Assalamualaikum
Alhamdulilah semua, kembali lagi acik untuk memberi peringatan untuk kamu semua, sedia maklum semua orang tahu bahawa kita orang islam adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w
Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )
Jadi kita sedia maklum tentangnya dan rasa semua umat islam tahu tentang hal ini. Acik rasa ramai dah tahu tentang minuman jom shandy sama ada perisa epal mahupun lemon.
Ya acik tahu, kalau orang dewasa memang akan teliti dalam pembelian . Tetapi kalau kanak-kanak ? mereka tengok harga murah sahaja beli tanpa sedar dan minumnya. Dan ada tu dah tahu tetap minum juga sebab alasan perisa lemon.
Kalau kamu lihat sekali imbas memang tidak perasan dan melihatnya seperti minum air berkhabonat biasa seperti F&N dan yoes.
Dan para membeli perlulah meneliti dan membawa bahan kandungan yang terdapat di tin minuman tersebut. Acik amat risau sekali kerana penyataan minuman ini adalah arak dengan menggunakan tulisan yang sederhana di bahagian bawah .
Jadi acik mohon kepada umat islam sebelum membeli apa-apa jua produk minuman mahupun makanan pastikan baca dahulu isi kandungannya.
27 Ulasan
Akak baru tau ni....tadi akak dpt gambar kasut yg ditapaknya tertulis perkataan Allah,Muhammad dan Islam....mcm2 cara nak merosakkan agama islam dn penganutnya....
Eloklah utk pengetahuan bersama agar tidak tersilap dan terlanjur...
mselim3 pernah tgk minuman nie dicampur sekali dengan minuman halal yg lain hampir2 terbeli minuman nie... pehh..
mselim3
pls: diaorang nie tak sensitiviti orang islam...
dia punya label ada tlis..tapi kecik je blkang tin..
kena berhati2 skrg :)