Assalamualikum
Alhamdulilah ada juga kesempatan untuk kemaskini entri terbaru, hari-hari acik penuh dengan pelbagai ujian yang tak di duga dan buat diri ini mampu tersenyum kerana setiap ujian di datangkan itu semuanya memberi makna dalam kehidupan ini. Ramai tanya acik, bagaimana jika lelaki meminati perempuan dan niat untuk di jadikan sebagai seorang isterinya.
Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. Maksudnya mestilah perasaan ini sebenar-benarnya suka dia dan bukan niat untuk mempermainkannya.
Teringat pula pada seorang sahabat acik, dia ini mempunyai seorang perempuan yang amat istimewa baginya. Dan dia memang berniat menjadikan perempuan tersebut isterinya. Tetapi dia belum berkemampuan untuk berkawin. Tahu tak apa yang dia buat ? selama 3 tahun belajar di tempat yang sama di biliknya ada satu tabung dan tabung tertulis " Duit Untuk Kawin" .Setiap hari dia akan masukkan duit dan tak kira apa pon keadaan dia tak akan menggunakan duit tersebut.
Tahu tak bila dah habis belajar hingga kerja dia teruskan menambung, atas usaha dia ,pada usia 23 Tahun telah berkahwin dan sekarang dah ada anak lelaki yang comel. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Allah selalu meredhai jalan-jalan yang membawa diri kita ke arah kebaikan.
Ada yang tanya acik, bagaimana cara mengurat yang di benarkan dalam islam ? Mari kita kongsikan sedikit ilmu untuk remaja di luar sana semua :
1. menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah
si gadis itu. Cth: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu
Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim) Fiqh:
apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis telah
mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati kamu.
Lakukan taaruf untuk mengenali tentang seseorang yang kamu sukai ia, sekurangnya kamu tahu tentang latarbelakangnya.
2. boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melaporkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu.
3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melaporkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan Rasulullah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda untuk meminang wanita tersebut.
4. menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman. Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan untuk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)
Akhir kata dari acik, usaha itu paling penting di tambah dengan doa dan tawakal. Jangan mudah putus asa ,Allah bersama-sama orang yang sentiasa berada di jalan Allah. PErcaya pada jodoh Allah. Jika kita nak hidup di bawah keredhaan Allah , maka pilihlah pekara-pekara yang di sarankan bukan sosial secara bebas. Jadilah hamba ALlah yang mahal dan berharga.
31 Ulasan
nice entry..
itu la yg sedang dilakukan..
bnykkn sabar, doa dan tawakal pd Allah. smoga pilihan kita tu pilihn yg tbaik yg Dia berikan utk kita...smoga dpumdhkan sglanya.amin ^_^
Padahal, nikah itulah usaha terbaik yang mampu dilakukan oleh para lelaki beriman untuk mencegah diri dari kancah perzinaan.
Btullah.di mana ada kemahuan di situ ada jln.
usaha dan doa tu yang paling penting kan acik~
alhamdulilah kalau ada jodoh x kemana..
3 tahun menabung.. wow
.. sentiasa doa.. tawakal itu yg penting..
ai bila la saya nak kawin :)
betul tu jika kita mempunyai hati seseorang maka kita perlu ambil2 langkah proaktif ke arah pernikahan yg sah, bukan ajak jalan2.. bercouple...byk tak ikut islam .
mselim3
pls: usaha yg murni pasti Allah permudahkan...amin,
Setuju tu...kalaulah semua lelaki mcm kwn acik tu...selamat jiwa perempuan2 kat dunia ni acik....
Biasanya niat yg baik itu direstu Allah...in sya Allah...
P/s acik buat la segment tu ye..ikut keselesaan acik.....
nice sharing cik
setuju acik
sentiasa berdoa dan tawakal.. insaalah semuanya
akan berjaya diharung :)
Regards,
-Strider-