, insyaAllah kita akan redha. Belajar bersangka baik, mesti ada hikmahnya.

Semoga tabah mereka-mereka yang sedang bersedih dan kecewa
nuurjana berkata…
selamat bercuti..jgan sedey2..:)
Tanpa Nama berkata…
acik kat kota yer?selamat beraya acik..
Mizz Aiza berkata…
insya-Allah acik.. setiap yang Allah tentukan adalah yang terbaik..
p.s: selamat hari raya aidil adha.. :D
Unknown berkata…
Org selalu kata. Tiap2 satu perkara yg kita x suka tu terjadi atau satu2 perkara yg kita nak tp x terjadi ... mesti ada hikmah disebaliknya.
Maria Firdz berkata…
Setiap apa yg adalah pinjaman semata2 bkn hak mutlak kita...
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Slmt bercuti ye acik..

Moga saudara yg masuk hospital tu segera sembuh...moga segala urusan dipermudahkan Allah....

Allahuakbar..tiada satupun di dunia ini milik kita..semuanya pinjaman semata2..bersyukur keranaAllah berikan apa yg kita perlu..bkn segala yg kita mahu....
Azim Aris berkata…
syukur alhmdllh... jemput lawat dan xchnge list klu sudi hehe Tak Mungkin Benar
kuchalana berkata…
sentiasa redha dgn ketentuan
bicara mak dara berkata…
betul tu kalau dah bukan milik kita maka kita harus redha. insyaa allah ada hikmah disebaliknya
Unknown berkata…
Janga bersedih.. La. Tahzan.. :-)
Unknown berkata…
Betul tu, semua yg terjadi ketentuan Allah. Kita harus menerima dgn hati yg ikhlas..:)
Unknown berkata…
betul tu angah
suka perkongsian angah ni
menyedarkan diri ini
setiap yg terjd pasti ada hikmahnya
isi tabung nuffnang sini-university of london
adarain berkata…
Satu perkongsian yang menarik..apa pun ujian yang datang, fikirlah secara positif.
Zaza Iman berkata…
salam aidil adha.. betul acik..jgn sedih..thinks positif :)
BinMuhammad berkata…
Pasti ada hikmah disebalik setiap perkara. Setiasalah positif.
Selamat bercuti dan selamat menyambut Aidil Adha disamping keluarga tersayang :)
Unknown berkata…
mungkin perkara yang kita nak tapi tak dapat sekarang bakal Dia gantikan dengan sesuatu yang lebih bermakna pada masa hadapan kan :D
niesalhaq berkata…
Terima kasih acikk, sangat terkesan. :')
Moga kita sama2 muhasabah diri.
Tanpa Nama berkata…
setiap kejayaan pasti bermula dengan kegagalan yg sangat dasyat, kalau hambanya redha dan sabar pasti ada hasil yang lebih lumayan. itu janji allah.. menangis untuk hilangkan rasa sakit, tapi jangan menangis kerana meratap sesuatu yg bukan hak kita.

selamat hari raya dan selamat bercuti acik.
Unknown berkata…
selamat pagi acik...:)
dariilhamkehati berkata…
terbaik ~

tuhan tak bagi apa yang kita nak , tuhan bagi apa yang kita perlu..

kita hanya merancang , ALLAH juga merancang namun perancangan ALLAH itu lah yang terbaik.

selamat hari raya haji :)
Ainim Rashihah berkata…
Allah tahu apa yang terbaik buat kita. DIA adalah sebaik-baik perancang dan setiap perancanganNYA untuk kita kerana itulah selayaknya kita terima
Unknown berkata…
Pasti ada hikmah atas apa yg berlaku..
Tetamu Istimewa berkata…
Selamat Hari Raya Aidiladha Acik.