Assalamualaikum
Orang kata, lelaki ni susah sangat nak menangis. Lelaki ni sifatnya keras, tough, kuat, tabah, dan seumpamanya. Jadinya, lelaki dan air mata ibarat susu dan nila. Tak boleh bercampur. Kalau tidak pasti rosaklah salah satu darinya. Lelaki yang menangis dipandang tak macho, manja/anak emak (memang anak emak pun, takkan anak jiran sebelah), lembik dan seangkatannya.Tapi realitinya, tipulah kalau kata lelaki tak pernah menangis.
Semalam acik buat survey di facebook dan hasilnya hampir 95% pengundi yang bersetuju bahawa sebab utama kebanyakkan lelaki menagis adalah di sebabkan Putus Cinta.
Betul ke ? Dan ada juga mengatakan bahawa :
~Kebanyakan lelaki akan menangis apabila, Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
~ Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
~ Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
~ Ibu atau bapanya meninggal dunia.
~ Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
~ Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
~ Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
Ini mungkin sebahgian darinya tetapi ada sesuatu hal nie di akui oleh kawan acik dan adik acik sendiri ...masa pertama kali mereka bercinta mereka katakan :
" Aku tak akan menangis semata-mata putus cinta dan tak payah nak jiwang sangat la menagis sebab putus cinta "
Dan akhirnya terbukti hal itu berlaku sebaliknya dan fitrah seorang lelaki memiliki ego. Pada acik tak salah jika lelaki menagis kerana putus cinta kerana bahawa dia benar-benar mencintai perempuan itu dengan setulus hati kerana ALLAH taala.
Punca utama lelaki tak mahu tunjukkan mereka menagis adalah kerana lelaki adalah sebagai pemimpin tapi jika seorang pemimpin tak dapat melawan perasaan itu maka lemahlah dia sedangkan banyak hal yang lebih besar akan berlaku ...itu sebabnya ada lelaki bila putus cinta buat selamba jer tapi bila tak ada orang wahhhhh menjurai-jurai air mata.
Sebenarnya kepada lelaki di luar sana sepatutnya kamu berterima kasih kepada ALLAH kerana beri peluang dapat mengalirkan air mata yang amat berharga kerana air mata itu boleh menjadi penawar di dalam kehidupan .Tapi kepada lelaki yang gembeng atau kuat menangis tu jangan nak mengada-ngada sangat ,meh sini acik lempang ,lelaki kena kuat .
ok lah sampai di sini dulu acik menaip ..badan penat yang teramat nak berehat dulu nanti kalau ada isu menarik akan kongsikan bersama kamu semua yer.
26 Ulasan
Regards,
-Strider-
New Entri : Blogger Yang Tak Berfikir Sebelum Bertindak
lagi sadis plak..sedeyh sowng2..ciann..
tp prmpuan pun ad jgk yg mcm tu kan.. =)
tu tandanya dia seorg yg jujur...