Ticker

6/recent/ticker-posts

Bertunang Hampir 3 Tahun ,Tunangku Kawini Orang Lain

tunangku kini milik orang lain
Ehsan Google

Assalamualaikum


Alhamdulilah selesai tugas yang di beri sebagai pengadil bagi permainan badminton. Dan bangga"my roommate menang pertandingan ping pong dapat johan tu, tahniah rommate. Dan masa sedang perlawanan ada seorang "bro" ini telefon dan ajak berjumpa untuk cerita pengalamannya, setelah 3 kali set pertemuan  baru sekarang nie dapat berkongsi ceritanya bersama kita.

Bro Fiq : Alhamdulilah akhir dapat juga jumpa dengan pemilik akupenghibur.com ,susahnya nak jumpa.

Acik : hahaha minta maaflah bro sangat sibuk dengan tugasan yang banyak dan kadang sabtu ahad kerja 4 time.

Bro Fiq : Sorrylah ye gangu, aku tak tak tahu nak share dengan siapa sebab tak ramai orang faham keadaan kita. 

Acik : Biasalah tu fiq, tak semua nak dengar masalah kita, tapi bila masa kita ada duit dan di puncak semua orang nak dekat. Itu lumrah manusia. Masa tu kat facebook kata nak kawin tahun depankan ? so macam mane persedian ?

 Bro Fiq : ermm ini yang nak cerita dengan acik nie, sebenarnya bro aku dah tak jadi kawin.

 Acik : La kenapa pulak tak jadi ? bukan ke dulu bro kata dah tunang ke ?

Bro Fiq : memang betul tu acik, tapi acik aku dah putus tunang dengan dia dan dia dah kawin dengan orang lain. 

 Acik : sabarlah, mungkin dia bukan jodoh yang tepat untuk afiq, insyaALLAH Allah akan hantarkan selayaknya untuk afiq.

Bro Fiq : Tapi acik, rasa sakitnya hati ini , terluka lebih parah dari sakitnya di cucuk jarum, lagi sakitnya dari jatuh motor , lagi sakitnya jatuh tangga. Aku sayang dia acik, Aku tak sanggup kehilangan dia.Aku sayang dia, bukan sekejap kami berkenalan dengan dia. Aku couple dengan dia 5 tahun dan kami bertunang 3 tahun.

Acik : Macam mane boleh putus tunang  ? 

Bro Fiq: Aku putus tunang dengan dia ,lepas aku dapat tahu dia kena tangkap basah  di sebuah hotel berdua-dua dengan kawan baik dia. Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam gini. Aku pernah buat solat istikharah  2 kali acik buat memang nampak dia dan aku rasa dia memang jodoh aku, tapi kenapa semua ini berlaku.? 

Acik : sabar afiq, inilah takdir hidup kita, Allah tak janjikan bahwa orang yang kita sayang dan cintai itu akan menjadi milik kita. Dan maknanya dia bukan jodoh afiq., percayalah Dia tahu yang terbaik untuk afiq.Masa buat solat istikarah itu mestilah dalam keadaan tenang dan tidak meminta-minta dan mengharapkan dia akan jadi tanda bahawa dia jodoh kita. Kadang kala syaitan akan terus menggangu kita dan menyatakan dia itu jodoh kita padahal itu mainan syaitan.


Bro Afiq : Ya Allah acik, baru aku sedar, memang masa solat istikarah itu aku dalam keadaan tenang tapi hati ini berharap sangat dia yang muncul sebagai jodoh aku sebab dia cantik dan baik dan aku tak sanggup berpisah dengan dia. 

Acik : ermm fiq dengarkan nie Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa Syaitan akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan angan-angan yang memperdayakan : "Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka." (Al-Baqarah : 216) 

Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)

Bro Fiq : Tapi acik ,aku tak rasa aku akan jumpa perempuan seperti dia, walaupun dia telah tipu aku , aku tetap percaya dia jodoh aku. 

Acik : Fiq sekarang nie dia pun telah berkahwin, doakan doa, biarlah dia dengan hidupnya yang sekarang, jangan kita menyalahkan takdir dan tidak menerimanya. Percayalah jodoh kita telah di tetap Allah kalau tak di dunia di akhirat nanti .

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya." (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)

Bro Fiq : Habis apa yang perlu aku buat sekarang nie ? 
 Acik : Berdoalah, bersabarlah dan ikhlaskan apa yang terjadi. Bro sangat bertuah Allah berikan ujian ini tanda Allah sayang pada bro dan beri kesempatan untuk jumpa perempuan yang lebih baik. Jangan terlalu memikirnnya, sebabnya ia akan buat kita akan lebih parah dan terluka. 

Bro Fiq : Betul juga kat acik nie, tak apalah dia memang bukan jodoh aku, aku kena terima. Walaupun sakit aku kena telan juga apa yang aku hadapi. 

Inilah perbualan kami berdua, apa yang acik boleh buat hanyalah mampu memberi nasihat kepadanya. Agar hatinya tenang. Tapi acik yakin bahawa Setiap yang terjadi mempunyai sebab yang tersendiri. Di balik rasa sakit ini insyaALLAH akan ada sinarnya yang kita tak ketahui. Husnozon dengan ALLAH.  

Catat Ulasan

32 Ulasan

Unknown berkata…
Allahuakbar..kesiannya dia..moga ALlah takdirkan yang lebih baik untuknya
Fatin Wawa berkata…
InsyaAllah akan ada seseorang yang lebih baik untuk Afiq..kehilangan org yg kita sayang itu mmg memeritkan, mungkin ambil masa yg terlalu lama untuk bangkit dari rasa kecewa..namun sebaik-baik perancangan manusia, perancangan Allah itu lebih sempurna.. betul tu husnuzon dgn Allah..InsyaAllah hati pasti tenang.. :)
Bukan jodoh....Allah maha penyayang.
Tanpa Nama berkata…
dah tkde jodoh, sedih pulak bila baca ni. InsyaAllah satu hari nnti sampailah jodoh yg sesuai utk dia :)
Khir Khalid berkata…
Kita semua hanya mampu merancang & segalanya termasuk jodoh pertemuan adalah ditangan Allah swt.. mudah2an Allah kurniakan sesaorang yg lebih baik & sesuai utk menemaninya di dunia juga di akhirat kelak, in shaa Allah.. T kasih Acik diatas perkongsian..
Unknown berkata…
hye2...dayat follow here...follow me back k
Sally Samsaiman berkata…
jangan terlalu syg, jgn terlalu benci....tu yg selalu sally pegang...semoga ada jodoh yg lebih baik buat Bro Fiq :)
Unknown berkata…
nasib baik dpt tau awal.. klu da kawin baru sang isteri wat hal, lagi sedih...
Unknown berkata…
mungkin semua ni dugaan Allah :)
PeRdU cINta berkata…
subhanallah..tapi percayalah..pada setiap kepahitan lantaran kesabaran itu..akan Allah hadiahkan seribu satu nikmat kemanisan pada penghujungnya..cuma kita kena kuat semangat dan jangan sampai tembok kesabaran dan redha itu runtuh..pertahankan..selagi boleh..sedaya mungkin..disamping itu giatkan usaha doa dan tawakkal..amin :)
sobri yaacob berkata…
salam..
sedih baca..
itu la tak ada jodoh :(
shazillahsani.com berkata…
allah temukan kita dengan oarang yang salah agar kita dapat belajar sesuatu darinya...
KHAIRUL AMRAN berkata…
sabarlah.. nanti kalau ada peluang, balaslah dendam.
Unknown berkata…
Allah tahu apa yang terbaik buat setiap hambanya.
Tanpa Nama berkata…
mungkin ada hikmah sebaliknyer..
Blog Santai berkata…
In Shaa Allah ada yang lebih baik menanti...Ad hikmah disebalik kejadian...
Adam Faiz berkata…
Semoga dia tabah dan tenang :)
BinMuhammad berkata…
Kita hanya mampu meranjang, Allah jua yg menentukan... Bersyukurlah kerana itulah yg terbaik buat kita. Percayalah...Pasti ada hikmah disebaliknya
BinMuhammad berkata…
ralat: meranjang = merancang
reenapple berkata…
Orang yang kita fikir akan kahwin tak semestinya adalah jodoh kita. Apa yang berlaku tentu ada sebab. DIA maha mengetahui
Shahrul Yusof berkata…
Harap kawannya tu, tak terbawa-bawa sangat perasaan putus harapan dia tu. Realiti hidup tak sama macam filem romantik. Dalam filem, soulmate tu sentiasa dekat padahal nak kena cari jugak soulmate tu sebenarnya.
Tanpa Nama berkata…
Salam acik. .

Akak singgah kejap je ni,akak kat cameron highland,line susah la ka sini acik,isnin akak balik br kita bincang. . Maafkan akak acik ye. . .
Maria Firdz berkata…
Kisah ni hmpir dgn kisah kwn baik suami sy... Dh nk nikah dh ni tetiba pmpuun tu mnta putus sbb dh terlnjur.. Kesian sgt kt lelaki tu... Tpi itulh ketntuan jodoh namanya kn..
Nick Nashram berkata…
couple tak mesti tunang, tunang x semestinya kekal dengan kahwin :)
Nik Ainaa berkata…
sian dia. saya ada kenalan. bercinta 11 tahun then bt keputusn nk bernikah tapi tak jadi. perempuan tu pun dah kahwin dgn org lain (bukn sebb tangkap basah ke apa. tp family yg suruh). kenalan sy tu masih membujang smpai sekarang. huhu

lebih baik bercinta selepas nikah. lagi indah. dapat pahala lagi.
Mizz Aiza berkata…
jodoh kita rahsia Allah.. hanya Dia saja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.. tak semestinya solat istikharah kita nampak si dia dalam mimpi.. kadang kala apa yang berlaku di dalam kehidupan seharian kita, contohnya tiba-tiba Allah memperlihatkan kepada kita kecurangan si dia juga merupakan petunjuk dari Allah bahawa si dia bukanlah jodoh yang terbaik untuk kita..
Tanpa Nama berkata…
mgkin ada jodoh terbaik buat dier juga nanti !
Yaya Mohd berkata…
perkara yg lebih kurng sama dah tjadi pada kawan yaya..
tapi ni dia lagi 'sakit' kot..da bcinta dgn wanita tu 7tahun, baru btunang tahun lepas, tapi baru2 ni dapat tahu yg wanita tu da tipu dia..tipu hidup2 selama 7tahun mereka bsama ni..yaya pon hnye mpu nsihtkan dia je.. =<
Affy Afiqah berkata…
kesian tapi kena tabah, insyaAllah ada perempuan yang lebih baik....
Tanpa Nama berkata…
Aritu akak tak sempat bacapun entri ni....kasihan kwn acik tu..moga dia tabah...kalau dh tkde jodoh tu,memang tk blh nak buat apa,kena redho dgn takdirNya..kalau kita beriman dgn qado Allah,kita akan rasa tenang...
Siapa Tahu Aku berkata…
sebenarnya itu ujian daripada allah untuk menguji sejauh mn kesabaran kita. percayalah... bila kita telah ditemukan jodoh dengan pasangan kita... kita akan rsa sangat bersyukur... walaupon jodoh kita tidaklah cantik dan anggun seperti org lain...namun hati kita tenang dan tenteram sehingga tidak mampu kita luahkan bila berhadapan dengannya...saya beritahu berdasarkan pengalaman sy sendiri... tiga kali kecundang... sehingga sy kecewa dan pernah beritahu ibu saya, saya tidak mahu berkahwin... sy tidak sedar...semsa sy luahkan ayat tersebut, sy telah membuatkan ibu sy kecewa dan selepas itu ibu saya tidak pernah lagi bertanya berkenaan perkahwinan saya. sehingga selepas selepas tiga tahun, saya sedar, saya telah menderhaka padanya, kerana telah mengecewakan harapan dan impian beliau.

Saya adalah anak sulung dan harapan ibu terhadap sy begitu tinggi mahu melihat saya bahagia. Suatu hari, saya telah memberitahu mahu berkahwin kepadanya, tetapi bakal isteri saya hendaklah ibu saya carikan sendiri. Pada ketika itu saya lihat pada wajah satu sinar yang memancar, dan keceriaan yang tidak terkata pada wajahnya, alhamdulillah selepas sebulan saya bertunang dengan gadis pilihan ibu sy, walaupun tidak cantik, dan usianya lebih berumur daripada sy, sy redha dengan a[pa yang telah allah tetapkan. Setelah 6 bulan bertunag, saya telah diijab kabulkan, dengan hanya sekali lafaz, saya telah bergelar seorang suami.

Pada mula sy dan dia hanya biasa, umpama kawan, tetapi semakin hari semakin rapat, saya lihat isteri saya semakin cantik, anggun dan menawan, dari segi rupa dan perangai sangat menyenangkan hati saya.

Saya adalah seorang yang panas baran, namun dengannya saya telah terangkan segala-galanya. Sehingga kini kami tidak pernah bergaduh atau bertengkar, jika ada kesilapan, sy akan diam dan tegur secara baik, lebih menjadi seorang yang pemaaf. Kini saya dan isteri sedang menunggu kehadiran orang baru, alhamdulillah, allah telah aturkan yang terbaik untuk hambaNya. Saya juga belajar mengaji Quran dengan isteri saya.

PERCAYALAH, BANYAK HIKMAHNYA JIKA KITA SABAR DAN REDHA DENGAN SESUATU UJIAN ITU. IN SHAA ALLAH.
Unknown berkata…
assalamualaikum... bulan feb 2017. kes sy pun lebih kurang macam di atas. 11 bulan bertunang tanpa ada sebarang dugaan,dan sy yakin sgt2 dia lah jodoh sy kerana tiada pergaduhan dn pertelingkahan dlm hubungan.setiap hari berjumpa dn buat kerja sama2 dan sangat serasi. sehingga kan lagi 1 bulan untuk langsungkan pernikahan,bekas tunang sy hati nye berbolak balik nak kahwin atau tidak.perlbagai alasan di beri,tidak bersedia dn alasan sy ni keje kilang dan kahwin pon duit ckup2.sy fikir dia mgkin ada org ketiga,rupa2nya benar.org ketiga tu datang dalam masa 1 bulan sebelum kami menikah.. 80% persiapan telah siap. dia mula rasa cinta bekas kekasihnya itu sehinggakan memutuskan hubungan pertunangan kami.sy amat kecewa dan sedih bergitu juga keluarganya,sehingga keluarganya tidak redo akn dengan org ketiga itu.semasa proses memutuskan pertunangan,sy tidak sedikit pon lemparkan kata2 kesat padanya. dan sy pujuk rayu untuk selamatkan hubungan ini kerana sy terlalu sayangkan dia 100%.tapi dia sedikit pon tidak hiraukan kebaikkan sy.. sakitnya dn hancur hati ini hanya Allah saja yg tahu. apa kan daya orang dah tidak mahu lagi kepada saya,tidak ada sesiapa pon dpt membantu kecuali Allah saja yang mampu buka kan hatinya utk menerimaku...