Ticker

6/recent/ticker-posts

Perbezaan Yang Jelas Taaruf Dengan Bercinta Sepasang Kekasih (Couple)


Assalamualaikum

Alhamdulilah setelah hari ini pelbagai dugaan yang terpaksa di tempuhi dan akhirnya "shooting" kami terpaksa di batalkan di gantikan dengan hari yang lain. Acik percaya ada hikmah yang di sebaliknya dan kebetulan hari ini hujan di kawasan sekitar Shah Alam.

Hari ini acik ingin menjawab satu soalan yang di tanyakan oleh seorang pembaca blog ini dan pertanyaannya ialah : assalamualaikum acik , Syuhadah nak tanya ini, ada tak cara nak mengenal seseorang untuk hubungan yang serious ? yelah couple dah tak boleh dalam islam, jadi apa penyelesaian yang terbaik ? apa tu taaruf ?  dan apa beza dengan couple ?

Walaikumusalam syuhadah ,sekali lagi acik beritahu pendapat yang acik utarakan ini berdasarkan rujukan dari pembacaan dan dari ustaz kenalan acik. Jadi inilah hasilnya. Memang benar dalam islam kita tidak di benarkan untuk "couple",suka atau tidak tentunya ada kebaikan dan hikmah yang sedia maklum kita mengetahui .Apabila sepasang kekasih bersama tentukan pekara-pekara yang tidak di jangkakan boleh terjadi. Tapi semakin kita tegah semakin membuak dan memberontok perasaan remaja yang inginkan kebebasan untuk mencari calon pilihan mereka tersendiri.

Jangan di salah ertikan apa yang islam larang itu, semuanya untuk kebaikan kita sendiri. Ada yang cakap dengan acik " ala kami couple bukan buat apa-apa pun . Alhamdulilah jika berhubungan itu di jaga dengan baik, jangan pula tak ada orang, nak pegang-pengang tanganlah,cuit-cuit pipilah. Tolong jaga perilaku kamu. Perhubungan itu mestilah dengan niat yang baik.

Penyelesaian yang mudah adalah dengan taaruf. Secara bahasa ta'aruf   bermakna ‘berkenalan’ atau ‘saling mengenal’. Asalnya berasal dari akar kata ta’aarafa. Taaruf ini boleh di gunakan pakai oleh remaja islam kita.Meh acik berikan perbezaan antara taaruf dengan couple .

 1. Tujuan
Taaruf : mengenal calon isteri/suami, dengan harapan ketika bersesuaian antara kedua belah pihak berlanjut dengan pernikahan.
Couple : mengenal calon kekasih, dengan harapan ketika ada keserasian antara kedua belah pihak berlanjut dengan menjadi pasangan, sangat beruntung jika dapat kawin dan menjadi pasangan  lebih kepada kenikmatan sesaat, dan untuk seronok sahaja.
2. Bila di mulakan ?  
 Ta’aruf : saat calon suami dan calon isteri sudah merasa bahwa menikah adalah suatu keperluan, dan sudah siap secara fizikal dan mental, begitu juga bersedia dari segi kebendaan
 Couple : saat mula hati terpaut dengan kecantikan/kekacakan ,saat perlunya seseorang teman curahan isi hati dan tempat bermadu kasih ?
3. Pertemuan
Ta’aruf : pertemuan dilakukan sesuai dengan adab bertamu biasa, di rumah si calon, atau ditempat pertemuan lainnya. Hanya semua itu harus dilakukan dengan cara yang benar dan dalam koridor syari`ah Islam. Minimal harus ditemani orang lain baik dari keluarga calon isteri atau dari calon suami. Sehingga tidak dibenarkan untuk pergi jalan-jalan berdua,naik motor sama-sama dan seterusnya dengan menggunakan alasan ta`aruf. Dan kekerapan pertemuannya, lebih sedikit lebih baik karena menghindari zina hati.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:
“Jangan sekali-kali salah seorang kalian berkhalwat dgn wanita kecuali bersama mahram.”
Hal itu kerana tidaklah terjadi khalwat kecuali syaitan bersama keduanya sebagai pihak ketiga sebagaimana dalam hadits Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma:

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka jangan sekali-kali dia berkhalwat dgn seorang wanita tanpa disertai mahram kerana syaitan akan menyertai keduanya.”
Selama pertemuan pihak lelaki dan wanita dipersilakan menanyakan apa saja yang kira-kira terkait dengan kepentingan masing-masing nanti selama mengarungi kehidupan, Hal peribadi, keluarga, harapan, serta keinginan di masa depan.Menjadi jelas pula bahawa tidak boleh mengungkapkan perasaan sayang atau cinta kepada calon isteri selama belum rasmi menjadi isteri. Baik ungkapan itu secara langsung atau melalui telepon, ataupun melalui surat. Kerana saling mengungkapkan perasaan cinta dan sayang adalah hubungan  yang mengandung makna berkasih yang akan menyeret ke dalam fitnah.
Adapun cara yang lebih syar’i untuk mengenal wanita yang hendak dilamar adalah dengan mencari keterangan tentang yang bersangkutan melalui seseorang yang mengenalnya, baik tentang l"background", karakter, sifat, atau hal lainnya yang di perlukan untuk diketahui demi maslahat pernikahan. Boleh juga dengan cara meminta keterangan kepada wanita itu sendiri melalui perantaraan seseorang seperti sahabat baik bakal isteri atau yang lainnya. Dan pihak yang dimintai keterangan berkewajiban untuk menjawab sebaik yang mungkin, Walaupun harus membuka aib wanita tersebut kerana ini bukan termasuk dalam kategori ghibah yang tercela. Hal ini termasuk dari enam perkara yang dikecualikan dari ghibah, walaupun menyebutkan aib seseorang. Demikian pula sebaliknya dengan pihak wanita yang berkepentingan untuk mengenal lelaki yang berhasrat untuk meminangnya, dapat menempuh cara yang sama.
Couple: pertemuan yang dilakukan hanya berdua saja, pagi boleh, siang okey, kalau petang pun tak masalah  , malam lagi terbaik, kalau boleh setiap hari nak berjumpa. Pertemuannya tentulah tempat yang istimewa dan nak pergi tempat mahal-mahal sahaja.Kalau boleh nak dengar suara dia 24 jam, tengok dia selalu.Tepuk tangan syaitan.
4. Lamanya
Ta’aruf : ketika sudah tidak ada lagi keraguan di kedua belah pihak, lebih cepat lebih baik. dan ketika informasi sudah cukup (boleh sehari, seminggu, sebulan, 2 bulan), apa lagi yang ditunggu-tunggu?
Couple : boleh 3 bulan, 6 bulan, setahun, 2 tahun, bahkan mungkin 10 tahun.
5. Saat tidak ada keserasian saat proses
Ta’aruf : salah satu pihak bisa menyatakan tidak ada keresasiaan, dan proses stop dengan harus cara yang baik dan memberitahu alasannya.
Couple: salah satu pihak  menyatakan tidak ada keserasian, dan proses stop dengan/tanpa menyebut alasannya.
Dengan demikian jelaslah bahawa couple itu bukanlah jalan yang terbaik untuk jadikan panduan dan cara hidup kita orang islam. Islam meliputi segalanya ,tinggal kita mengikutinya. Tak susahkan ?  
 Ini pun untuk peringatan diri acik ini juga , acik lebih percaya cinta lepas kawin . Kalau tahu nak tahu Manisnya Cinta Selepas Nikah Percayalah

Catat Ulasan

30 Ulasan

Affy Afiqah berkata…
Terima kasih kerana berkongsi tentang ta'aruf dan couple ini acik. Semoga mereka-mereka yang belum tahu, kini sudah tahu dan elak daripada bercouple. :)
Tanpa Nama berkata…
pencerahan yg sgt memberi manfaat. terima kasih :)
Khir Khalid berkata…
Ta'aruf.. mmg sbg islam kita patut tahu.. perkongsian yg sgt baik Acik. Semoga kita semua mendapat pemahaman & pengajaran yg baik darinya.. Thanks sharing..
Tanpa Nama berkata…
Salam acik....

Terimakasih acik...akak pernah la bercouple tp kami cuma bermesej di inbox atau sms di hp,ada juga beberapa kali mendengar suara...tp takdelah perbualan yg menjolok 'telinga'...ada jugalah panggilan sayang..huhu..lepas tu kan acik,akak berfikir,apa pula kesudahan kami..kemudian akak berkata begini kpd si dia...kalau sesuatu perhubungan itu membawa kpd dosa..lebih baiklah berpisah...huhuhu....akak tak mau dia berdosa krn akak begitu juga sebaliknya...jd kamipun tak putuskan apa2 tentang hubungan kami melainkan berserah pd jodoh...sedih betoi sbb kami tak mesra mcm dulu tp sedih kat dunia je kan acik....moga Allah pertemukan kami satu masa nanti(akak tau dia syg akak sgt2,sbb tu dia ikut ckp akak,akak tau juga dia takut akak hilang dr hidup dia)
Acik....bercinta lepas kahwin le best........salam kenal.
Unknown berkata…
fizi ada seorang kawan..dia kata dia ada pasangan, tapi x pernah berjumpa, massage, call, fb semua lah..mulanya rasa pelik juga cauple cam tu..setelah baca entri ini baru faham..

p/s: betapa jahil nya diri ini dengan ilmu islam.. nice sharing bro :)
Tanpa Nama berkata…
alhamdulillah..perkongsian yang sangat baik ni acik..
Mormor berkata…
terimakasih acik share entry ni. alhamdulillah, sekrang dah jelas beza kapel dengan taaruf sebelum nikah :D
Tanpa Nama berkata…
Alahai acik...akak dtg blk..alhamdulillah..harini sihat..terimaksih acik..
(guna hp,susah nk ke chatbox)
Tanpa Nama berkata…
sdh tentu cinta selepas kahiwn juga yang terbaik..jangan kita terpedaya dengan fitnah cinta yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata
Fais-SKA berkata…
nice sharing acik =) bru thu ape itu taaruf..mmg baik dan dituntut islam..terasa juga nk buat mcm ni he3..tp smua 2 Allah yg tntukan..
Chot berkata…
Dpt Ilmu baru hri ni.. Alhmdulillah. Tq. Teruskn brkongsi. :))
Ainim Rashihah berkata…
Acik, thanks share info ni ya. Banyak ilmu saya dapat
Maria Firdz berkata…
nice entry.. utk yg tgh cari psgn..
Mizz Aiza berkata…
salam jumaat.. bagus entri ni acik.. jelas perbezaan antara taaruf dan couple.. akak setuju dengan pendapat acik, cinta lepas kahwin lagi indah..
Unknown berkata…
very good sharing.. thank u so much Acik~!
Vee berkata…
I like this so much :')
Tengkubutang berkata…
suka entri nih.. sesuai untuk adik2 kat luar sana yang muda2 lagi dh bercouple tu.. hemm.. teman share kat FB yea acik
Syazana Zainn berkata…
baru tahu dgn jelas pasal taaruf ni
Unknown berkata…
Nice sharing Acik.. Memang betul bercinta selepas kawin itu lebih baik.. Tak ada maksiat..Apa pun halal di sisi agama.. Risau sekarang ni pembuangan anak berleluasa..
Zaza Iman berkata…
terima kasih acik berkongsi..sekarang barulah faham.. :)
Unknown berkata…
salam acik...kalau berkawan secara berjauhan itu lebih baik...
jumpa pown 6 bulan sekali...ke setahun sekali..hehe
Unknown berkata…
wah panjang lebo penerangannya..mg jd panduan....
norhasnizakhalid berkata…
nice sharing acik, bila seawal dulu sudah diikuti seperti yang acik tulis, insyaallah akan ada kemanisan selepas itu...
Unknown berkata…
nice sharing acik utk pengertia taaruf
baru tahu serba sedikit
before ni pernah tgk citer indon ni..ade selitkan taaruf
budakbandunglaici berkata…
oh baru tahu maskud taaruf. boleh lah lepas ni explain kat kawan2. tq untuk entri ni

recent post : Semangat Header & Logo Baru
Tanpa Nama berkata…
anak kpd sepupu akak perempuan , berkahwin sebab nak halalkan jumpa kawan . jadi , bila jumpa kawan tu hbgn dah halal iaitu dah jadi suami . anak sepupu ni masih belajar utk jadi hafizah dan dok asrama tapi dpt kebenaran pengetua utk berkahwin ...
Story Nadya berkata…
Nad nak fikir belajar dulu sekarang sebb nad pun percaya dengan cinta lepas kahwin lebih indah :)
Unknown berkata…
Semoga dengan perkongsian ini dpt membuka mata anak muda sekarang utk memikirkan baik buruknya bercinta..