Gambar hiasan dari google |
Assalamualaikum
Alhamdulilah ,masih lagi bernyawa dan dapat hidup di bumi pinjaman Allah ini, mari kita berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Pagi-pagi lagi acik dah keluar rumah untuk berjogging dengan misi utama nak" fits" badan yang semakin mengembang nie. Paling utama adalah kesihatan tubuh badan, lepas tu apalagi melepak di kedai mamak di section 3.
Hari minggu memang ramai orang berada di situ sambil ngeteh dulu , sarapan pagi. Acik duduk betul-betul bersebelahan dengan sekumpulan lelaki yang bercerita dengan pelbagai hal. Habis riuh redah jadi kedai , tiba-tiba yang menarik perhatian acik adalah tentang isu yang di utarakan ini.
Lelaki A : Ishh aku pantang tengok perempuan pakai baju kurung seksi giller
Lelaki B : Baju kurung seksi biar betul kau nie ?
Lelaki A : Aku rasa seksi je
Lelaki C : aah aku pun rasa seksi jugak ,superb ala-ala wanita melayu terakhir..
Ahh perempuan pakai baju kurung seksi ?
Itu mula reaksi acik, tapi bila di fikirkan lelaki ini kadang kala fikirannya berfikir di luar kotak. Sampai satu tahap acik pun tak faham apa yang di fikirkan. Bukankah baju kurung itu longgar dan tidak menampakkan bentuk badan ?
Dan balik dari kedai tadi acik terus tanyakan di fanpage acik tentang isu ini. Pelbagai pandangan yang acik dapatkan, antaranya.
1. Mungkin bagi si A pakai baju kurung itu seksi ,mungkin jugak tidak bagi si B
2. Baju kurung sekarangkan di modenkan (no wonder)
3. Semua itu terkait dengan nafsu..ishhh
Ini mungkin sebahgian sahaja, tapi bila di fikirkan betul juga, yelah sekarang ini zaman dah berubah, maka trend pun dah berubah. Dulu semuanya longgar sekarang semua dah ketat nak nampakkan bentuk badan.Ada tu acik perasan pakai baju kurung tapi jarangnya jenis kain yang di pakai. Tak sedar atau sengaja ?
Jadi wahai wanita sekali di luar sana, berhati-hati dalam pemilihan fabrik atau kain untuk di buat baju. Kadang kala tak sesuai untuk di pakai lagi-lagi di tempat umum .Lagi satu kalau boleh janganlah ketat-ketat sangat baju tu waimah baju kurung sekalipun. Seksa den melihatnya.
Dan lelaki juga perlulah menjaga mata ini, jangan biarkan mata melilau untuk lihat pekara-pekara yang tak elok. Nanti sah-sah dapat dosa secara percuma.
Pada aciklah , lebih cantik jika pakai baju kurung yang biasa tanpa ada "cutting " atau pun kain jarang. Nampak ayu sahaja pakai baju kurung yang biasa tu , dan tidak akan menjadi perbualan ramai (tidak menjadi bahan fitnah) serta menutup aurat. Betul tak ?
30 Ulasan
Bagusnya,pagi2 dh keluar joging..harini akak tkde aktiviti,hari cuti aktiviti manjakan diri je...hehe
betul juga org yg berkata tu acik,akak pernah sekali tgk n berperasaan mcm tu,akak tgk dua pempuan yg berbeza tp guna fabrik yg sama utk fesyen bj yg berbeza..yg pakai bj kurung tu,wpun longgar tp nmpk ayu n seksi berbanding yg fesyen kain atas lutut nampak betis n leher yg nampak pangkal dada tu..akak tgk seksa sgt rupa pempuan tu..ini serius acik....pempuan tu bergambar bersebelahan antara satu sama lain...
Akak suka pakai jubah...ada lebih 20 helai jubah yg kebyakannya berwarna hitam...biasanya pakai bila keluar sblh ptg or mlm...bj kurung setiap hari lps mandi pagi..akak suka,ala2 perempuan melayu terakhir gitu...hehe
baju kurung skang banyak jnis n dsign,
sama mcm baju kurung skolah skarang,
jarang.
tu yg nmpk seksi dan jadi mangsa sokmo bdk skolah.
betul kata ustaz azhar idrus, lelaki macam kancil, wanita macam lamboghini.
Pernah masa raya, ada makcik ni yang dah agak berusia juga, tapi pakai baju kurung kainnya amat jarang sehingga menampakkan bentuk kaki, subhanallah, ika tengok yang lelaki memandang aje, tak kurang juga yang tidak selesa. Nak tegur tapi dia makcik ika. Bila tegur kita pula dipersalahkan :/
Apabila melihat perempuan dengan pandangan nafsu, pakai apapun pasti nampak seksi. Seharusnya lelaki perlu jaga pandangannya.