Assalamualaikum
Alhamdulilah dapat kita bersama di muka bumi Allah yang di pinjamkan sementara dengan kita. Ucapkan syukur alhamdulilah kerana kita masih lagi menikmati anugerah Allah yang terindah ini. Pagi tadi lepas subuh acik terbaca sebuah luahan seorang ibu yang di muat naik di facebook. Tak perlulah rasanya acik kongsikan statusnya tetapi ia adalah kekecewaan kepada anaknya yang lebih memilih mengikut kata isterinya dari kata ibunya sendiri dan telah 5 tahun anaknya tidak menjenguknya.
Duhai anak janganlah sehingga kau buat ibumu menangis hanya kerana perbuatan mampu buat hatinya terluka. Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik dalam hidup anak-anaknya. Mungkin sebelum ini ibu kita adalah segalanya dalam hidup kita, dialah yang memberikan kasih sayang, dialah yang menjaga kita, memenuhi keperluan kita dan kelengkapan kita.
Di saat kita mula berganjak ke usia dewasa , kita rasa kesunyian dan kekosongan hidup, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati kamu. Kebetulan
beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik.
Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai.
Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak
bersetuju.
Di saat itu mungkin kamu ada 2 pilihan :
Pertama kamu meneruskan perkahwinan dan megenepikan ibu bapa kamu dan menetap jauh-jauh.
Kedua tinggalkan dia, ikut kata ibu bapa kamu dan meratapi pemergiaan dia, gundah gelana membawa hati yang lara.
Ingat satu pekara, redha ibu bapa adalah redha Allah untuk kita. Kalau ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan kita mungkin ada sebab. Lainlah kalau ibu bapa kita tolak si dia kerana bukan sekufu ataupun kerana dia kerja biasa (itu boleh di perbincangkan lagi).
Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan
susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua
tempat kembali (untuk menerima balasan).”
Ada itu setelah berkahwin terus tinggalkan keluarga, pergi dari rumah tanpa jenguk ibu bapanya.Paling teruk apabila seorang lelaki lebih mengikut kata isteri yang ke arah memustuskan silaturahim :
"Ala abang tak payah tengok mak awak tu, dia boleh jaga dirinya sendiri"
Ishh asyik-asyik balik rumah mak, mak bukan suka sangat saya, nanti saya juga asyik kena perli"
La kan bulan lepas dah balik , buat apa nak balik lagi ? kita kena saving bang "
Hubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga. Sebagai anak lelaki ibu bapa adalah tanggungjawab kita, perempuan begitu juga tetapi perempuan sudah di beri keutamaan kepada keluarganya tersendiri dahulu.
Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan
berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang
dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami
wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka
berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu)
dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,
maka janganlah engkau taat kepada mereka.”
Ye setiap orang ada masalah yang tersendiri yang kita tak ketahui , misalnya masalah dari pihak ibu bapa, dari diri kita sendiri dan mahupun pasangan kita. Maka pilihlah pasangan kita itu mengikut ciri-ciri idaman ibu bapa kita. Jadilah bijak, untuk menyelesaikan masalah. Kalau kawin lari, tak balik bertahun-tahun tengok mak dan ayah ibu bukan jalan yang terbaik.
30 Ulasan
btul..lelaki kena lbh utamakan keluarga, perempuan pla kenalah paham.
tapi jgn terlebih suda..huhu..lelaki kena ingt fmly sdri jg
kita wajib menjaga ibubapa selagi ,
kita bernyawa...
cuba kita renung-renungkan betapa beratnya
pengorbanan seorg ibu/bapa semasa kita kecil dulu..
kalau dah kahwin, maknanya bertambah lah bilangan ahli keluarga, jadi mereka patut ambil berat akan ahli keluargga memasing kan.. jangan sampai ada yg terluka..
Syurga isteri di bwh telapak kaki suami
Harap2 bila saya b'keluarga sendiri nnt, saya tak lalai dgn tanggungjawab kat ibu ayah & dapat isteri yg memahami & taat insyaAllah amiiinnn...
pape pun kita sebagai anak kena ingat jasa ibu bapa, ibu bapa yg membesar dan mendidik kita menjadi insan. Ingatlah selama contohnya 25 tahun ibu bapa membesarkan dan mendidik kita. Bila dah besar dan berjaya tinggalkan ibu bapa semata2 mengejar cinta seorang "isteri" . Dimanakah jasa kita kepada ibu bapa selama bertahun2 itu yg begitu mudah kita lupakan...
Entahlah achik kekadang anak sekarang mudah lupa kan.. tak semua ada jugak yg baik dan berbakti kepada ibu bapa.
Ini adalah pengajaran buat kita semua dan mselim3 gak...
Ini kerana jika hari ini kita buat ibu bapa kita ... esok lusa anak kita buat kita... hidup ibarat roda ada masa di atas dan ada masa di bawah..
mselim3
pls: sorry achik...mselim3 komen pjg pulak...
Regards,
-Strider-
ibu adalah segala-galanya....
terima kasih acik join segmen sya:
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen-pencarian.html