Ticker

6/recent/ticker-posts

Apabila Seorang Lelaki Menyukai Seorang Wanita, Hendaklah Perasaan Itu Diterjemahkan Melalui Usaha Untuk Bernikah.


Assalamualikum

Alhamdulilah ada juga kesempatan untuk kemaskini entri terbaru, hari-hari acik penuh dengan pelbagai ujian yang tak di duga dan buat diri ini mampu tersenyum kerana setiap ujian di datangkan itu semuanya memberi makna dalam kehidupan ini. Ramai tanya acik, bagaimana jika lelaki meminati perempuan dan niat untuk di jadikan sebagai seorang isterinya.

Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, hendaklah perasaan itu diterjemahkan melalui usaha untuk bernikah. Maksudnya mestilah perasaan ini sebenar-benarnya suka dia dan bukan niat untuk mempermainkannya. 

 Teringat pula pada seorang sahabat acik, dia ini mempunyai seorang perempuan yang amat istimewa baginya. Dan dia memang berniat menjadikan perempuan tersebut isterinya. Tetapi dia belum berkemampuan untuk berkawin. Tahu tak apa yang dia buat ? selama 3 tahun belajar di tempat yang sama di biliknya ada satu tabung dan tabung tertulis " Duit Untuk Kawin" .Setiap hari dia akan masukkan duit dan tak kira apa pon keadaan dia tak akan menggunakan duit tersebut. 

Tahu tak bila dah habis belajar hingga kerja dia teruskan menambung, atas usaha dia ,pada usia 23 Tahun telah berkahwin dan sekarang dah ada anak lelaki yang comel. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Allah selalu meredhai jalan-jalan yang membawa diri kita ke arah kebaikan. 


Ada yang tanya acik, bagaimana cara mengurat yang di benarkan dalam islam ? Mari kita kongsikan sedikit ilmu untuk remaja di luar sana semua :


1. menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu. Cth: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim) Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis telah mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati kamu.

Lakukan taaruf untuk mengenali tentang seseorang yang kamu sukai ia, sekurangnya kamu tahu tentang latarbelakangnya. 

2. boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melaporkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. 


3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melaporkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan Rasulullah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda untuk meminang wanita tersebut.


 


4. menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman. Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan untuk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)

Akhir kata dari acik, usaha itu paling penting di tambah dengan doa dan tawakal. Jangan mudah putus asa ,Allah bersama-sama orang yang sentiasa berada di jalan Allah. PErcaya pada jodoh Allah. Jika kita nak hidup di bawah keredhaan Allah , maka pilihlah pekara-pekara yang di sarankan bukan sosial secara bebas. Jadilah hamba ALlah yang mahal dan berharga.

Catat Ulasan

31 Ulasan

Yaya Mohd berkata…
salam..
nice entry..

itu la yg sedang dilakukan..
bnykkn sabar, doa dan tawakal pd Allah. smoga pilihan kita tu pilihn yg tbaik yg Dia berikan utk kita...smoga dpumdhkan sglanya.amin ^_^
Shahrul Yusof berkata…
Ramai orang meremehkan usaha lelaki yang berkeinginan dan berusaha mendirikan rumah tangga. Malah, jika mampu pada usia yang muda, pasti akan memandang sinis kerana beranggapan masih 'mentah' lagi.

Padahal, nikah itulah usaha terbaik yang mampu dilakukan oleh para lelaki beriman untuk mencegah diri dari kancah perzinaan.
Atien berkata…
Wow..3 thn menabung utk kawen..tahniah ats usaha kwn acik tu,,
Btullah.di mana ada kemahuan di situ ada jln.
Bunda_nora berkata…
Alhamdulillah, berkat gigih menabung akhirnya terbina masjid...
Syukur.....teruskan usaha murni itu....tambah umat.
Affy Afiqah berkata…
alhamdulillah tunang ika pun menyatakan hasrat dia kepada abah ika, pastu baru laa kami berkenalan :)

usaha dan doa tu yang paling penting kan acik~
Unknown berkata…
setuju bro.... usaha, doa dan tawakal....
reenapple berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
reenapple berkata…
Aku setuju! Tapi jujur, aku tak faham perangai lelaki. AKu trauma sikit dengan lelaki sekarang ni sebab hal yang terjadi a few months ago. :( But aku percaya kuasa DIA. :)
shazillahsani.com berkata…
yuppp...usaha,doa dan tawakal...insyaallah...okay..
sobri yaacob berkata…
salam acik..
alhamdulilah kalau ada jodoh x kemana..
3 tahun menabung.. wow
.. sentiasa doa.. tawakal itu yg penting..
ai bila la saya nak kawin :)
Tanpa Nama berkata…
menabung tu lah yg sepatutnya lelaki lakukan . bila dah berjumpa yg istimewa , trus meminang ! x de la wujud rungutan hantaran mahal , nak pinjam bank lak , anak dah lari hutang masih belum habis bayar ...
fragmenbiru berkata…
InsyaAllah... yang peling penting dekatkan diri dengan Allah,belajar untuk jadi imam...hehe
Blog Santai berkata…
Itu yang terbaik acik..semoga dipermudahkan niat yang mulia tu..
Karen Monica berkata…
usaha dan doa..niat yang baik pasti akan dipermudahkan jalannya :)
mselim3 berkata…
Assalammualaikum...achik,

betul tu jika kita mempunyai hati seseorang maka kita perlu ambil2 langkah proaktif ke arah pernikahan yg sah, bukan ajak jalan2.. bercouple...byk tak ikut islam .

mselim3

pls: usaha yg murni pasti Allah permudahkan...amin,
Khir Khalid berkata…
Usaha dengan niat yg murni pasti akan diberkati.. aamiin..
Mizz Aiza berkata…
itulah yang sebaik-baiknya.. berusaha untuk menjadikan si dia kekasih halal bagi dirinya..
Niat baik Allah akan segerakan. Usaha dan usaha.. insha Allah..
edisi berkata…
apa yang penting niat...in shaa ALLAH ...
Tanpa Nama berkata…
Salam acik...

Setuju tu...kalaulah semua lelaki mcm kwn acik tu...selamat jiwa perempuan2 kat dunia ni acik....

Biasanya niat yg baik itu direstu Allah...in sya Allah...

P/s acik buat la segment tu ye..ikut keselesaan acik.....
Unknown berkata…
itu yg sepatutnya.. bila la diri ini akan disunting.. uhukksss :P
Cik Itah berkata…
baca tajuk ja da setuju apatah lagi pengisi entry lagi la sy setuju :)

nice sharing cik
Aimacomel berkata…
Acik, kita faham sgt apa yg acik sampaikan. Tapi kenapa masih ramai lelaki di luar sana yg berkawan dgn wanita hanya utk seronok2 je?? Dan wanita terpedaya kerana semuanya gara2 cinta...
sobri yaacob berkata…
salam acik..
setuju acik
sentiasa berdoa dan tawakal.. insaalah semuanya
akan berjaya diharung :)
Unknown berkata…
nice sharing, tahniah buat kwn acik atas usahanya menabung..:)
Azlan Strider berkata…
betul tu achik..aku selalu pesan kepada kawa2 aku (perempuan) jika lelaki itu tiada usaha walaupun untuk memperkenalkan dia dengan keluarga supaya tidak terlalu mengharap.lelaki yang betul2 ikhlas akn memperkenalkan wanita tersebut dan juga berusaha untuk mengenali keluarga wanita tersebut.

Regards,
-Strider-
Maria Firdz berkata…
itu sudah pasti acik.. jika tiada niat utk bernikah itu yg menimbulkan dosa..
Tanpa Nama berkata…
seeloknya begitulah...persediaan kena ada.
Tetamu Istimewa berkata…
Itulah yang sebaiknya agar tidak berlaku kemungkaran di belakang hari nanti.