Assalamualaikum
Alhamdulilah hari pertama untuk shooting kumpulan kami punya "stand upper" dan temuramah orang ramai untuk mendapatkan pandangan mereka. Balik tadi terus check comment di blog mahupun di facebook, ya Allah tak sangka adaj uga yang sudi baca cerita-cerita acik yang lama ?
Ada seorang pembaca itu menanyakan pada acik, bagaimana acik terbuka nak berkongsi tentang "islamic" sedangkan kalau dulu entri-entri acik bukanlah seperti itu lebih kepada duniawi dan cinta. Dan ada yang bertanya kenapa memilih untuk kisah islamic dan cinta ? tak takut orang bosan ?
Pada acik ,kalau kita buat pekara yang baik ,insyaAllah Dia Maha Mengetahui segala benda akan menolong kita. lagipun sebarkan ilmu Allah itu tak salahkan ? Kalau kamu sedar , acik pelbagai cerita di setiap entri acik, ada cinta, tentang islam dan kehidupan kita. Pada acik , acik sukakan perubahan dan sedang baiki diri, sambil-sambil itu boleh la menyebarkan ilmu yang acik tahu.
Okeylah acik kongsikan satu cerita yang menjadikan perubahan yang terbesar dalam hidup acik, hanya di blog acik ceritakan dan tak ramai yang tahu. Dan kisah ini yang buatkan acik ingin berubah dan mahu lakukan perubahan secara perlahan lahan. Bukan semua orang yang dapat Hidayah Allah bahkan orang islam sendiri pun ada yang tidak dapatkan.Siapa yang dapatkan sangat beruntung dan jangan lepaskan.
Ceritanya bergini, masa itu acik baru balik dari menonton wayang di Melaka , badan terlalu penat rasanya dan dengan tanpa menukar pakaian acik terus tertidur. Tiba-tiba acik terdengar satu hentakan yang kuat entah dari mana datangnya. Acik tersear dari tidur tapi acik pelik kenapa keadaan menjadi gelab gelita dan acik tak nampak apa-apa. Secara tiba-tiba acik rasakan satu cekikan yang kuat di leher acik dan apabila acik melihatnya makluk yang amat besar sedang mencekik acik, masa itu rasanya tak dapat kerana menahan sakitnya di cekik. Tiba-tiba kedengaran suara yang kuat dan bergema kedengaran
" sepanjang kau hidup apa yang kau buat ? kau asyik dengan dunia kau sahaja !! Nyawamu kini di tanganku !!!
Acik dapat rasa cekikan itu semakin kuat dan buatkan acik tercugap-cungkap . Masa itu acik rasa acik akan mati. Suara itu berkata lagi : " Ini adalah peluang terakhir kau untuk mendekatkan diri pada Maha PenciptaMu , lembutkan hatimu untuk terima sinar hidayahnya , bebaskan fikiran kau dari fikirkan dunia. Kau hanya ada 2 pilihan sama ada hidup atau mati.
Yang mampu acik jawab 'aku mahu hidup "
Kau memilih untuk hidup , peluang ini tidak akan datang kali ke dua .Maka berbaktilah pada orang tua, ahli keluarga ,sahabatmu dan orang sekelilingmu. Sampaikanlah kepada mereka kebaikan maka kebaikan itu juga akan datang pada kau.
Lepas dari kata-kata terakhir tu, cekikan itu di lepaskan, acik rasa dapat bernafas semua. Dan acik tersentak dari mimpi tersebut. ya Allah air mata jangan cakaplah menjurai-jurai mengalir dengan deras sekali . Acik dapat rasa saat itu leher acik memang rasa betul-betul di cekik . Ini adalah kisah benar yang acik hadapi bukan rekarasa. Mulanya acik anggap ini hanya sekadar mimpi tapi bila acik tanya ustaz, dia kata ini mungkin salah satu bentuk hidayah dari Allah untuk acik. Alhamdulilah acik dapat terima baik pekara ini dan acik fikirkannya dengan cara apa untuk acik sampai nasihat dan peringatan ini untuk semua orang ? Jadi acik pilihlah melalui blog acik ini.
Demi Allah Ini adalah kisah benar sekali lagi acik ulang biar tak ada yang keliru, ayat yang acik gunakan itu untuk lebih nampak dramatik sedikit tapi cerita itu lebih kurang berlakunya seperti ini. Mungkin dah sampai waktunya acik berubah dan sejak dari itulah bermulanya perubahan diri ini. Doakan acik semoga sentiasa di jalannya yang benar dan tegurlah acik jika kamu rasa penulisan acik ini tidak betul ,acik siap terima nasihat dan kritikan. Acik bukanlah seorang manusia yang baik tapi acik sedang baiki diri , maafkan acik jika ada buat kesalahan kepada kamu semua.
32 Ulasan
Alhamdulillah..biasanya hidayah akan dtg pd seseor dlm mimpikan acik...moga acik terus berbakti pd kedua ibubapa,saudara mara dn org2 sekeliling dgn cara yg acik mampu..contohnya di blog ini..kami inilah org2 sekeliling acik...dgn ilmu yg akak dpt dr sini akan membawa kebaikan pd kita bersama...in syaAllah...acik belajar lagi ke apa?uitm shah alam ke?maaf akak jln2 ke blog guna hp je jd pandangan akak terhad pd pic dn entry..lain2 widjet tk kelihatan sbb tu akak jarang menulis di chat box...maaf ye acik...hrp acik faham...kalau sudi,jwb la soalan ni di blog akak ye....hehe...terimakasih...
x0x0 ^___^
untungnya acik....
allah s.w.t sayang acik :)
Hehe.. Gurau jer yer.