Assalamualaikum
Alhamdulilah masih lagi menaip walaupun hari-hari yang mendatang penuh dengan kesibukan yang teramat , sekarang ini pun sedang siapkan tugasan. Jujur katakan badan ini terlalu penat kerana baru sahaja pulang dari sabah untuk program ERAT. Bayang kami baiki jambatan yang boleh di katakan rosak sepenuhnya dan di bantu oleh bro tentera darat.
Tapi sepanjang acik berada di sabah ini, acik dapat merasai dan melihat keindahan di sana. Di sabah memang banyak tempat-tempat yang cantik dan seronok untuk di kunjungi. Pada mulanya apabila acik pergi ke kampung papaga , papar ini acik terfikir bagaimana keadaan di sana ? adakah masih lagi rumah kampung ?
Tebakan acik salah sama sekali, di sana kebanyakan rumah mereka besar dan cantik-cantik belaka .Semasa di sana kami tinggal di Koposizon Homestay. Koposizon Homestay ini memiliki hampir 10 buah rumah di mana rumah penduduk kampung di jadikan homestay. Dan kelengkapan di Koposizon Homestay sangat terbaik, siap ada penghawa dingin serta "hot shower " .Tuan rumah atau ibu bapa angkat kami sangat mesra dan baik hati . Untuk rumah kami mereka adalah uncle nasius dan auntie magareth. Mereka memberi layanan yang baik sekali kepada kami . Walaupun mereka bukan muslim tetapi mereka memahami kami orang islam .
Sepanjang acik duduk di sabah ini acik dapat perhatikan orang sabah ini sangat baik hati, mesra alam dan paling penting suka tolong menolong. Semasa di sana acik cubalah berbual mahupun sapa mereka di jalanan, paling seronok mereka layan sapaan kita dengan baik sekali dan bila kita bertanya pastinya di jawab dengan sebaik mungkin.
Kalau kat KL rasanya bila kita sapa mahupun memberi salam. Mereka akan buat tak tahu sahaja ,tetapi tidak untuk penduduk sabah khususnya di kampung papar ini. Masyarakatnya sangat baik dan ramah.Dari yang tua hinggalah yang muda mereka sangat bersopan santun dan menjaga adap percakapan.
Selain acik dapat belajar budaya di sana dan acik dapat rasakan bahawa waktu berjalan begitu cepat sekali di sana. Pukul 6 petang dah gelab seperti pukul 8. Dan suasana malam di sana juga cukup cantik.Bnayak tempat yang menarik yang ingin di kongsikan.
Oklah acik mahu sambung buat tugasan kembali , bertemu lagi kita di entri yang lain. Wasalam
23 Ulasan
Lain orang, lain caranya... Yang penting, kita semua bersaudara...
Akak pernah tinggal di labuan...di sana ramai pendatanglah acik,..org philipin agak berlainan sedikit...x dinafikan kalau bertemu dgn org sabah tempatan memang ramah tamah....