Ticker

6/recent/ticker-posts

Orang Sabah Sangat Peramah Dan Mesra Alam



Assalamualaikum

Alhamdulilah masih lagi menaip walaupun hari-hari yang mendatang penuh dengan kesibukan yang teramat , sekarang ini pun sedang siapkan tugasan. Jujur katakan badan ini terlalu penat kerana baru sahaja pulang dari sabah untuk program ERAT. Bayang kami baiki jambatan yang boleh di katakan rosak sepenuhnya dan di bantu oleh bro tentera darat. 

Tapi sepanjang acik berada di sabah ini, acik dapat merasai dan melihat keindahan di sana. Di sabah memang banyak tempat-tempat yang cantik dan seronok untuk di kunjungi. Pada mulanya apabila acik pergi ke kampung papaga , papar ini acik terfikir bagaimana keadaan di sana ? adakah masih lagi rumah kampung ? 

Tebakan acik salah sama sekali, di sana kebanyakan rumah mereka besar dan cantik-cantik belaka .Semasa di sana kami tinggal di Koposizon Homestay. Koposizon Homestay ini memiliki hampir 10 buah rumah di mana rumah penduduk kampung di jadikan homestay. Dan kelengkapan di Koposizon Homestay sangat terbaik, siap ada penghawa dingin serta "hot shower " .Tuan rumah atau ibu bapa angkat kami sangat mesra dan baik hati . Untuk rumah kami mereka adalah uncle nasius dan auntie magareth. Mereka memberi layanan yang baik sekali kepada kami . Walaupun mereka bukan muslim tetapi mereka memahami kami orang islam .

Sepanjang acik duduk di sabah ini acik dapat perhatikan orang sabah ini sangat baik hati, mesra alam dan paling penting suka tolong menolong. Semasa di sana acik cubalah berbual mahupun sapa mereka di jalanan, paling seronok mereka layan sapaan kita dengan baik sekali dan bila kita bertanya pastinya di jawab dengan sebaik mungkin.
 
Kalau kat KL rasanya bila kita sapa mahupun memberi salam. Mereka akan buat tak tahu sahaja ,tetapi tidak untuk penduduk sabah khususnya di kampung papar ini. Masyarakatnya sangat baik dan ramah.Dari yang tua hinggalah yang muda mereka sangat bersopan santun dan menjaga adap percakapan. 

Selain acik dapat belajar budaya di sana dan acik dapat rasakan bahawa waktu berjalan begitu cepat sekali di sana. Pukul 6 petang dah gelab seperti pukul 8. Dan suasana malam di sana juga cukup cantik.Bnayak tempat yang menarik yang ingin di kongsikan. 

Oklah acik mahu sambung buat tugasan kembali , bertemu lagi kita di entri yang lain. Wasalam 


Catat Ulasan

23 Ulasan

Sukma berkata…
menarik yea kat Sabah...memang akak kepingin nak ke sana sebab anak akak bertugas di Sandakan.....
Nurulhidayah berkata…
Alhamdulillah... rasa bertambah bangga plak jadi orang sabah lepas baca entry acik ni.. :D
Asha Lya berkata…
wah terharunya kita sebagai rakyat sabah..trima kasih acik promosi sabah.papar berdekatan juga dengan kampung kita kat beaufort :)..nanti free2 datangla kat sabah lagi
sitirohaida berkata…
mesti acik dapat pengalaman yang baru kann
Unknown berkata…
org sabah memang baik baa..hee..saya anak sabah ...jenjalan sini bw entry...:)
precious cla berkata…
Org Sabah memang baik & friendly macam saya hehe :p
Mizz Aiza berkata…
akak setuju orang sabah memang peramah dan baik.. menarik pengalaman membaiki jambatan tu acik..
Ainim Rashihah berkata…
orang kampung bersifat pemalu tapi peramah kalau kita mulakan dulu perbualan. itu yg saya nampaklah
Cik Itah berkata…
orang sabah memang baik hehehe..sudi la hendaknya datang ke sabah lagi ya acikk :)
Unknown berkata…
sekurang2nya ada yg perasan org sabah semua baik2.. hehehe
BinMuhammad berkata…
Acik kena letak gambar byk sikit...teruja nak melihat gambar Sabah dr lensa Acik... :)
Maria Firdz berkata…
seronoknya merantau... mmg de juga hajat nk melncong ke sana.. insha Allah...
Unknown berkata…
semua tempat sama je sebenarnya.. cuma cara je lain-lain.. ada tempat yang kita lihat cara mereka melayani orang tu nampak kasar tapi sebenarnya itulah cara mereka tersendiri. Kita yang baru pertama kali melihat tu yang mungkin tak terbiasa ^___^
Lain orang, lain caranya... Yang penting, kita semua bersaudara...
Tanpa Nama berkata…
twerharu dengan entri acik..jemput datang ke tawau pula...
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Akak pernah tinggal di labuan...di sana ramai pendatanglah acik,..org philipin agak berlainan sedikit...x dinafikan kalau bertemu dgn org sabah tempatan memang ramah tamah....
Noorkhuzieen berkata…
bngga juga jadi sabahan. btw datang la lagi sabah banyak lagi tmpt menarik
Aku pengembara berkata…
Menarik entry nie.. Kena tengok sendiri baru tahu Sabah macam mana.. :)
Best.....dah pandai cakap ala-ala Sabah....Sabah memang best.
Fais-SKA berkata…
Alhamdulillah dpat jmpa orang yg baik2 di sana =) menarik..teringin juga nk pergi 1hri nti..nk cuba daki gunung kinabalu
Khir Khalid berkata…
Alhamdulillah.. seronok lah cerita ttg sabah ni. Teringin nk ke sana nanti.. thanks sharing Acik :)
Kira Kekuri berkata…
rindu nak balik rumah :(
Tetamu Istimewa berkata…
Pasti banyak pengalaman yang diperolehikan.Tahniah!