Assalamualaikum
Ya Allah akhirnya aku temui jawapan yang tersembunyi rapi dah bertahun ku nantikan. Kebahgian yang dulu aku rasai hanya mainan syaitan yang menduga untuk aku terus lalai demi sebuah cinta. Aku pernah khilaf dan jatuh cinta pada seorang wanita yang baik akhlak.
Dulu pernah kami bertemu untuk berkenalan , setelah berkenalan kami semakin akrab lebih dari seorang kawan. Dan akhirnya hati ini terpaut kepadanya. Walaupun kami menjaga jarak, kami tidak pernah seperti pasangan bercinta yang lain ,tidak berpegang tangan, naik motor berdua-duaan , mahupun berjalan berdua. Kami letak jarak itu bukan sebagai penghukum tetapi sebagai batas pergaulan.
Tetapi mungkin syaitan tak pernah berputus asa, semakin kami menjaga jarak kami semakin itu rindu yang bertaut di hati ini semakin kuat. Setiap hari aku merinduinya dan setiap detik hanya dia dalam ingatanku. Jika aku tak mampu melihat dengan cara yang nyata melalui laman sosial aku melihatnya.
Aku semakin hanyut terbawa oleh perasaan ini, sehingga aku aturkan pertemuan kami berdua, rupanya dia juga rasa benda yang sama. Tetapi semakin cinta itu mula mengukuh ,semakin hebat ujian untuk kami. Kami di duga dengan pelbagai pekara mungkin untuk melihat sekuat mana hebatnya cinta ini. Adakah mampu mencintai Allah dan Rasullulah sebagaimana aku mencintai seorang wanita itu ?
Pelbagai ujian yang hadir dari satu pekara ke satu pekara yang lain. Sehinggakan air matanya mengalir kerana aku menyakiti hatinya. Dan salah faham mula berlaku , ketika aku sedang keluar bersama kakakku dia terlihat dan dia mengatakan aku ada perempuan lain .Dan cemburu itu semakin membakar setelah ada pihak yang mengambil kesempatan. Di mana keadilan bagi pihakku ?
Setiap hari aku selalu berdoa dan bermohon kepada Allah agar satukan kami dan kuatkan jodoh kami. Aku berdoa agar aku menjadi lelaki yang terbaik untuk hidupnya. Kadang kala sehinggakan aku sendiri mendesak untuk mendapatkannya. Aku juga selalu berdoa jika dia bukan jodohku, kuatkan hatiku untuk aku ikhlaskan dan terima ini sebagai takdirku.
Itulah konon hebatnya cinta, tetapi siapakah aku untuk mengatur semua ini ? aku hanya mampu merancang , aku hanya mampu meminta tetapi yang penuhi hanyalah DiriMu Wahai Tuhanku!! Kalau dia jodohku pastinya Allah akan satu kami walaupun beribu halangan yang melanda. Tapi jika bukan jodohku walaupun apa jua caranya pasti tidak bersatu.
Ketika aku menanti , terus berharap dan istikarahku aku teruskan agar aku tahu dia adalah jodohku atau bukan ? . Aku tak pernah kenal erti putus asa.Dia wanita yang baik yang pernah aku temui, aku bersyukur pernah dapat kenal dia.
Baru sebentar tadi ,dia memberitahuku bahawa dia telah di pinang oleh rakan baik ayahnya untuk lelaki anaknya. Anak lelakinya seorang ustaz di sekolah menengah dan ibu bapanya terima dan dia terpaksa akur atas permintaan kedua ibu bapanya.Mereka telah pun bertunang.
Aku akur dengan ketentuan takdir, dia memang layak mendapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari aku, dia juga wanita yang baik selayaknya untuknya. Pastinya lelaki itu akan menjaganya lebih baik dan menjadikan dia wanita yang solehah.
Alhamdulilah istikarah ku terjawab, dan entah mengapa hati ini lega dan ikhlasnya . Kerana aku tahu ini yang terbaik untuk diriku dan dirinya.
Wahai tuhanku Engkau berikan kebahgian dan keharmonian hidup kepada dia dan pasangannya.Berikan rezeki dan kuatkanlah perhubungan mereka sehingga ke anak cucu. Mudahkanlah perjalanan hidup mereka ya Allah.
37 Ulasan
Yakin dengan kuasa Allah :)
Semoga acik tabah~
Sabar...ingatlah, pasti ada hikmah disebaliknya. Be positive, mungkin ada yg lagi baik sedang menanti...
:)
Kisah benar acik ye...?sedihnya tp acik dah ikhlas dan redhokan acik...itu ketentuan Allah..moga pertunangan mereka berdua diikuti dgn pernikahan..memang baik kalau kita menjaga batas dlm perhubungan sbb tk semestinya gadis itu akan jd milik acik...solat istikharah adalah sebaik2 jln..Allah dah beri kita panduan apabila keliru dgn sesuatu utk membuat keputusan..moga acik tabah..
Teringat kata si dia...jagalah diri dgn sebaik2 cara...akak sebaklah acik :(
Acik akan dpt ganjaran dari Dia kelak in shaa Allah
ada yg sanggup hantar selori bunga ros . ada gak yg sanggup tutup lappy dgn selimut takut wife kat sebelah terjaga !
sampai satu tahap tu , saya terpaksa off chat box saya . lbh aman rasa bila kita on fb x de org kacau ...
saya ade petua untuk perempuan jer..lelaki xde ]
http://sengetbersamakamu.blogspot.com/2014/06/petua-pengikat-kasih-sayang.html